SISTEM SMS INFO PROCC: Anda tidak ketinggalan!

Setelah meneliti jalan yang paling baik untuk mengumpul seberapa ramai ahli ProCC untuk apa jua aktiviti rasmi ProCC. Pihak pengurusan telah bekerjasama dengan salah sebuah syarikat TELCO untuk memudahkan info terkini tentang aktiviti rasmi disampaikan dengan mudah dan cepat.

Jika anda sibuk dengan kerja harian dan tidak berkesempatan melayari laman web ProCC setiap masa? Kini anda boleh mendapat info terkini tentang aktiviti terkini ProCC terus ke telefon bimbit anda.


Setiap SMS info dari ProCC akan dikenakan bayaran RM0.50 untuk perkhidmatan TELCO.
Maksimum 4 SMS sebulan.

2 Meter Net PERAMAH Temerloh

Dijemput semua rakan-rakan HAM untuk 'check in' didalam acara ini yang diakankan pada setiap hari Rabu malam Khamis setiap minggu di V48 (146.400Mhz) .

DOKUMENTARI RADIO AMATUR

Wednesday, August 24, 2011

SALAM AIDILFITRI 1432H DAN SALAM KEMERDEKAAN KE-54 BUAT SEMUA RAKAN2


SAYA MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI DAN SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE-54 BUAT RAKAN2 PROCC / MARES / ASTRA / KCDN / PERAMAH / WARGA 9M4RCY / PAKAT / YAYASAN SALAM DAN SEMUA RAKAN2 YANG MENGENALI DIRI INI TAK KIRA DIMANA BERADA...SEMOGA AIDILFITRI DAN KEMERDEKAAN KALI INI LEBIH BERMAKNA...WSALAM










KEPELBAGAIAN TEKNIK MENJADIKAN ANDA MANGSA DALAM PERJALANAN


Terkini teknik baru yang digunakan bagi menjadikan pemandu jalanraya pada waktu malam menjadi mangsa mereka, iaitu dengan melempar telur di cermin hadapan.
Jika anda sedang memandu diwaktu malam, secara tiba-tiba cermin kereta anda dilemparkan telur ayam. Jangan suis on wiper dan pancutkan air. Teruskan memandu dengan apa yang mampu dilihat sehingga anda berada di tempat yang selamat. Ini kerana, telur ayam bercampur dengan air akan menjadikan cecair seperti susu (sukar dihilangkan dengan mudah) dan menyebabkan tahap penglihatan mata kita menjadi kabur sehingga 92.5 peratus. Anda akan menjadi mangsa sekiranya anda berhenti sebaik saja mengalami kejadian tersebut. Jangan biarkan diri anda menjadi mangsa dengan gaya baru sipenjenayah.
BERHATI-HATI SEMASA DALAM PERMANDUAN TERUTAMA DI WAKTU MALAM...PELBAGAI CARA AKAN DIBUAT SANG PENJENAYAH
Sebarkan untuk kebaikan ...kita bersama

Proton Club Malaysia menjalin usahasama dengan Verv Lubricants

Proton Club Malaysia menjalin usahasama dengan Verv Lubricants

Pada 18 Ogos 2011, Proton Club Malaysia (ProCC) telah menjalinkan satu usahasama serta telah menandatangani Perjanjian Persefahaman (MOU) dengan Verv Petroleum (M) Sdn Bhd yang merupakan salah sebuah kilang pengeluar Minyak Pelincir terkenal di Malaysia iaitu VERV Lubricants.

Diatas perbincangan secara rasmi diantara Presiden ProCC (Mohd Hifni Bin Mohd Ghazali), Timbalan Presiden 2 (Mohd Rizal Bin Abd Rahman), Zafir Wong (Head of Marketing Verv) dan Auni Zafirah (Verv's Product Ambassador), Pihak Verv bersetuju membantu ProCC dari segi penajaan acara dan aktiviti kelab.

Disamping itu, verv juga memberi diskaun kepada ahli ProCC diatas pembelian minyak pelincir keluaran syarikat itu. Selain daripada itu, ahli juga akan mendapat faedah yang disediakan oleh pihak Verv, antara faedah-faedah yang diberi adalah:

  • Pembelian terus dari Verv akan memberikan anda 10%-20% diskaun untuk minyak pelincir tertentu.
  • Setiap pembelian minyak pelincir Verv, anda juga akan dapat 'oil filter' berjenama BORCH secara percuma!
  • Dapatkan Diskaun dari pusat servis panel Verv untuk upah perkhidmatan.
  • Penghantaran terus pintu ke pintu secara percuma ke seluruh negara.
  • Hadiah percuma bagi setiap pembelian. contohnya, baucer petrol/membeli-belah/ barangan, bergantung kepada promosi bulanan.
  • Peringatan melalui perkhidmatan sms untuk jadual penyelenggaraan dan rekod.
  • Pelbagai jenis minyak pelincir untuk semua jenis kenderaan.
  • Juru runding dan nasihat percuma bagi perkara berkaitan servis kenderaan.

Selain daripada itu, Pihak Verv juga akan menyumbangkan 5% daripada hasil pembelian minyak pelincir Verv dari ahli ProCC kepada tabung aktiviti ProCC untuk kegunaan acara-acara ProCC mendatang.

Semoga dengan usahasama yang terjalin ini dapat memberikan satu kelebihan buat Proton Club Malaysia dan semua ahli ProCC khususnya.

Ahli Proton Club Malaysia boleh mendapatkan minyak pelincir diatas dengan menghubungi talian Hotline Verv: 1300-88-VERV(8378)