SISTEM SMS INFO PROCC: Anda tidak ketinggalan!

Setelah meneliti jalan yang paling baik untuk mengumpul seberapa ramai ahli ProCC untuk apa jua aktiviti rasmi ProCC. Pihak pengurusan telah bekerjasama dengan salah sebuah syarikat TELCO untuk memudahkan info terkini tentang aktiviti rasmi disampaikan dengan mudah dan cepat.

Jika anda sibuk dengan kerja harian dan tidak berkesempatan melayari laman web ProCC setiap masa? Kini anda boleh mendapat info terkini tentang aktiviti terkini ProCC terus ke telefon bimbit anda.


Setiap SMS info dari ProCC akan dikenakan bayaran RM0.50 untuk perkhidmatan TELCO.
Maksimum 4 SMS sebulan.

2 Meter Net PERAMAH Temerloh

Dijemput semua rakan-rakan HAM untuk 'check in' didalam acara ini yang diakankan pada setiap hari Rabu malam Khamis setiap minggu di V48 (146.400Mhz) .

DOKUMENTARI RADIO AMATUR

Saturday, March 26, 2011

PENDAFTARAN FAMILY DAY PROCC PAHANG 2011




Pendaftaran Hari Keluarga ProCC Pahang 2011 adalah seperti ketetapan berikut:

Tempat : Mercu Beach Resort Cherating
Tarikh : 7hb May 2011 hingga 8hb May 2011 (2 hari 1 malam)

Ahli menginap

Bayaran : Dewasa RM100 seorang
Kanak-kanak y berumur antara 4 tahun hingga 12 tahun RM50 seorang

Deposit Bayaran : Dewasa RM50 seorang
Kanak-kanak y berumur antara 4 tahun hingga 12 tahun RM25 seorang


Bayaran y dikenakan adalah based on ape y korg akan dapat seperti berikut:

1. penginapan utk 2 hari 1 malam
2. sarapan pagi
3. makan tengahari
4. makan malam bbq
5. telematch (games)
6. cenderahati
7. hadiah
8. cabutan bertuah
9. karoeke

bagi yang xmenginap bayaran seperti berikut:

Dewasa RM80
Kanak-kanak RM30


Pendaftaran dibuka sehingga 10 April 2011 sahaja
Deposit hendaklah dibuat selewat-lewatnya pada 10hb April 2011 bg memudahkan untuk memudahkan urusan...
Bayaran penuh boleh dibuat selewat-lewatnya 1 May 2011

Sesiapa y mendaftar selepas 10hb April 2011 pihak pengurusan pahang tidak menjanjikan sebarang cenderahati...

Bayaran boleh dibuat terus ke akaun :

Ahmad Zaki B Che Zainol Ariff
CIMB : 13060068970528
Maybank : 156012096887


SIla daftarkan diri anda seperti berikut:

Nama Penuh :
Nickname :
ProCC Daerah / Negeri:
Bil. Dewasa :
Bil. Kanak-kanak :
No Tel:
Status Bayaran :
Ucapan :


Penyertaan dari negeri laen juga di alu2kan bg memeriahkan event....
Topik ini hanye utk pendaftaran sahaja...nak borak2 g topik "sembang-sembang family day Procc Pahang 2011"

Note: bagi yang berfamily kami akan cuba dapatkan pakej y terbaek....apepun2 reg dahulu...

Sekian





Tuesday, March 08, 2011

PROTON CLUB CUP 2011

PROTON CLUB CUP 2011


Assalammualaikum & Salam 1Malaysia,

Merujuk kepada perkara diatas, kami Kelab Proton Malaysia (Proton Club Malaysia) menjemput kelab/portal/belia/motorsport/syarikat untuk menyertai Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah “Proton Club Cup 2011” anjuran ProCC FC dan Proton Malaysia (Proton Club Malaysia).

2. PROTON CLUB CUP 2011 akan diadakan pada masa yang telah ditetapkan seperti dibawah:

Tarikh Perlawanan: 2 April 2011

Hari: Sabtu

Masa: 8.00pagi hingga 6.30ptg

Tempat: Padang Bola Sepak, Proton Shah Alam

Bayaran penyertaan: RM200 satu pasukan
Bayar akhir yuran penyertaan pada: 23 March 2011

3. Jika pasukan tuan berminat untuk menyertai kejohanan ini, sila baca semua syarat yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur dan sila lengkapkan borang penyertaan yang dilampirkan.

4. Borang dan bayaran boleh dihantar dibuat secara terus kepada;

Lan gen2 – 017-3039919 @ 019-2125624

Suhaimi – 012-2908466

Dzul @ Ajim – 012-3427214

Sebarang pertanyaan juga boleh hubungi pihak penganjur.

Sila download borang: http://www.protonclub.com/borang-proton-club-cup-2011.doc

SEKITAR MAJLIS MEGA EYEBALL 5HB 3 DI BASE 9W2TSG


















SEKITAR AGM PERAMAH 2011




















Thursday, March 03, 2011

MAJLIS EYEBALL PERDANA 5HB 3 2011 DI TEMERLOH PAHANG

SATU MAJLIS MEGA EYEBALL / EYEBALL PERDANA AKAN DI ADAKAN SPERTI BERIKUT

TARIKH : 5HB 3 2011 ( SABTU )

MASA : 8.00 PM
TEMPAT : DEWAN TAMAN SETIA JASA TEMERLOH
ANJURAN : PROCC PAHANG / PERAMAH PAHANG / PATIN TEMERLOH

JEMPUTAN : RAKAN2 PROCC / PRADAS / PERAMAH / PATIN TEMERLOH / NESRAC


JAMUAN BBQ NASI GORENG LAKSA DAN LAIN2 DISEDIAKAN.......TERDAPAT JUGA CABUTAN BERTUAH


TIADA BAYARAN DI KENAKAN TQ.......

Friday, February 25, 2011

AGM PERAMAH 2011


Dato/Datin/Tuan/Puan

Ahli-ahli Persatuan Radio Amatur Negeri Pahang,

Perkara: Notis Mesyuarat Agung Kali Ke Enam

Adalah saya dengan hormatnya memaklumkan kepada tuan / puan bahawa Mesyuarat Agung Persatuan Radio Amatur Negeri Pahang kali Ke Enam akan diadakan pada 05 hb. Mac hari Sabtu, jam 2.30 Petang bertempat di Dewan Serbaguna, Taman Setia Jasa, Batu 6 Jln Maran, Temerloh.

2. Tuan dijemput hadir kemesyuarat tersebut diatas. Agenda mesyuarat
seperti berikut:

2.1 Pengesahan Minit Mesyuarat Agung Yang Ke Lima.
2.2 Pembentangan Laporan Aktiviti Persatuan Bagi Tahun 2010.
2.3 Pembentangan Laporan Kewangan Bagi Tahun 2010.
2.4 Membahaskan Usul-usul dari ahli-ahli persatuan.


Adalah dengan ini tuan / puan di minta hadir bagi menunaikan tanggungjawab
mengikut peraturan Fasal 8 dan 9 Perlembagaan Persatuan.

Ahli yang mempunyai usul yang ingin di bahaskan di dalam mesyuarat perlu menyampaikan usul tersebut dalam bentuk surat atau email kepada Setiausaha seperti alamat yang tertera di atas sebelum 4 hb Mac 2011.

Ahli-ahli yang belum menjelaskan yuran tahunan bagi tahun 2011 dan individu yang ingin mendaftar menjadi ahli persatuan boleh menjelaskan sebelum mesyuarat bermula.

Sekian, Terima Kasih.


Yang Menjalankan Tugas

Mohamad Norzam Bin Abas
Setiausaha
Persatuan Radio Amatur Negeri Pahang

AGM MARES 2011




Tarikh: 20 Februari 2011

Rujukan kami: Members/20022011/040/L

-- SEMUA AHLI BERDAFTAR MARES MALAYSIA –

Tuan / Puan ,

NOTIS MESYUARAT AGUNG MARES TAHUNAN KALI KE - 10 BAGI TAHUN 2011

1. Adalah dimaklumkan bahawa MARES akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan kali
ke-10 bagi tahun 2011 pada tarikh seperti berikut :-

Tarikh : Ahad, 6 Mac 2011
Masa : 9:00 pagi
Tempat : 4A, Jalan Tinggi (6/12) Seksyen 6,
46000 Petaling Jaya Selangor
Aturcara : 09.00 pagi - Pendaftaran Ahli
10.00 pagi - Mesyuarat Agung Tahunan dimulakan.
Agenda:
i. Perlantikan Pengerusi Majlis
ii. Pengesahan Minit Mesyuarat ke 9, 2010
iii. Pembentangan Laporan Tahunan dan Kewangan 2010
iv. Pembentangan Usul
v. Ucapan Penangguhan
12.30 tengah hari – Jamuan ringan

2. Minit Mesyuarat Agung ke-9, Laporan Tahunan dan Laporan Kewangan bagi Tahun 2010,
dan Borang Usul, boleh didapati dari laman web seperti berikut:

Alamat Web : http://www.mares.org.my/agm2011
Nama pengguna : - seperti di dalam surat notis mesyuarat -
Kata laluan : - seperti di dalam surat notis mesyuarat -

Bagi ahli-ahli yang tidak menerima surat notis panggilan mesyuarat,
anda bolehlah mendapatkan nama pengguna dan kata laluan dengan menghantar
email kepada agm2011@mares.org.my .

3. Borang Usul untuk mesyuarat hendaklah dihantar kepada setiausaha selewat-lewatnya
sebelum atau pada 4 Mac 2011. Sehubungan dengan ini, tuan / puan dijemput hadir bersama
dalam menjayakan mesyuarat ini. Kerjasama dari pihak tuan / puan amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.


Salam hormat,

Fahroradzi Bin Ibrahim, 9W2BBS
Setiausaha

s.k:
1. En. Abdul Aziz Mohd. Noor, 9M2AU, Yang Di Pertua, MARES
2. Pendaftar Pertubuhan, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negeri Selangor

Monday, January 31, 2011

GAMBAR SEKITAR AGM PROTON CLUB MALAYSIA COE PROTON KESAS HIGHWAY 28/1/2011