
Tarikh: 20 Februari 2011
Rujukan kami: Members/20022011/040/L
-- SEMUA AHLI BERDAFTAR MARES MALAYSIA –
Tuan / Puan ,
NOTIS MESYUARAT AGUNG MARES TAHUNAN KALI KE - 10 BAGI TAHUN 2011
1. Adalah dimaklumkan bahawa MARES akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan kali
ke-10 bagi tahun 2011 pada tarikh seperti berikut :-
Tarikh : Ahad, 6 Mac 2011
Masa : 9:00 pagi
Tempat : 4A, Jalan Tinggi (6/12) Seksyen 6,
46000 Petaling Jaya Selangor
Aturcara : 09.00 pagi - Pendaftaran Ahli
10.00 pagi - Mesyuarat Agung Tahunan dimulakan.
Agenda:
i. Perlantikan Pengerusi Majlis
ii. Pengesahan Minit Mesyuarat ke 9, 2010
iii. Pembentangan Laporan Tahunan dan Kewangan 2010
iv. Pembentangan Usul
v. Ucapan Penangguhan
12.30 tengah hari – Jamuan ringan
2. Minit Mesyuarat Agung ke-9, Laporan Tahunan dan Laporan Kewangan bagi Tahun 2010,
dan Borang Usul, boleh didapati dari laman web seperti berikut:
Alamat Web : http://www.mares.org.my/agm2011
Nama pengguna : - seperti di dalam surat notis mesyuarat -
Kata laluan : - seperti di dalam surat notis mesyuarat -
Bagi ahli-ahli yang tidak menerima surat notis panggilan mesyuarat,
anda bolehlah mendapatkan nama pengguna dan kata laluan dengan menghantar
email kepada agm2011@mares.org.my .
3. Borang Usul untuk mesyuarat hendaklah dihantar kepada setiausaha selewat-lewatnya
sebelum atau pada 4 Mac 2011. Sehubungan dengan ini, tuan / puan dijemput hadir bersama
dalam menjayakan mesyuarat ini. Kerjasama dari pihak tuan / puan amatlah dihargai.
Sekian, terima kasih.
Salam hormat,
Fahroradzi Bin Ibrahim, 9W2BBS
Setiausaha
s.k:
1. En. Abdul Aziz Mohd. Noor, 9M2AU, Yang Di Pertua, MARES
2. Pendaftar Pertubuhan, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negeri Selangor