SISTEM SMS INFO PROCC: Anda tidak ketinggalan!

Setelah meneliti jalan yang paling baik untuk mengumpul seberapa ramai ahli ProCC untuk apa jua aktiviti rasmi ProCC. Pihak pengurusan telah bekerjasama dengan salah sebuah syarikat TELCO untuk memudahkan info terkini tentang aktiviti rasmi disampaikan dengan mudah dan cepat.

Jika anda sibuk dengan kerja harian dan tidak berkesempatan melayari laman web ProCC setiap masa? Kini anda boleh mendapat info terkini tentang aktiviti terkini ProCC terus ke telefon bimbit anda.


Setiap SMS info dari ProCC akan dikenakan bayaran RM0.50 untuk perkhidmatan TELCO.
Maksimum 4 SMS sebulan.

2 Meter Net PERAMAH Temerloh

Dijemput semua rakan-rakan HAM untuk 'check in' didalam acara ini yang diakankan pada setiap hari Rabu malam Khamis setiap minggu di V48 (146.400Mhz) .

DOKUMENTARI RADIO AMATUR

Thursday, October 27, 2011

Autoshow Proton Club Malaysia 2011

Autoshow Proton Club Malaysia 2011

Sempena Majlis Ulang Tahun Proton Club Malaysia yang akan diadakan pada 29 Oktober 2011, Satu Autoshow Tertutup akan diadakan pada;

Tarikh: 29 Oktober 2011
Hari: Sabtu
Masa: 11.00pagi - 3.00ptg
Tempat: Kawasan Hotel Avillion Admiral Cove Port Dickson
Penyertaan: Terbuka kepada ahli Proton Club Malaysia sahaja

- 3 kategori Utama;
1. Proton Standard ( Hadiah 1-3 )
2. Proton Modified ( Hadiah 1-3 )
3. Proton Extreme ( Hadiah 1-3 )

- 4 kategori sampingan ;
1. Best Bodykit ( Hadiah 1sahaja )
2. Best Audio ( Hadiah 1 sahaja )
3. Best Interior ( Hadiah 1 sahaja )
4. Best Engine ( Hadiah 1 sahaja )

- 1 Kategori keseluruhan ;
1. Best of the best ( Hadiah 1 sahaja )

SYARAT2 PENYERTAAN DAN PEMBAHAGIAN KATEGORI SECARA RINGKAS

1. Proton Standard
- Standard OEM bodykit kilang tanpa sebarang penukaran bodypart OEM.
- Penukaran aksesori OEM kpd aksesori aftermarket ( radio kaset > cd/vcd/dvd player / rim besi > sport rim )
- Interior OEM yg dihias dgn aksesori tambahan (bantal leher , pelapik safety belt , dll . )
- Exterior OEM yg ada tampalan sticker potong (full body sticker xdibenarkan) , airpress , vortex generator , spoiler aftermarket .
- Enjin masih guna enjin asal tanpa sebarang modify yg berat . (penukaran air filter, pmasangan grounding, voltage stabilizer dibenarkan)

2. Proton Modified
- Penukaran bodykit OEM kpd bodykit aftermarket or JDM/USDM ( sbarang penambahan bodykit custom fiber tak dibenarkan )
- Interior yg telah dihias dgn sebarang konsep tersendiri spt VIP Style or sbgnya ( penukaran sit OEM kpd sit bucket adalah kelebihan )
- Exterior telah mempunyai penambahan body stripe sticker potong atau airbrush di bahagian tertentu ( full body airbrush tak dibenarkan )
- Enjin telah dimodified dgn byk penambahan 'toyol' ( penukaran kpd enjin berkapasiti besar adalah kelebihan )
- Penukaran warna asal kereta kepada warna cat campuran @ 2K @ effect style adalah kelebihan .
- Rim besar 17" ke atas satu kelebihan .

3. Proton Extreme
- Penukaran bodykit OEM kpd bodykit JDM.USDM .
- Custom fiber + widebody + penukaran rupa asal kereta kpd kereta jnis lain adalah satu kelebihan markah .
- Full bodysticker , full airbrush , pintu gunting , air suspention adalah satu kelebihan markah .
- Rim deep dish / JDM style 17" ke atas ...
- Interior dgn konsep VIP style , penukaran sit kpd sit bucket ..
- Exterior dgn spoiler JDM or GT style..

* Untuk 3 kategori utama ,
boleh masuk lebih dr satu kategori , yuran ikut bilangan kategori disertai..
tp penyertaan kereta tersebut based pd spec krete dia..
klau krete dia standard , dia ley cuba nasib masuk kategori modified or extreme..
klau krete dia modified , dia ley masuk kategori extreme , tp takley masuk standard..
klau mmg dah xtreme , takley masuk kategori standard or modified..
ini utk pastikan penyertaan adalah adil utk semua kategori peserta..

* Untuk 4 kategori sampingan ,
pemenang dikira dr subpemarkahan dr kategori utama yg disertai..

* Utk 1 kategori keseluruhan ,
pemarkahan dikira dr segi total antara 3 kategori tersebut markah siapa terbanyak skali..


Yuran penyertaan: RM20 satu kereta.

Sijil penyertaan disediakan kepada semua peserta yang mengambil bahagian.

Jumpa anda disana!!!

daftar penyertaan anda!

Nama/Nick:
No. Keahlian:
No. telefon:
Model Kereta:
Tema Kereta:
Anugerah yang pernah dimenangi:

http://www.protonclub.com/portal/index.php?option=com_kunena&func=view&catid=5&id=63264&Itemid=125