SISTEM SMS INFO PROCC: Anda tidak ketinggalan!

Setelah meneliti jalan yang paling baik untuk mengumpul seberapa ramai ahli ProCC untuk apa jua aktiviti rasmi ProCC. Pihak pengurusan telah bekerjasama dengan salah sebuah syarikat TELCO untuk memudahkan info terkini tentang aktiviti rasmi disampaikan dengan mudah dan cepat.

Jika anda sibuk dengan kerja harian dan tidak berkesempatan melayari laman web ProCC setiap masa? Kini anda boleh mendapat info terkini tentang aktiviti terkini ProCC terus ke telefon bimbit anda.


Setiap SMS info dari ProCC akan dikenakan bayaran RM0.50 untuk perkhidmatan TELCO.
Maksimum 4 SMS sebulan.

2 Meter Net PERAMAH Temerloh

Dijemput semua rakan-rakan HAM untuk 'check in' didalam acara ini yang diakankan pada setiap hari Rabu malam Khamis setiap minggu di V48 (146.400Mhz) .

DOKUMENTARI RADIO AMATUR

Monday, January 31, 2011

GAMBAR SEKITAR AGM PROTON CLUB MALAYSIA COE PROTON KESAS HIGHWAY 28/1/2011



















How to be a members?



Keahlian "Ahli Rasmi Proton Club Malaysia" terbuka kepada:

  • Warganegara Malaysia
  • 18 Tahun ke atas
  • Memiliki lesen memandu yang sah
  • Memiliki kenderaan berjenama Proton sahaja

Bayaran masuk dan yuran yang perlu dijelaskan adalah seperti berikut:

  • Yuran Penyertaan: RM20 (Ringgit Malaysia Dua Puluh Sahaja)
  • Yuran Tahunan: RM10 (Ringgit Malaysia Sepuluh Sahaja)
  • Yuran Tahunan hendaklah dijelaskan kepada AJK/Wakil Negeri/Ketua Negeri dan kemudiannya diserahkan kepada Bendahari dalam bulan 12 tiap-tiap tahun.

Cara-cara menjadi "Ahli Rasmi Proton Club Malaysia":

  • Muat turun Borang Rasmi ProCC [download]
  • Daftar username anda untuk berforum [daftar]
  • Isi segala butir yang terdapat pada Borang Rasmi ProCC
  • Hantar Borang Rasmi ProCC yang telah anda lengkapkan kepada AJK/Wakil Negeri/Ketua Negeri untuk tandatangan pencadang
  • Sila buat pembayaran terus kepada kepada AJK/Wakil Negeri/Ketua Negeri. Pastikan beliau memberi anda Resit Rasmi sebagai bukti pembayaran

Urusan Pejabat:

  • AJK/Wakil Negeri/Ketua Negeri akan menghantar borang anda kepada Ibu Pejabat Proton Club Malaysia.
  • Bendahari akan menerima wang dan bukti pembayaran dan memproses keahlian anda.
  • Proses keahlian bermula dengan mengaktifkan status keahlian anda didalam forum daripada 'Ahli Tak Rasmi' kepada
    'Ahli Rasmi ProCC'
  • Anda akan menerima email dari admin@protonclub.comThis e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it tentang status keahlian anda dan nombor keahlian anda.
  • AJK yang bertugas akan memproses sijil, kad keahlian, pelekat logo, pelekat cermin dan kemudian pos kepada anda.
  • Proses keahlian dan pos mengambil masa 2 minggu hingga 1 bulan lebih.

Last Updated ( Monday, 31 January 2011 12:38 )

The Organisation Chart PROTON CLUB MALAYSIA ( PROCC )

The Organisation Chart PROTON CLUB MALAYSIA ( PROCC )


Penaung: Proton Holding Berhad
Penasihat Rasmi: Encik Zahari Hussin (General Manager Proton Holding Berhad)
Pemilik & Pengasas: Mohd Hifni Bin Mohd Ghazali (Mohd Hifni)

Majlis Tertinggi ProCC
Presiden: Mohd Hifni Bin Mohd Ghazali (Mohd Hifni)
Naib Presiden: Nur Aman Ikhsan Bin Ahmad (Nomend)
Timbalan Presiden: Mohd Rizal Bin Abd Rahman (Maybizs)
Setiausaha: Nurhasmila Arnis Binti Abdul Halim (XRnis)
Penolong Setiausaha: Nor Sunatis Hj Abd Ghafor (Aties)
Bendahari: Norhafidah Bt Pilus (nrfida)
Penolong Bendahari: Mohd Firdaus Bin Sulaiman (fidputra)

Ahli Jawatan Kuasa
AJK Perhubungan Awam: Mohamed Dzulfadlil Azim B. Mohamed Dzolfiqar (Zulz)
AJK Perhubungan Negeri: Mohd Rezza Kamaruddin (M. Rezza)
AJK Perhubungan Team: Mohd Radzuan Bin Mohd Rashid (wan satria)
AJK Media & Promosi: Nor Emillea Binti Zainodin (Akish)
AJK Portal & Forum: Mohammad Zulkifli Bin Taib (As_Zol)

Ahli Jawatan Kuasa Negeri

ProCC Negeri Johor
Ketua: Hasrul Hisham B Hashim (Jerold)

ProCC Negeri Melaka
Ketua: Mohd Huzaimi Bin Md Den (MIE)

ProCC Negeri Sembilan
Ketua: Norazlan Bin Tumiran (ART)

ProCC Negeri Pahang
Ketua: Mohd Faizal Bin Muda (9W2FYZ)

ProCC Negeri Pulau Pinang
Ketua: Muhamad Hafiz B Azizan (Satria GTi)

ProCC Negeri Kedah & Perlis
Ketua: Iszuddin B Ismail (Iszuddin)

ProCC Negeri Terengganu
Ketua: Mohd Faizarul Akmal Bin Othman (zarul78)

ProCC Negeri Kelantan
Ketua: Mohd Rashdan B Abd Rahman (pang5_auto)

ProCC Negeri Perak
Ketua: Ekmal Hakeem Bin Ridzuan (Dahaka)

ProCC Team (Ahli Jawatan Kuasa Kecil)

ProCC Marshal & Communication Team
Pengurus: Nur Aman Ikhsan Bin Ahmad (nomend)
Pen. Pengurus Marshal: Mohd Radzuan Bin Mohd Rashid (wan satria)
Pen. Pengurus Communication: Zamri Bin Omar (Zamrix)

ProCC Football Team
Pengurus: Shahriful Ezlan B Abdullah Sani (LanGen2)
Pen. Pengurus:

ProCC Autoshow & Motorsport Team
Pengurus: Mohd Rizalman Bin Muhd Nayan (Rizalman)
Pen. Pengurus: Roslan Bin Ramli (lanz)

ProCC Snooker Team
Pengurus: Mohd Zulkhairie Bin Abdullah (wi_ra)
Pen. Pengurus: Azrul bin Abdul Rashid (azxrox)

Last Updated ( Monday, 31 January 2011 13:07 )

Tuesday, January 25, 2011

SEMAKAN RESULT RAE 4/2010


http://rae.skmm.gov.my/rae_2010_4.asp

PENGUMUMAN PENTING: PEMBUBARAN PROCC MOTORSPORT

PENGUMUMAN PENTING: PEMBUBARAN PROCC MOTORSPORT
Assalammualaikum & Salam 1Malaysia 1ProCC,

Merujuk kepada perkara diatas, setelah mesyuarat bersama AJK-AJK ProCC pada tarikh 9 Januari 2011 (Ahad), Dengan ini untuk tidak menyulitkan mana-mana pihak atau penindanan nama ProCC, Kami sebulat suara memutuskan ProCC Motorsport dibubarkan dengan rasminya selepas AGM Proton Club Malaysia berlangsung pada 28 Januari 2011 ini.

Ini bermakna pada 1 Februari 2011, ProCC Motorsport 100% akan ditutup dan akan digantikan dengan Proton Club Malaysia. Kita kini telah menaungan dibawah Proton Holding dan disebabkan itu kita perlu didaftarkan dibawah ROS. Oleh yang demikian, Proton Club Malaysia adalah satu entiti baru yang ditubuhkan dibawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia.

Dibawah entiti baru yang dinamakan Kelab Proton Malaysia (Proton Club Malaysia), kita hendaklah mengikut peraturan-peraturan baru dan perlembagaan yang telah ditetapkan oleh ROS.

Oleh itu, ROS meminta semua ahli yang masih ingin terus menjadi ahli hendaklah mendaftar dengan bayaran penyertaan dan yuran tahunan.

Buat masa ini, Bayaran yang telah ditetapkan oleh perlembagaan Proton Club Malaysia adalah:

Yuran Penyertaan: RM20
Yuran Tahunan: RM10

Bayaran ini akan berkuat kuasa sebelum AGM, jika di AGM nanti terdapat usul untuk menaikkan kadar yuran penyertaan dan yuran tahunan, ahli yang belum mendaftar perlu mengikut yuran baru yang ditetapkan. Mengikut suara AGM (Suara ramai).

Jadi, kami gesa pada semua ahli yang tidak mahu beban dengan kos kenaikkan, hadirlah pada AGM 2011 yang akan berlangsung pada 28 Januari 2011(Jumaat), di Auditorium Proton COE, Kesas Highway, pada jam 8.30pagi.

--------------------------------------------------------------------

Kepada yang tak berkesempatan hadir pada AGM atau berada diluar Lembah Klang, anda bolehlah muat turun borang didalam laman web ini pada 1 Februari 2011 dan bolehlah bank in yuran penyertaan dan yuran tahunan kedalam akaun Proton Club Malaysia.

ProCC Cawangan Negeri juga akan membuka kuanter-kuanter pendaftaran dinegeri masing-masing setelah AGM 2011.

Ingat, anda yang menyertai Proton Club Malaysia dengan membayar yuran penyertaan dan yuran tahunan... ANDA LAYAK MENGUNDI!

kepada yang tidak membayar yuran tahunan pada tahunan seterusnya, status keahlian anda dibekukan sehingga anda membayar yuran dan segala kelebihan keahlian tidak boleh dituntut.

-----------------------------------------------------------------

Setiap Penyertaan RM20, Anda akan mendapat:
1. Sijil Rasmi Proton Club Malaysia
2. Kad Keahlian ProCC (Touch N Go)
3. Pelekat Logo
4. Pelekat Cermin (Road Tax)
5. Reset Penyertaan
6. tesmasuk Kos penghantaran (Sampul surat besar, setem)

Yuran tahunan RM10:
1. Akan dikumpul dan diagihkan kepada negeri dan team (mengikut budget)
2. Digunakan untuk apa jua acara diuruskan oleh ProCC
3. Salurkan kepada tabung kebajikan
4. pembayaran sewa hosting dan domain laman web
5. pembayaran elaun kepada AJK
6. pembayaran sewa pejabat dan kelengkapan pejabat bulanan (jika ada kelak)
7. Jamuan/Makanan untuk AGM akan datang.
8. Apa jua kos-kos terselindung.


semoga untuk menaikkan lagi nama ProCC, kita semua perlu berkorban dan sampai masanya kita nak cari ahli yang juga sanggup keluar sedikit wang setiap tahun untuk sama-sama menaikkan nama ProCC. Kalau ikut saya, saya pun tak nak register ROS. Tapi bila kita fikirkan balik, ini untuk kebaikkan kelab dan kita dah dapat pun nama PROTON CLUB MALAYSIA. Bukan mudah nak dapat nama tu. saya turun naik pejabat ROS nak yakin kan datuk-datuk kat atas sana. kerana kita dah dibawah naungan Proton dan kita inginkan ProCC terus maju kehadapan walaupun saya tidak lagi jadi Presiden untuk masa mendatang. Saya rela berkorban dan insyallah setelah register ROS ni kita yakin suara kita kuat dan kita juga boleh dapat banyak peruntukan dan sumbangan.

Kepada ahli lama yang tidak berpuas hati atau terdapat sebarang pertanyaan, bolehlah hubungi Mohd Hifni ditalian 012-9101058

Assalammualaikum.