SISTEM SMS INFO PROCC: Anda tidak ketinggalan!

Setelah meneliti jalan yang paling baik untuk mengumpul seberapa ramai ahli ProCC untuk apa jua aktiviti rasmi ProCC. Pihak pengurusan telah bekerjasama dengan salah sebuah syarikat TELCO untuk memudahkan info terkini tentang aktiviti rasmi disampaikan dengan mudah dan cepat.

Jika anda sibuk dengan kerja harian dan tidak berkesempatan melayari laman web ProCC setiap masa? Kini anda boleh mendapat info terkini tentang aktiviti terkini ProCC terus ke telefon bimbit anda.


Setiap SMS info dari ProCC akan dikenakan bayaran RM0.50 untuk perkhidmatan TELCO.
Maksimum 4 SMS sebulan.

2 Meter Net PERAMAH Temerloh

Dijemput semua rakan-rakan HAM untuk 'check in' didalam acara ini yang diakankan pada setiap hari Rabu malam Khamis setiap minggu di V48 (146.400Mhz) .

DOKUMENTARI RADIO AMATUR

Wednesday, August 24, 2011

SALAM AIDILFITRI 1432H DAN SALAM KEMERDEKAAN KE-54 BUAT SEMUA RAKAN2


SAYA MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI DAN SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE-54 BUAT RAKAN2 PROCC / MARES / ASTRA / KCDN / PERAMAH / WARGA 9M4RCY / PAKAT / YAYASAN SALAM DAN SEMUA RAKAN2 YANG MENGENALI DIRI INI TAK KIRA DIMANA BERADA...SEMOGA AIDILFITRI DAN KEMERDEKAAN KALI INI LEBIH BERMAKNA...WSALAM










KEPELBAGAIAN TEKNIK MENJADIKAN ANDA MANGSA DALAM PERJALANAN


Terkini teknik baru yang digunakan bagi menjadikan pemandu jalanraya pada waktu malam menjadi mangsa mereka, iaitu dengan melempar telur di cermin hadapan.
Jika anda sedang memandu diwaktu malam, secara tiba-tiba cermin kereta anda dilemparkan telur ayam. Jangan suis on wiper dan pancutkan air. Teruskan memandu dengan apa yang mampu dilihat sehingga anda berada di tempat yang selamat. Ini kerana, telur ayam bercampur dengan air akan menjadikan cecair seperti susu (sukar dihilangkan dengan mudah) dan menyebabkan tahap penglihatan mata kita menjadi kabur sehingga 92.5 peratus. Anda akan menjadi mangsa sekiranya anda berhenti sebaik saja mengalami kejadian tersebut. Jangan biarkan diri anda menjadi mangsa dengan gaya baru sipenjenayah.
BERHATI-HATI SEMASA DALAM PERMANDUAN TERUTAMA DI WAKTU MALAM...PELBAGAI CARA AKAN DIBUAT SANG PENJENAYAH
Sebarkan untuk kebaikan ...kita bersama

Proton Club Malaysia menjalin usahasama dengan Verv Lubricants

Proton Club Malaysia menjalin usahasama dengan Verv Lubricants

Pada 18 Ogos 2011, Proton Club Malaysia (ProCC) telah menjalinkan satu usahasama serta telah menandatangani Perjanjian Persefahaman (MOU) dengan Verv Petroleum (M) Sdn Bhd yang merupakan salah sebuah kilang pengeluar Minyak Pelincir terkenal di Malaysia iaitu VERV Lubricants.

Diatas perbincangan secara rasmi diantara Presiden ProCC (Mohd Hifni Bin Mohd Ghazali), Timbalan Presiden 2 (Mohd Rizal Bin Abd Rahman), Zafir Wong (Head of Marketing Verv) dan Auni Zafirah (Verv's Product Ambassador), Pihak Verv bersetuju membantu ProCC dari segi penajaan acara dan aktiviti kelab.

Disamping itu, verv juga memberi diskaun kepada ahli ProCC diatas pembelian minyak pelincir keluaran syarikat itu. Selain daripada itu, ahli juga akan mendapat faedah yang disediakan oleh pihak Verv, antara faedah-faedah yang diberi adalah:

  • Pembelian terus dari Verv akan memberikan anda 10%-20% diskaun untuk minyak pelincir tertentu.
  • Setiap pembelian minyak pelincir Verv, anda juga akan dapat 'oil filter' berjenama BORCH secara percuma!
  • Dapatkan Diskaun dari pusat servis panel Verv untuk upah perkhidmatan.
  • Penghantaran terus pintu ke pintu secara percuma ke seluruh negara.
  • Hadiah percuma bagi setiap pembelian. contohnya, baucer petrol/membeli-belah/ barangan, bergantung kepada promosi bulanan.
  • Peringatan melalui perkhidmatan sms untuk jadual penyelenggaraan dan rekod.
  • Pelbagai jenis minyak pelincir untuk semua jenis kenderaan.
  • Juru runding dan nasihat percuma bagi perkara berkaitan servis kenderaan.

Selain daripada itu, Pihak Verv juga akan menyumbangkan 5% daripada hasil pembelian minyak pelincir Verv dari ahli ProCC kepada tabung aktiviti ProCC untuk kegunaan acara-acara ProCC mendatang.

Semoga dengan usahasama yang terjalin ini dapat memberikan satu kelebihan buat Proton Club Malaysia dan semua ahli ProCC khususnya.

Ahli Proton Club Malaysia boleh mendapatkan minyak pelincir diatas dengan menghubungi talian Hotline Verv: 1300-88-VERV(8378)

Friday, July 29, 2011

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN 1432 2011

ASSALAMUALAIKUM
KAMI MEWAKIL WARGA PROCC NEGERI PAHANG MENGUCAPKAN SELAMAT BERPUASA BUAT SEMUA RAKAN2 PROCC MALAYSIA TAK KIRA DIMANA BERADA SEMOGA BULAN RAMADHAN TAHUN INI MEMBAWA SERIBU KEBERKATAN BUAT ANDA SEMUA...
SALAM






MAJLIS BERBUKA PUASA PROCC MALAYSIA 2011

MAJLIS BERBUKA PUASA PROCC MALAYSIA 2011


Salam 1ProCC..Bersempena bulan Ramadhan Al-Mubarrak akan datang ini..Pihak Pengurusan ProCC telah mengaturkan satu Majlis Berbuka Puasa di kalangan ahli ProCC 1MALAYSIA bersama anak-anak yatim..Majlis ini akan dimeriahkAn dengan kehadiran seorang artis baru dan beliau juga bakal menjadi DUTA ProCC..Insyaallah majlis ini juga akan mendapat liputan oleh pihak media..Semua ahli Proton Kelab Malaysia dijemput untuk memeriahkan majlis ini..Diharap rakan-rakan dapat mendaftar&membuat pembayaran segera kerana tempat duduk adalah terhad kepada 100kerusi sahaja..so sapa cepat dia dapat..sekian..tqvm..kerana kita ProCC..

Time : 6.30 pm - 10.00 pm
Date : 06 August 2011
Venue : Hotel Coronade Bukit Bintang, Kuala Lumpur
Price : RM 50.00 Per Adult / Rm 35.00 per child ( 2 years old - 12 years old )
Person Incharge : Maybisz(013-224 2782), Sani(017-670 7221), As_ZoL(012-349 5054)

*PEMBAYARAN HENDAKLAH DIBUAT KE AKAUN TIMBALAN NAIB PRESIDEN ProCC[MAYBIZS] (MAYBANK - 162106198416) MOHD RIZAL BIN ADBUL RAHMAN..TARIKH TUTUP PEMBAYARAN PADA 28/7/2011..PENYERTAAN TIDAK BOLEH DIBATALKAN SETELAH ANDA MENDAFTAR&MEMBUAT BAYARAN..DIHARAP SETIAP TRANSAKSI&BUKTI PEMBAYARAN DAPATLAH DIEMELKAN KE SAUDARA MAYBIZS (RIEZMAN2001@YAHOO.COM)..SEKIAN, HARAP MAKLUM..


RAMADHAN BUFFET
RM 50.00 net


SALAD AND APPERTIZER
Kerabu makanan laut, kerabu pucuk paku, acar nenas dan timun, acar rampai, rojak buah, ulam-ulam kampong, kerabu mangga muda, Tahu sumbat kuah kacang,

SAVOURIES AND PICKLES
3 jenis ikan masin
2 jenis keropok,
3 jenis Jeruk buah-buahan
SAMBALS
Sambal belachan, sambal mangga, sambal belimbing muda
Budu trengganu, cincaluk, tempoyak

STALL 1
Cucur Udang, cucur ikan bilis,

STALL 2
Satay dengan bawang, timun kuah kacang

SOUP
Sup ayam berempah

MAIN DISHES
Nasi Putih
Nasi Goreng Ikan Masin
Daging dendeng
Kari kambing dengan kentang
Hati ayam masak kicap
Ikan Masak Lemak
Sambal sotong
Masak lemak labu

BAVERAGE STALL
Air Bandung, Air sirap selasih, teh tarik

DESSERT
Assorted Malay Kuih, Dodol, Wajik or Bahulu,
Malaysian Local Fruit, Buah Kurma, Bubur of the day
Sago Gula Melaka, cream caramel, assorted jelly

KEMBARA AMAL AMBANG RAMADHAN

KEMBARA AMAL AMBANG RAMADHAN

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Insyallah Helang Recreation Club akan menganjurkan Program Kembara Amal Ambang Ramadhan, Program Amal ini turut disertai oleh PDRM Paka, Wish Club Malaysia, Turtle Crews, DCC Bikers, Waja Performance Club - WPC , Kerteh Bikers ,Residence Resort Paka dan Proton Club - PROCC.

Jumlah derma adalah ikhlas dari tuan / puan. Tarikh tutup kutipan ialah pada 24 July 2011.

Program : Kembara Amal Ambang Ramadhan

Objektif : Memberi Sumbangan Kepada Golongan Sasar – Fakir Miskin, Anak Yatim, Ibu Tunggal

Tempat : Bermula dari Balai Polis Paka dan Berakhir Di Balai Polis Paka

Tarikh : 30/7/2011 - Sabtu

Masa : 0930 pagi dan dijangka berakhir pada jam 0400 petang

Jemputan : Anggaran Peserta Konvoi 500 orang ( 80 kenderaan dan 50 Motorsikal )

Sekiranya pihak Tuan ingin memberikan sumbangan dalam bentuk cek, cek tersebut boleh dialamatkan kepada :-

HELANG RECREATION CLUB
No Akaun Maybank : 5630 8200 8384

Sila tuliskan (Kembara Amal Ramadhan) dibelakang cek.
Resit Pembayaran akan dikeluarkan kepada penyumbang bagi tujuan audit dan lain lain urusan.

Sekiranya perlu kami memohon Tuan memberi keizinan untuk menyerahkan Logo atau lambang Syarikat untuk dimuat turun didalam laman web kami di www.hrc-trg.com dan disepanduk yang akan kami keluarkan nanti.

Sebarang pertanyaan sila hubungi En. Afandi B Mohamed (Presiden-Pengarah Program) di talian 019-913 1333, En. Ramli B Emran (Setiausaha) ditalian 014-825 8480 atau En. Mustafa Jaafar (Biro Kebajikan ) ditalian 017-9775077.

Segala sumbangan yang dihulurkan kami amatlah kami hargai dan didahulukan dengan ucapan jutaan terimakasih.

Sedikit info Program Kembara Amal Ambang Ramadhan
Info Program

0900 pagi berkumpul di Balai Polis Paka , taklimat ringkas perihal keselamatan , Bacaan Doa
0930 pagi - konvoi akan berlepas dan menuju ke check point bagi menyampaikan sumbangan

check point pertama : Perkarangan Masjid Kampung Nyior
check point kedua : Perkarangan Sekolah Kg Durian Mentangau
check point ketiga : Perkarangan Masjid Kg Padang Pulut
check point keempat : Rumah Orang Tua Bandar Almultakfibillah Shah
check point kelima : Dewan Sivik Paka ,,,, Doa Selamat dan bersurai


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Untuk makluman, kemaskini terkini Kelab, Syarikat dan NGO yang akan turut serta dalam Program Kembara Amal Ambang Ramadhan yang dijadualkan pada 30 Julai 2010 - Sabtu, yang akan bermula dari jam 0900 pagi dan dijangkan berakhir pada 0400 petang.

HELANG RECREATION CLUB - SELAKU PENGANJUR

KELAB PROTON PROCC
TENAGA NASIONAL BERHAD
POLIS DIRAJA MALAYSIA - BALAI POLIS PAKA
HOTEL RESIDENCE RESORT PAKA


KELAB PACUAN 4 RODA - CUKAI ADVENTURE TEAM
KELAB MOTORSIKAL CHOPPER DUNGUN - DCC
KELAB PROTON WAJA - WPC
KELAB TOYOTA WISH MALAYSIA
MALAYSIAN HELICOPTER SERVICE - MHS

KELAB MOTORSIKAL TURTLE CREWS - TC

KELAB KERETA PROTON SAGA BLM

KELAB KERETA PROTON PERDANA - PROPERD

Webmaster HRC


COPY FROM BLOG HRC

Monday, June 13, 2011

GAMBAR SEKITAR FAMILY DAY PROCC PAHANG 2011


FAMILY DAY PROCC PAHANG 2011

Sesi bergambar





Wakil Majalah Otomania



Di meja pendaftaran



Sesi demo minyak Lubri Oil dari penaja



Ragam tym games...happening...















Alamak big bos injured plak...



Tym sesi makan Malam...





Karaoke tym...





Tym bersurai...hehehe


Lubricant Oil Jemput Ahli ProCC Hi-Tea & Perasmian


Salam 1Malaysia 1ProCC,

Untuk pengetahuan semua, Lubricant Oil ingin menjemput Seluruh ahli ProCC yang dapat meluangkan masa ke;

Acara: Majlis Perasmian Lubricant Oil F1-M (Minyak F1 Malaysia)
Tarikh: 15 Jun 2011
Tempat: The Curve, Royal Bintang Hotel
Masa: 10.00pagi (pendaftaran)

Dirasmikan oleh Datuk Mukhriz.
Artis Jemputan: Siti Nurhaliza, Farah Fauzana, Lisa Surihani, Fasha Sandha, Opie Zami dan ramai lagi

Kepada semua ahli ProCC yang berminat, sila daftar segera sebelum esok 2.00ptg:

Nama:
No. Telefon:
Lokasi anda:
Saiz Baju: (baju akan diberi semasa pendaftaran)

p/s: pengeluar minyak ini juga sedang mencari ramai dealer yang berminat. tq zulz for the info.