SISTEM SMS INFO PROCC: Anda tidak ketinggalan!

Setelah meneliti jalan yang paling baik untuk mengumpul seberapa ramai ahli ProCC untuk apa jua aktiviti rasmi ProCC. Pihak pengurusan telah bekerjasama dengan salah sebuah syarikat TELCO untuk memudahkan info terkini tentang aktiviti rasmi disampaikan dengan mudah dan cepat.

Jika anda sibuk dengan kerja harian dan tidak berkesempatan melayari laman web ProCC setiap masa? Kini anda boleh mendapat info terkini tentang aktiviti terkini ProCC terus ke telefon bimbit anda.


Setiap SMS info dari ProCC akan dikenakan bayaran RM0.50 untuk perkhidmatan TELCO.
Maksimum 4 SMS sebulan.

2 Meter Net PERAMAH Temerloh

Dijemput semua rakan-rakan HAM untuk 'check in' didalam acara ini yang diakankan pada setiap hari Rabu malam Khamis setiap minggu di V48 (146.400Mhz) .

DOKUMENTARI RADIO AMATUR

Monday, November 22, 2010

AUTOSHOW KARNIVAL IKTIRAF WILAYAH JENGKA 21/11/2010

Thursday, November 04, 2010

Malam Gala Anugerah Emas ProCC 2010 Berakhir dengan Jayanya

Malam Gala Anugerah Emas ProCC 2010 Berakhir dengan Jayanya


30 Oktober 2010 – Bukit Tinggi, Tahun ini sekali lagi Proton Club Malaysia (ProCC) berjaya menganjurkan satu majlis yang gilang gemilang iaitu Malam Gala Anugerah Emas ProCC 2010 bertempat di Berjaya Hill Golf And Country Club Bukit Tinggi, Pahang . Acara ini adalah acara rasmi tahunan kelab ini yang ditunggu-tunggu oleh semua ahli kelab ini. Majlis ini diadakan sempena ulang tahun ProtonClub.Com yang ke-8. Berbagai-bagai anugerah telah disampaikan seperti Anugerah ahli terbaik, ahli jawatan kuasa terbaik,ahli jawatan kuasa negeri terbaik, pasukan terbaik, konvoi terbaik, pengurusan negeri terbaik, ketua negeri terbaik, anugerah pilihan media dan penyertaan negeri teramai majlis tersebut.

Pada majlis tersebut ProCC bukan sahaja memberi anugerah kepada pemenang, malah banyak acara selingan seperti permainan pentas, cabutan bertuah, persembahan semua negeri, persembahan montage perasmian, dan penyampaian sijil dan cenderahati kepada penaja, urusetia dan AJK ProCC. Pihak kelab juga turut berbangga diatas kehadiran jemputan-jemputan VVIP daripada Kakimotor Sdn Bhd dan Satria Neo Crew Club yang mana turut memberi tajaan pada majlis tersebut. Turut memberi tajaan rasmi iaitu Proton Holding Berhad, Syed Services Centre Temerloh, NRK Entertainment, Gen X Trading, Prazima Enterprise, Touch N Go Sdn Bhd, Unimec Auto Accessories, Vertiqa Technology, ProCC Motorsport Penang Blogspot dan orang perseorangan yang turut memberi sumbangan sama ada berbentuk wang ringgit atau tenaga.

Ucapan dan amanat dari Presiden Proton Club Malaysia iaitu En. Mohd Hifni Bin Mohd Ghazali sungguh berkesan, dimana beliau menyentuh tentang tugas ProCC selaku duta kepada Proton yang mana berteraskan kepada kepercayaan Proton kepada pengurusan ProCC. Kelab ini diamanatkan bukan sahaja untuk menjaga nama baik Proton malah sebagai duta yang dapat menceritakan perkara yang sebenar kepada masyarakat bahawa kereta buatan Proton kini lebih berkualiti. Semua vendor alat ganti proton hendaklah mengikut piawaian yang ditetapkan oleh Proton sebelum mereka menjadi vendor alat ganti kepada proton. Tidak mustahil apa yang dilihat pada masa kini dengan pengeluaran kereta model baru Proton Ispira telah membuktikan Proton mampu bersaing dengan pengeluar-pengeluar kereta antara bangsa.

Kewujudan Proton Club Malaysia yang baru diluluskan oleh Jabatan Pendaftaran Persatuan dan Kelab Malaysia (ROS) pada 19 Ogos 2010 telah menukarkan status kelab ini kepada kelab berdaftar ROS berbanding ProCC Motorsport yang dahulu hanyalah berdaftar dibawah SSM. Namun matlamat kelab ini adalah sama iaitu mengumpul seberapa ramai pemilik-pemilik kereta berjenama proton diseluruh Malaysia, malah kelab ini juga cuba menjaga kepentingan pengguna-pengguna kereta Proton dimana kelab ini juga ingin memastikan agar pengguna-pengguna kereta Proton berasa selesa dan selamat semasa menggunakan kereta Proton. Seberapa banyak aduan-aduan pengguna juga turut dikumpul jika terdapat kerosakkan kepada kenderaan Proton akan disalurkan ke pengetahuan Proton. Dengan ini pihak Proton dapat meningkatkan lagi mutu kualiti setiap kenderaan yang dikeluarkan dari masa ke semasa. Pengguna boleh menyalurkan segala aduan di laman web rasmi kelab ini di www.protonclub.com.

Malam Gala Anugerah Emas ProCC 2010 telah disertai oleh seluruh ProCC diseluruh negeri di Malaysia yang mana telah berakhir kira-kira jam 12.00pagi.

Terima kasih kepada semua yang memberi ihsan gambar.

149700_157557260948022_100000812474768_237347_8272026_n76923_157559917614423_100000812474768_237388_7822360_n76911_157556480948100_100000812474768_237338_5263557_n76911_157556477614767_100000812474768_237337_6220473_n76911_157556474281434_100000812474768_237336_3280913_n76449_157559157614499_100000812474768_237376_7192152_n76266_157558827614532_100000812474768_237372_1841416_n73047_171223356222423_100000042798031_553996_5623374_n67474_157942497577338_133242793380642_248337_5526403_n33547_171260469552045_100000042798031_554322_6982429_n