SISTEM SMS INFO PROCC: Anda tidak ketinggalan!

Setelah meneliti jalan yang paling baik untuk mengumpul seberapa ramai ahli ProCC untuk apa jua aktiviti rasmi ProCC. Pihak pengurusan telah bekerjasama dengan salah sebuah syarikat TELCO untuk memudahkan info terkini tentang aktiviti rasmi disampaikan dengan mudah dan cepat.

Jika anda sibuk dengan kerja harian dan tidak berkesempatan melayari laman web ProCC setiap masa? Kini anda boleh mendapat info terkini tentang aktiviti terkini ProCC terus ke telefon bimbit anda.


Setiap SMS info dari ProCC akan dikenakan bayaran RM0.50 untuk perkhidmatan TELCO.
Maksimum 4 SMS sebulan.

2 Meter Net PERAMAH Temerloh

Dijemput semua rakan-rakan HAM untuk 'check in' didalam acara ini yang diakankan pada setiap hari Rabu malam Khamis setiap minggu di V48 (146.400Mhz) .

DOKUMENTARI RADIO AMATUR

Thursday, December 17, 2009

Susah sangat ka nak main di HF (Khusus kpd 9w2)

Persepsi nagetif ini mula timbul pada awal saya aktif semula dalam Amateur Radio. Anggapan demi anggapan dikeluarkan sehingga ada yang sanggup monitor 9w2 nih hantar berapa watts. Kenapa sampai macam tu?

Majoriti yang saya ketemu mengatakan HF ini susah. (Jangan ambik hati kalau petikan ini pernah anda suarakan kepada saya)

1. Tak pandai bercakap bahasa inggeris
2. Radio mahal
3. Nak buat antenna susah

1. Tak pandai berbahasa Inggeris

Apa yang selalu di Hf borakkan. Memang tak sama seperti di VHF. Jadi anda kena selalu monitor di HF terutama semasa Net atau contest. Mudah saja :
a. Signal report
b. Your name
c. Your location
d. Your setup station
e. Your QSL info (selalunya refer QRZ.COM)

Mudahkan...jadi kalau rasa susah, jadilah swl dahulu. Ini asas utama.

2. Radio mahal

Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Lagi best gempaq kawan2. Radio mahai oooo...Kalau anda bezakan perbelanjaan anda dengan VHF..berapa? Set dan antenna. Set lak (mobile, handy ..fuhh)...

Jadi, kalau dah mencecah 2k...anda sudah hampir dengan set HF. Lebih lebih lagi Quad band yang semua ada dalam tu.
Alasan ini bagi saya tak la kukuh mana sangat. Seperti yang saya kata..tak cuba maka tak cinta.

3. Susah buat antenna

Saya pada mulanya berusaha bersama rakan lain mencari tok guru untuk antenna 10 meter nih. Akhirnya bertemu 2 HAM sekembar. 9m2mz dan 9m2zm. 9m2mz memberi idea pembikinan antenna. Manakala 9m2zm telah menjadi developer untuk tujuan tersebut.

Masih tidak menjadi alasan untuk anda terus terusan mengatakan bertapa susahnya untuk melangkah ke HF.

Kita (9w2) memang macam macam orang kata. Terutama macam kami yang dah agak lama beringus nih yang tak reti reti nak upgrade ke 9m2.

Seperti yang saya katakan, "SIAPA LAGI YANG AKAN BERSAMA ANDA UNTUK MENCERITAKAN KEHEBATAN 10M". Sebelum ini pun mana ada 9m2 cerita kat kita sini.

Bergerak sendiri ja. Perosoh sendiri jaa..lepas tu ada laa yang komen..tu tak kena ..ni tak kena...dah la tak mau tunjuk ajar...bagi komen lakkk.

Dalam posting saya nih nampak ..aih din nih marah sapa. Saya marah kepada diri saya sendiri. Saya tinggalkan Amateur Radio hampir 6 tahun dan saya tak bersama sama anda untuk terus menceritakan peluang kita (9w2) walaupun SECIPUT ja band yang diberi. Kalau dah ciput tu tak pa laa..tapi kalau seciput ini kita boleh naikkan audio keluar negara....haa ..apa lagi....

73

SEKITAR EXAM RAE/2 2009 DI SACC 16.12.2009








Monday, December 14, 2009

SAMBUTAN TAHUN BARU 2.1.2009 ( SABTU )TEMERLOH,PAHANG

SALAM BUAT SEMUA RAKAN2
PADA 02.01.2010 ( SABTU )PIHAK MAJLIS PERBANDARAN TEMERLOH ( MPT ) DAN KELAB T.E.C AKAN MENGANJURKAN SATU PROGRAM SAMBUTAN TAHUN BARU 2010 BERMULA JAM 8.00AM-12.00AM
BERTEMPAT DI MINI STADIUM TEMERLOH DAN TAMAN KUBANG GAJAH TEMERLOH

ANTARA ATUCARA PROGRAM

8.00 PAGI - 9.30 PAGI
- PENDAFTARAN PESERTA PENYUSUNAN KENDERAAN,BADAN2 KERAJAAN & NGO

10.00 PAGI
- ACARA PAMERAN KENDERAAN DARI PELBAGAI KELAB DAN PROJECT CAR BERMULA

11.30 PAGI
- DEMOSTRASI DRIFT CAR

12.30 T/HARI - 1.15 T/HARI
- KETIBAAN DATO YANG DIPERTUA.MPT UNTUK LAWATAN KESEMUA TAPAK
- UCAPAN PERASMIAN

1.30 T/HARI
- MAKAN TENGAHARI

2.00 PTG - 6.00 PTG
-PAMERAN AUTOSHOW

8.00 MALAM - 11.30 MALAM
- PERTUNJUKAN KENDERAAN AUDIO

11.30 MALAM
- UCAPAN PENUTUP DAN PENYAMPAIAN SIJIL

12.00 MALAM
- COUNTDOWN DAN BERSURAI

ANTARA BADAN2 KERAJAAN DAN NGO YANG MENGAMBIL BAHAGIAN ADALAH
- KPDN
- AADK
- BELIA DAN SUKAN
- YAYASAN SALAM
- RADIO AMATUR ( KIV )


INFO

UNTUK AUTOSHOW SETIAP KELAB DIKEHENDAKI MENGHANTAR SEKURANG2NYA 12 KENDERAAN UNTUK AUTOSHOW
-10 BIJI UNTUK AUTOSHOW ( KENDERAAN YANG TELAH DILETAKKAN DIDALAM STADIUM UNTUK PAMERAN AUTOSHOW TIDAK AKAN DIBENARKAN KELUAR LAGI BERMULA JAM 9.00 PAGI HINGGA 11.30 MALAM.)
- 1 KERETA UNTUK KENDERAAN KELUAR MASUK ( KENDERAAN NI AKAN JADI RUNNER SEPENUHNYA PADA HARI TERSEBUT )
- 1 KERETA UNTUK PAMERAN KHAS/ SPECIAL CAR CLUB ( KERETA YANG BETUL2 CANTIK DAN TELAH DI UBAHSUAI SEPENUHNYA )
SETIAP KENDERAAN AKAN DIBERIKAN PAS
SETIAP PENYERTAAN ADALAH PERCUMA DAN SETIAP PENYERTAAN AKAN DIBERIKAN TSHIRT,SIJIL,MAKAN

SETIAP KELAB AKAN DIBERIKAN TAG IAITU
- TAG UNTUK PENGENALAN KENDERAAN
- 10 TAG UNTUK PESERTA
- 1 TAG KETUA KELAB
- 1 TAG UNTUK RUNNER CAR CLUB

SETIAP KELAB AKAN DIBERIKAN EMUDAHAN
- MAKAN TENGAHAI UNTUK 12 PESERTA YANG TERLIBAT
- BAJU SAMBUTAN
- SIJIL PENYERTAAN UNTUK PESERTA YANG TERLIBAT
- SIJIL PENYERTAAN KEPADA KELAB
- BILIK ISTIREHAT
- SURAU LELAKI DAN WANITA.


PROGRAM AKAN DI ADAKAN DI MINI STADIUM TEMERLOH
TAMAN KUBANG GAJAH AKAN DI AMBIL SEPENUHNYA OLEH KELAB BIKER SEKITAR MALAYSIA,THAILAND DAN SINGAPORE.
TARGET KENDERAAN YANG MENGAMBIL BAHAGIAN ADALAH SEBANYAK 230 BIJI PENYERTAAN KERANA MELIBATKAN LEBIH KURANG 32 KELAB DARI PAHANG,JOHOR,MELAKA,K.L DAN SEANGKATAN DENGANNYA...


SO DIHARAP MENDAPAT KERJASAMA RAKAN2 YANG KERETA CUN2 TU BOLEH LAH AMBIL BAHAGIAN PADA HARI TERSEBUT UNTUK MEMERIAHKAN LAGI MAJLIS.DIHARAP DAPAT MENAIKKAN LAGI NAMA PROCC PAHANG....

INFO LANJUT AKAN DIBERITAHU KEMUDIAN....

Wednesday, November 25, 2009

selamat hari raya aidiladha







Tuesday, November 24, 2009

ProtonClub.Com (ProCC) Sebagai Kelab Rasmi Naungan PROTON


Shah Alam - 19 November 2009, Tahniah kepada ProtonClub.Com (ProCC), setelah sekian lama penantian ini, akhirnya ProCC telah dipilih oleh pihak pengurusan Proton Holding Berhad untuk menjadi salah sebuah kelab dibawah naungan Proton. Selain itu ProCC juga merupakan 'embassador'(wakil) kepada Proton. Selain daripada ProCC, terdapat 10 lagi kelab yang telah dipilih, iaitu V-Sixes, WPC, Satri GTI Club, G2C, Prosboc, Satria Neo Club, Juara Club, Exora Club, The Persona Club, dan Savoc.

Pihak Proton berharap dengan adanya hubungan diantara pihak Proton dan kelab-kelab yang menyokong kenderaan keluaran Proton ini akan menjadi lebih baik dan dapat bertukar-tukar pandangan serta dapat memperbaiki lagi kereta keluaran Proton dari masa k
e semasa.

Sebagai salah sebuah kelab dibawah peranti Proton, ProCC telah diberi seorang Patron iaitu En. Zahari Hussin (General Manager Proton). Beliau ditugaskan sebagai penasihat kepada ProCC dan juga sebagai rakan
pendengar kepada apa jua yang ingin ProCC utarakan kepada pihak Proton. Begitu juga dengan kelab-kelab lain, mereka juga telah diberi setiap kelab mempunyai seorang Patron.

Kelebihan yang boleh didapati setelah berada dib
awah Proton, Pihak Proton akan menjemput kelab-kelab yang dipilih ini untuk menyertai apa jua event atau acara yang dianjurkan oleh pihak Proton. Selain daripada itu, Proton juga akan mengadakan apa jua acara yang melibatkan interclub sesama kelab-kelab dibawah Proton. Dari segi pulangan balik kepada kelab, Proton sedia menghulurkan tajaan bagi tujuan acara rasmi kelab yang terpilih dan ia bergantung kepada persentage kelulusan pihak atasan Proton.

Pihak Proton mengharapkan kepada semua kelab yang berdiri dibawah naungannya untuk sama-sama menjadi wakil yang sentiasa memberi keterangan yang betul kepada masyarakat. Kerana apa yang pihak Proton lakukan terhadap RnD dan mutu kualiti kenderaan keluaran Proton adalah telah ditingkatkan dari masa ke semasa.

Semoga usaha menyatukan semua kelab-kelab dibawah naugan Proton ini memberi keistimewaan dan kebaikkan kepada semua pihak.
Sekali lagi Tahniah ProCC !







The Organisation Chart

Penaung: Proton Holding Berhad
Penasihat Rasmi: Encik Zahari Hussin (General Manager Proton Holding Berhad)
Syarikat Penaja/ Pemilik: ProCC Motorsport
Pengasas: Mohd Hifni Bin Mohd Ghazali (Mohd Hifni)

Ahli Jawatan Kuasa Tertinggi ProCC
Presiden: Mohd Hifni Bin Mohd Ghazali (Mohd Hifni)
Timbalan Presiden: Azrul Hazle Bin Ishak (matrix_guyz)
Setiausaha: Norhazilah Bt Mohd Napis (cipuding)
Bendahari: Norhafidah Bt Pilus (fr5224)

Penasihat
1. Mohd Faizal Bin Bahari (momo2003)
2. Azaham Ibrahim (Azam)
3. Mohd Rawi Bin Mohd Noor (mauiee)

ProCC Malaysia
Ketua Cawangan Kuala Lumpur/ Selangor: Mohd Hifni Bin Mohd Ghazali (Mohd Hifni)
Pen. Ketua Cawangan Kuala Lumpur/ Selangor: Azrul Hazle Bin Ishak (matrix_guyz)

Ketua Cawangan Johor: Hasrul Hisham B Hashim (jeroll)
Pen. Ketua Cawangan Johor: Ezal Shah Bin Ismail (ezals)

Ketua Cawangan Melaka: Mohd Huzaimi Bin Md Den (mohdhuzaimi)
Pen. Ketua Cawangan Melaka: Samsul Zahrin Bin Samsuddin (B.O.B)

Ketua Cawangan Negeri Sembilan: Azrul Muhairi bin Hj Mohd Badri (joe_jawa)
Pen. Ketua Cawangan Negeri Sembilan: Hishamudin Bin Mohd Dahalan (hisham_eco)

Ketua Cawangan Pahang: Achik Isam Bin Alias (RIYAD 71)
Pen. Ketua Cawangan Pahang 1: Asrul Nizam Bin Ahmad (deadpirate)
Pen. Ketua Cawangan Pahang 2: Mohd Faizal Bin Muda (CAV5689)

Ketua Cawangan Pulau Pinang: Ahmad Nazri Bin Roslan (arie)
Pen. Ketua Cawangan Pulau Pinang: Muhamad Hafiz B Azizan (ejat_GTi)

Ketua Cawangan Perak: Raja Mohd Reza Shah Bin Raja Omar (aro)
Pen. Ketua Cawangan Perak: Muhammad Farhan Bin Hassan (muslim1404)

Ketua Cawangan Kedah: Mohd Kalid Azhan Bin Othman (Kalid)
Pen. Ketua Cawangan Kedah: Ezuandi Fami Bin Zainuddin (spirus)

Ketua Cawangan Perlis: Ahmad Kamal Bin Kassim (kama)
Pen. Ketua Cawangan Perlis: Azlan @ Mazlan Bin Ahmad (lan_WLB)

Ketua Cawangan Terengganu: Mohd Faizarul Akmal Bin Othman (zarul78)
Pen. Ketua Cawangan Terengganu 1: Wan Azhari Bin Wan Mamat (nobody)
Pen. Ketua Cawangan Terengganu 2: Khairul Ridzuan Bin Saleh (khairul_wan)

Ketua Cawangan Kelantan: Azrin Bin Mohamed Arif (azreen_hc77)
Pen. Ketua Cawangan Kelantan: Mohd Rashdan B Abd Rahman (pang5_auto)

Ketua Cawangan Sabah: gaijin82
Pen. Ketua Cawangan Sabah: (sedang dalam pemilihan)

Ketua Cawangan Sarawak: Samuri Bin Mohd Mussim (Nihon3113)
Pen. Ketua Cawangan Sarawak: (sedang dalam pemilihan)

ProCC Team

ProCC Marshal Team
Pengurus: Nur Aman Ikhsan Bin Ahmad (nomend)
Pen. Pengurus: (sedang dalam pemilihan)

ProCC Football Team
Pengurus: Mohd Hairul Hazli Bin Bakri (erol_sjamm)
Pen. Pengurus: Khairul Azlan Bin Ismail (goblin)

Badan Kebajikan ProCC
Pengurus: Mohd Rezza Bin Kamaruddin (M.REZZA)
Pen. Pengurus: Mohd Radzuan Bin Mohd Rashid (wan satria)

ProCC Adventure Team
Pengurus: Mohd Isa Bin Munir (Esir)
Pen. Pengurus: Mohd Nizar Noh Bin Mohd Noh (mongkut)

ProCC Amateur Radio Team
Pengurus: Nur Aman Ikhsan Bin Ahmad (nomend)
Pen. Pengurus: (sedang dalam pemilihan)

ProCC Racing Development Team
Pengurus: Fakarizal Asmim Bin Ibrahim (Rezal_I)
Pen. Pengurus: Zamri Bin Omar (zamrix)

ProCC Bowling Team
Pengurus: Iskandar Zulkarnain Bin Rosman (diims)
Pen. Pengurus: Harifuddin Bin Haris (manzuldin)

ProCC Snooker Team
Pengurus: Mohd Zulkhairie Bin Abdullah (wi_ra)
Pen. Pengurus: Azrul bin Abdul Rashid (azxrox)

Jualan Dodol Amal SALAM Pahang

Pada bulan November 2009, Yayasan Salam Malaysia (Pahang) dengan kerjasama syarikat Riiyah Enterprise, Temerloh akan mengadakan 1 program amal. Program ini di beri nama "Jualan Dodol Amal SALAM Pahang". Dodol akan di masak sebanyak 2 buah kawah sahaja. Program ini hanya akan di hadiri oleh ahli Yayasan Salam Pahang yang di ketuai oleh En. Shahriman Bin Abd Rahman (Penyelaras Yayasan Salam Pahang) dan di bantu oleh 2 orang pakar memasak dodol iaitu Pn. Norasrah Mat Zin (47 tahun) dan Pn. Aslamiah Mohd Ali (49 tahun). Jangkaan aktiviti seperti di bawah:

Tarikh : 22 November 2009 (Ahad)

Masa : 8.00 pagi - 3.00 petang

Tempat : Bengkel Dodol, Paya Pulai, Temerloh.

Anjuran: Yayasan Salam Malaysia (Pahang)

Untuk makluman semua, dodol yang telah siap dimasak akan di sukat dan di timbang sebanyak 1kg sebungkus. Kemudian akan di lelong terus kepada orang ramai dengan harga RM 22 sahaja. Kami menyediakan perkhidmatan penempahan segera dan tempahan telah di buka sekarang. Kepada pembeli dan peminat dodol jangan lepaskan peluang ini.

Tujuan program seperti ini di amalkan adalah untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama ahli dan dapat juga kita berlajar cara-cara memasak dodol yang betul. Separuh hasil jualan ini kami akan simpan ke dalam tabung persatuan dan separuh lagi kami akan membeli barang peralatan sekolah dan mendermakan kepada keluarga yang lebih memerlukan.

Sebelum ini kami telah berjaya memasak dodol sebanyak 10 buah kawah. Program di jalankan di Perkarangan Sri Pentas TV3, Banda Damansara, Petaling Jaya, Selangor. Program di beri nama "Kacau Dodol Amal" anjuran bersama Media Prima, Yayasan Salam Malaysia, & Warisan Global. Ke semua bungkusan berjaya di jual habis. Ianya telah di jalankan seminggu sebelum kita menyambut bulan Syawal. Kali ini kami akan masak seminggu sebelum umat Islam menyambut Aidiladha. Pada tahun hadapan kita akan adakan sekali lagi program seperti ini di Dataran Merdeka dengan jumlah kawah sebanyak 50 buah. Jadi marilah kita beramal, membeli sambil menderma. Supaya kita dapat sama-sama membantu golongan yang lebih memerlukan.

Dodol...dodol... Mari beli dodol...

Beli jangan tak beli... jualan murah hanya setahun sekali.

PERODUA ALZA DILANCARKAN PADA 24/11/2009



MUHYIDDIN mendengar penerangan daripada Syed Abdull Hafiz mengenai MPV Perodua Alza sempena pelancaran kenderaan terbaru itu di Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR - Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) semalam melancarkan kenderaan pelbagai guna (MPV) pertamanya yang dinamakan Perodua Alza di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini semalam.

Pengarah Urusannya, Datuk Syed Abdull Hafiz Abu Bakar berkata, MPV terbaru yang ditawarkan pada harga di antara RM56,000 sehingga RM70,000, itu telah dibuka untuk tempahan sejak 13 November lalu dan sehingga pukul 2 petang semalam pihaknya telah menerima tempahan sebanyak 3,500 unit.

Menurut beliau, tempahan yang diterima itu menepati segmen sasaran pihaknya yang ditumpukan kepada golongan keluarga bersaiz kecil dalam lingkungan umur 30-an sehingga 40-an serta golongan bujang di kawasan bandar.

"Daripada jumlah tempahan 3,500 unit itu, 80 peratus merangkumi mereka dalam lingkungan usia 30-an hingga 40-an manakala bakinya adalah daripada golongan bujang,'' katanya.

sumber : Kosmo



















SEMPAT GAK AKU TENGOK HE3....

Friday, November 13, 2009

SEKITAR KELAS RAE SESSI KE-2 13/11/2009














KELAS RAE-2/2009 TEMERLOH TELAH BERMULA

Kelas radio amatur bagi sesi-2/2009 telah bermula dan diadakan seperti berikut

Tarikh : 6/11/2009 - 11/12/2009
5 sessi setiap hari jumaat malam sabtu

tempat : Sek Kebangsaan Bandar Temerloh

Masa : 8.30 - 11.30 malam

Bayaran : RM 40 bagi 5 sessi

Sukarelawan Radio Amatur Universiti Diperlukan

Hi..satu aktiviti bersama salah satu Stesyen Radio terkenal di Malaysia akan diadakan dalam masa terdekat. Kami memerlukan seramai mungkin wakil-wakil yang mempunyai callsign 9W2 atau 9M2 yang sedang belajar atau berkerja dimana-mana Universiti di tanahair.

Sila hubungi saya sekadar yang segera melalui hendphone 012-3050 205.

Program secara langsung ini memerlukan khidmat anda semua disamping mempromosi radio amatur kedunia luar..

http://myradioham.blogspot.com

XPDC 4x4 PAKAT(CARABOO) TEMERLOH to SANGKAR 3 2009
















Mat Yani
Leader PAKAT 4x4 Temerloh. ( CLUB CARAABAO )
Mempunyai pusat jualan kenderaan 4x4 terbesar
di daerah Temerloh.

Sangka 3 Pandangan dari Angkasa Lepas

Biru muda laluan OFF Road.
30 Oct 09~1 Nov 09 XPDC 4x4 Hard Core ke Sanka 3.


Hari 1:

5.00 PM - Berkumpul di Chalet IJAM
-Taklimat oleh Chief De Mission Mr Mat Yani.

6.00 PM - Bertolak .
-Konvoi bergerak sebanyak 28 buah kenderaan.
7.00 PM - Off Road

-Cabaran untuk ke Camp 1. Mengharungi 2 anak sungai , laluan peningalan jalan balak,tanah runtuh licin dsb.

1.00AM- Tiba Camp Site 1.- Bermalam
-Mana mau cari Char Kueh Teow dlm hutan oiii...kat hutan nie ade jgn tak cayer..


Hari 2 :

9.00 AM - OFF ROAD ke Sanka 3 Sesi 2 ( Hard Core )

5.00 PM - Tiba Sangka 3 ( Campsite 2 )
- Aktivity Sendiri

Hari 3 :

9.00 AM - Bertolak balik keluar .
... Tiba di Bandar Jengka.
- 1st Group ~ 6.00 PM
- Last Group ~ 2.00 AM