SISTEM SMS INFO PROCC: Anda tidak ketinggalan!

Setelah meneliti jalan yang paling baik untuk mengumpul seberapa ramai ahli ProCC untuk apa jua aktiviti rasmi ProCC. Pihak pengurusan telah bekerjasama dengan salah sebuah syarikat TELCO untuk memudahkan info terkini tentang aktiviti rasmi disampaikan dengan mudah dan cepat.

Jika anda sibuk dengan kerja harian dan tidak berkesempatan melayari laman web ProCC setiap masa? Kini anda boleh mendapat info terkini tentang aktiviti terkini ProCC terus ke telefon bimbit anda.


Setiap SMS info dari ProCC akan dikenakan bayaran RM0.50 untuk perkhidmatan TELCO.
Maksimum 4 SMS sebulan.

2 Meter Net PERAMAH Temerloh

Dijemput semua rakan-rakan HAM untuk 'check in' didalam acara ini yang diakankan pada setiap hari Rabu malam Khamis setiap minggu di V48 (146.400Mhz) .

DOKUMENTARI RADIO AMATUR

Thursday, October 27, 2011

KONVOI AMAL PROCC HQ KE RUMAH TUNAS HARAPAN N9


Assalammualaikum & Salam 1Malaysia,

Sempena aktiviti amal yang dijalankan oleh Proton Club Malaysia (Negeri Sembilan), Saya akan turut serta bersama didalam aktiviti amal ini serta memeriahkan lagi majlis ini. Oleh yang demikian, satu konvoi daripada KL ke Negeri Sembilan akan diadakan pada hari tersebut.

Saya bagi pihak ProCC ingin mengajak saudara-saudari untuk sama-sama konvoi dan beramah mesra dengan anak-anak yatim rumah tunas harapan payong seri sejahtera.

Tarikh: 1 Oktober 2011

Hari: Sabtu
Kumpul di: Giant Prima Saujana, Kajang
Bertolak jam 9.00pagi melalui Lekas Highway
Bergabung dengan ProCC N9 di Petronas Sebelum masuk ke Highway baru Bukit Putus.
Lokasi Tujuan : RUMAH TUNAS HARAPAN PAYONG SERI SEJAHTERA, SERI MENANTI, KUALA PILAH, NEGERI SEMBILAN

Terdapat banyak acara dan telemacth akan diadakan pada hari tersebut bertujuan untuk ramah mesra dengan anak-anak yatim. semoga usaha ini bukan sahaja dapat beramah mesra dan bersuai kenal tetapi juga dapat berkongsi pengalaman hidup mereka dan kita dapat mengembirakan hati mereka disana.


Kepada ahli ProCC yang berminat untuk turut serta konvoi ini, minta kerja sama untuk daftar diruangan ini, supaya saya dapat senarai ahli yang turut konvoi dari HQ.


Nama/Nick:

No. Keahlian:
No. Telefon:
Bilangan Tetamu jika ada:


http://www.protonclub.com/portal/index.php?option=com_kunena&func=view&catid=5&id=63247&Itemid=125