SISTEM SMS INFO PROCC: Anda tidak ketinggalan!

Setelah meneliti jalan yang paling baik untuk mengumpul seberapa ramai ahli ProCC untuk apa jua aktiviti rasmi ProCC. Pihak pengurusan telah bekerjasama dengan salah sebuah syarikat TELCO untuk memudahkan info terkini tentang aktiviti rasmi disampaikan dengan mudah dan cepat.

Jika anda sibuk dengan kerja harian dan tidak berkesempatan melayari laman web ProCC setiap masa? Kini anda boleh mendapat info terkini tentang aktiviti terkini ProCC terus ke telefon bimbit anda.


Setiap SMS info dari ProCC akan dikenakan bayaran RM0.50 untuk perkhidmatan TELCO.
Maksimum 4 SMS sebulan.

2 Meter Net PERAMAH Temerloh

Dijemput semua rakan-rakan HAM untuk 'check in' didalam acara ini yang diakankan pada setiap hari Rabu malam Khamis setiap minggu di V48 (146.400Mhz) .

DOKUMENTARI RADIO AMATUR

Tuesday, June 30, 2009

SEKITAR AUTOSALOON PROCC 2009













Pertandingan Autoshow Ampang Jaya: Anjuran ProCC & MPAJ





Tarikh: 19 Julai 2009
Hari: Ahad
Masa: 8.30am - 4.30pm
Tempat: Jalan Besar Berhadapan Balai Bomba Pandan Indah
Bayaran Penyertaan: RM30/satu penyertaan

Kategori dipertandingkan:
1. Proton - Standard Modification
2. Perodua - Standard Modification
3. Proton - Extreme
4. Perodua - Extreme
5. Jenis kereta terbuka- Standard Modification

Kami menjemput ahli ProCC untuk hadir beramai-ramai dan kami juga mengalu-alukan konvoi dari berbagai kelab motorsport untuk hadir memeriahkan Autoshow ini.

.: Download flyer (right click, save as target)


PERTANDINGAN AUTOSHOW AMPANG JAYA 2009


Tarikh : 19hb JULAI 2009
Hari : Ahad
Kategori : Amatur

Tentatif program:
9.00 – 11.00am : Pendaftaran
11.00 – 11.15am : Taklimat daripada juri
11.15 – 12.00noon : Persediaan kenderaan
12.00 – 3.00pm : Penjurian
4.00pm : Keputusan

1. AMATUR – antara kategori yang dipertandingkan ialah:
a) Proton
b) Perodua
b) Terbuka (pelbagai jenama motokar)

Kenderaan yg layak menyertai kategori ini ialah:
1. Kenderaan yang diubahsuai secara RINGAN, dan BUKAN diubahsuai untuk tujuan Autoshow,
2. Mempunyai cukai jalan yang SAH,
3. TIADA penggunaan bodykit custom (tempah khas) untuk panel utama kenderaan,
4. Tiada pengubahsuaian melampau (extreme) yang meliputi membalut semua interior dengan kulit/tan/pvc dan ubahsuai melampau pada bahagian enjin,
5. Penggunaan pelekat (decals) yg meliputi sebahagian kecil bodyshell kenderaan DIBENARKAN,
6. TIADA lakaran air-brush pada bodyshell kenderaan (lakaran kecil max. 30cm x 30cm dibenarkan)
7. Penggunaan lips hadapan, side skirt, lips belakang dan spoiler fiber/PU/custom DIBENARKAN,
8. Lakaran air-brush pada bahagian dalaman atau engine-bay DIBENARKAN,
9. Penggunaan warna fancy DIBENARKAN,
10. Penggunan bodypart JDM (Japan Domestic Model) DIBENARKAN, dan
11. Penggunaan enjin selain daripada enjin asal DIBENARKAN.






Tarikh : 19hb JULAI 2009
Hari : Ahad
Kategori : Extreme

Tentatif program:
9.00 – 11.00am : Pendaftaran
11.00 – 11.15am : Taklimat daripada juri
11.15 – 12.00noon : Persediaan kenderaan
12.00 – 3.00pm : Penjurian
4.00pm : Keputusan

2. Extreme – antara kategori yang dipertandingkan ialah:
a) Proton
b) Perodua

Kenderaan yang layak menyertai kategori ini ialah:
1. Kenderaan yang telah diubahsuai secara MENYELURUH,
2. Mempunyai cukai jalan yang SAH,
3. Diubahsuai untuk tujuan Autoshow,
4. Penggunaan bodykit custom atau body panel custom DIBENARKAN,
5. Penggunaan pelekat (decals) pada sebahagian besar bodyshell kenderaan DIBENARKAN,
6. Lakaran air-brush pada bodyshell, dalaman dan engine-bay kenderaan DIBENARKAN, dan
7. Penggunaan enjin selain daripada enjin asal DIBENARKAN.

Monday, June 29, 2009

SEKITAR AD PROCC-7 2009


















Thursday, June 25, 2009

JEMPUTAN KELAB PROTON KE SIARAN LANGSUNG PILIH KASIH TV2 - 6hbJun 2009 – 16hb Ogos 2009 (Setiap Sabtu)

9hb Jun 2009

Procc Motorsport,
37, Jalan Puncak Saujana 3/1F,
Seksyen 3, Puncak Saujana,
43000 Kajang, Selangor.

Untuk Perhatian : En. Hifni

Tuan,

JEMPUTAN KEPADA KELAB PROTON KE SIARAN LANGSUNG PROGRAM REALITI TV BERJUDUL PILIH KASIH.

Dengan segala hormat takzimnya perkara di atas adalah dirujuk.
Suhan Movies & Trading Sdn Bhd adalah sebuah syarikat Bumiputera yang ditubuhkan dengan fokus utamanya menerbitkan drama TV untuk stesen tempatan. Selain itu kami juga turut mempunyai pengalaman dalam pembikinan video korporat, infovideo, dokudrama dan iklan untuk pelbagai syarikat swasta dan Jabatan Kerajaan.

Kini, syarikat berhasrat untuk menerbitkan sebuah rancangan realiti yang ingin mencungkil bakat lakonan yang terdapat dalam kalangan peminat seni bagi membantu industri lakonan tanah air yang semakin kegersangan pelakon-pelakon berbakat. Untuk makluman tuan, rancangan ini adalah usahasama di antara SUHAN MOVIES dengan RTM untuk disiarkan di TV2 dengan kerjasama TELEKOM sebagai penaja utama.

Sehubungan itu, kami amat berbesar hati untuk menjemput Kelab Proton untuk turut hadir bagi memeriahkan program ini.


Keterangan lanjut adalah seperti berikut:

Tarikh: 6hbJun 2009 – 16hb Ogos 2009 (Setiap Sabtu)
Masa: 8.30pm – 10.30pm
Tempat: Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad ,RTM Senawang, N. Sembilan

Kehadiran ahli Kelab Proton sangat kami hargai. Untuk keterangan lanjut dan pengesahan pihak puan boleh menghubungi Muhd Azeril di talian 016-2095884 atau Mohd Zuraidi 012- 4673032. Kerjasama dari pihak puan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

Yang Benar,
bagi pihak SUHAN MOVIES & TRADING SDN BHD
MOHD ZURAIDI AHMAD DAUD
Pengurus Produksi

Sunday, June 21, 2009

Selesai dah TT Silatulrahim Procc Pahang 2009

Program selesai..........Alhamdulillah berjaya mengumpulkan 45 buah kereta ProCC Pahang dengan kehadiran lebih 60 orang di Makro Bistro Proton Edar Temerloh.......konvoi bergerak mengelilingi bandar Temerloh dan Mentakab.......havoc sekejap bandar tersebut dibuat oleh ProCC Pahang......so tahniah kepada organizer...geng kuantan , maran , jengka , temerloh . mentakab dll.....keep up the good job...
TQ to all atas kehadiran dan suporting.....73...

Friday, June 19, 2009

TT Silatulrahim Procc Pahang 20hb.6.09(Sabtu)-Temerloh

Askum buat semua rakan2 PROCC PAHANG.....hamba ingat nak buat satu TT Silatulrahim bagi rakan2 PROCC PAHANG (Temerloh+Maran+Jengka+Kuantan+Jerantut & Seangkatan dengannya) pada hari sabtu 20Hb.6.2009 di temerloh pahang....

masa : 9.00 MALAM PETANGTAK ADA KOT COZ RAMAI YANG BZ...

tempat kumpul : TAMAN BARU KUBANG GAJAH,TEMERLOH.....


UPDATE TERKINI TT SILATULRAHIM PROCC PAHANG ( TEMERLOH )
20HB 6 2009 ( SABTU )


MASA :9.00 PM - Berkumpul di Taman Kubang Gajah Temerloh
9.30 PM - Konvoi Pusing2 Temerloh dan terus menuju ke destinasi tempat makan
(Try mintak peronda sebuah tapi tak tahu dapat ke tak )

TEMPAT/LOKASI : ROHAMAS / MAKRO BISTRO.
PUSAT SERVICES PROTON MENTAKAB

MENU : MEE HUN GORENG
NASI GORENG AYAM
BUAH2AN ++++
AIR TEA'O PANAS + SIRAP LIMAU
KUIH KOCI + KARIPAP
++++++++

COLLECTION RM10.00 SEORANG

UNTUK KARAOKE BAGI MEREKA YANG BERMINAT RM40 1 JAM BESERTA STAGE UCAPAN

( BERKEMUNGKINAN KETUA PEMUDA TEMERLOH AKAN ADA SEKALI TAPI TAK ADA PUN TAK PER )

ATUCARA :

"MAKAN2
" KARAOKE
" UCAPAN ++ BINCANG2 ISU TERKINI SEMASA DAN TERBARU
" SESI SUAIKENAL AHLI LAMA DAN BARU




TARGET KEHADIRAN 40 ORANG....

TQ.....73....de 9W2FYZ

Sunday, June 07, 2009

SEKITAR KONVOI MUHIBAH ASTRA PANTAI TIMUR KE TEMERLOH 6HB 6 2009

PADA 6HB 6 2009 LAWATAN MUHIBAH ASTRA PANTAI TIMUR TELAH SINGGAH KE TEMERLOH PAHANG BANDAR IKAN PATIN BERTEMPAT DI RUMAH ABANG MIE 9W2BDM UNTUK BEREYEBALL DENGAN RAKAN2 HAM TEMERLOH.KONVOI SAMPAI LEBIH KURANG JAM 11.00 PAGI SEBANYAK 26 BUAH KENDERAAN PELBAGAI JENIS DAN DIIRINGI OLEH MARSHALL TEMERLOH IAITU (BANG FAIZAL-9W2FYZ,BANG YUSRI-9W2RPY,BANG MAN-9W2TLA) YANG MENGAMBIL MEREKA DI TOL CHENOR DAN SETERUSNYA MENGHANTAR SEMULA ROMBONGAN KONVOI KE TOL CHENOR UNTUK MENERUSKAN PERJALANAN KONVOI KE DESTINASI SETERUSNYA.JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT.....73...


















Wednesday, June 03, 2009

Lawatan Konvoi Muhibbah Astra Pantai Timur Ke Selatan 2009

Lawatan Konvoi Muhibbah Astra Pantai Timur Ke Selatan 2009

Dengan segala hormatnya dimaklumkan pihak Astra Pantai Timur akan mengadakan lawatan ke Temerloh sempena dalam rangka Konvoi Muhibbah Astra Pantai Timur Ke Selatan 2009 yang akan berlangsung pada 5 hingga 8 Jun 2009.

Didalam program konvoi tersebut satu sesi kunjungan mesra ke Temerloh akan diadakan pada 6 Jun 2009 (tempat & masa akan dimaklumkan kemudian).

Sehubungan dengan itu kami dari pihak Ham Temerloh amat mengalu-alukan kehadian semua peserta-peserta konvoi muhibbah tersebut ke Bandar Temerloh yang lebih dikenali dengan Bandar Ikan Patin.

Ekoran dari itu juga dijemput semua rakan-rakan Ham Temerloh yang ingin turut serta dalam konvoi tersebut bolehlah memberi nama pada 9W2BDM Abg Mie No. HP 012-2643038 sebelum 1 Jun 2009.

Info lanjut boleh lah ke
Blog Astra Pantai Timur

TANTATIF PERGERAKAN KONVOI MUHIBBAH KE SELATAN 2009

5/6/2009 (Jumaat)
- 08.30 hrs - Konvoi berkumpul di Tok Bali, Pasir Puteh, Kelantan
- 09.30 hrs - Konvoi memulakan perjalanan menuju Kuala Terengganu ( Laluan Pantai )
-11.30 hrs - Konvoi dijangka tiba di Kuala Terengganu – Eyeball bersama rakan PEMANCAR K.Terengganu
- 13.00 hrs - Konvoi meneruskan perjalanan menuju ke Dungun –
- 14.30 hrs - Eyeball bersama rakan PEMANCAR Dungun & Kemaman
- 15.30 hrs - Konvoi meneruskan perjalanan ke Kuantan
- 17.30 hrs - Konvoi dijangka tiba di Beserah ( tempat penginapan )
- 20.30 hrs - Program Eyeball bersama rakan-rakan PERAMAH

6/6/2009 (Sabtu)
-07.00 hrs - Sarapan

-08.30 hrs - Konvoi meneruskan perjalanan menuju Temerloh
-11.00 hrs - Konvoi dijangka tiba di Temerloh dan ber Eyeball
-12.00 hrs - Konvoi meneruskan perjalanan menuju ke Bukit Puchong, Selangor untuk BERGABUNG bersama rakan ASTRA dari Utara
-14.00 hrs - Konvoi dijangka tiba dan disambut oleh KRAMAT dan rakan konvoi Utara
-16.00 hrs - Konvoi meneruskan perjalanan ke Negeri Sembilan / Melaka
-20.00 hrs - Majlis Eyaball bersama rakan Melaka/N.Sembilan
-23.00 hrs - Konvoi Pantai Timur bergerak ke Port Dickson untuk bermalam.

7/6/2009 (Ahad)
-07.30 hrs - Sarapan, konvoi mula bergerak ke Melaka untuk bergabung dengan konvoi Utara bagi meneruskan perjalanan ke Segamat
-11.00 hrs - Konvoi dijangka tiba dan disambut rakan-rakan Segamat
-15.00 hrs - Konvoi bertolak ke Batu Pahat dan Air Hitam, Johor ( Medan Penjaja Air Hitam )
-18.00 hrs - Konvoi bergerak balik ke Melaka untuk Eyeball di Bukit Katil)
-23.00 hrs - Konvoi bergerak ke Port Dickson ( tempat penginapan )


8/6/2009 (Isnin)
-08.30 hrs - Konvoi berkumpul untuk bertolak pulang ke Pantai Timur

-10.30 hrs - Bergerak ke Nilai 3 (program XYL)
-13.00 hrs - Konvoi bergerak pulang melalui Highway Plus ke Kuala Lumpur dan berpisah dengan Konvoi Utara di Hentian R&R Serdang
-14.30 hrs - Konvoi Pantai Timur meneruskan perjalanan pulang melalui jalan Gua Musang
-20.00 hrs - Konvoi dijangka tiba di Kota Bharu.



* JADUAL PERJALANAN TERTAKLUK KEPADA PINDAAN SEMASA KONVOI*