SISTEM SMS INFO PROCC: Anda tidak ketinggalan!

Setelah meneliti jalan yang paling baik untuk mengumpul seberapa ramai ahli ProCC untuk apa jua aktiviti rasmi ProCC. Pihak pengurusan telah bekerjasama dengan salah sebuah syarikat TELCO untuk memudahkan info terkini tentang aktiviti rasmi disampaikan dengan mudah dan cepat.

Jika anda sibuk dengan kerja harian dan tidak berkesempatan melayari laman web ProCC setiap masa? Kini anda boleh mendapat info terkini tentang aktiviti terkini ProCC terus ke telefon bimbit anda.


Setiap SMS info dari ProCC akan dikenakan bayaran RM0.50 untuk perkhidmatan TELCO.
Maksimum 4 SMS sebulan.

2 Meter Net PERAMAH Temerloh

Dijemput semua rakan-rakan HAM untuk 'check in' didalam acara ini yang diakankan pada setiap hari Rabu malam Khamis setiap minggu di V48 (146.400Mhz) .

DOKUMENTARI RADIO AMATUR

Wednesday, June 03, 2009

Lawatan Konvoi Muhibbah Astra Pantai Timur Ke Selatan 2009

Lawatan Konvoi Muhibbah Astra Pantai Timur Ke Selatan 2009

Dengan segala hormatnya dimaklumkan pihak Astra Pantai Timur akan mengadakan lawatan ke Temerloh sempena dalam rangka Konvoi Muhibbah Astra Pantai Timur Ke Selatan 2009 yang akan berlangsung pada 5 hingga 8 Jun 2009.

Didalam program konvoi tersebut satu sesi kunjungan mesra ke Temerloh akan diadakan pada 6 Jun 2009 (tempat & masa akan dimaklumkan kemudian).

Sehubungan dengan itu kami dari pihak Ham Temerloh amat mengalu-alukan kehadian semua peserta-peserta konvoi muhibbah tersebut ke Bandar Temerloh yang lebih dikenali dengan Bandar Ikan Patin.

Ekoran dari itu juga dijemput semua rakan-rakan Ham Temerloh yang ingin turut serta dalam konvoi tersebut bolehlah memberi nama pada 9W2BDM Abg Mie No. HP 012-2643038 sebelum 1 Jun 2009.

Info lanjut boleh lah ke
Blog Astra Pantai Timur

TANTATIF PERGERAKAN KONVOI MUHIBBAH KE SELATAN 2009

5/6/2009 (Jumaat)
- 08.30 hrs - Konvoi berkumpul di Tok Bali, Pasir Puteh, Kelantan
- 09.30 hrs - Konvoi memulakan perjalanan menuju Kuala Terengganu ( Laluan Pantai )
-11.30 hrs - Konvoi dijangka tiba di Kuala Terengganu – Eyeball bersama rakan PEMANCAR K.Terengganu
- 13.00 hrs - Konvoi meneruskan perjalanan menuju ke Dungun –
- 14.30 hrs - Eyeball bersama rakan PEMANCAR Dungun & Kemaman
- 15.30 hrs - Konvoi meneruskan perjalanan ke Kuantan
- 17.30 hrs - Konvoi dijangka tiba di Beserah ( tempat penginapan )
- 20.30 hrs - Program Eyeball bersama rakan-rakan PERAMAH

6/6/2009 (Sabtu)
-07.00 hrs - Sarapan

-08.30 hrs - Konvoi meneruskan perjalanan menuju Temerloh
-11.00 hrs - Konvoi dijangka tiba di Temerloh dan ber Eyeball
-12.00 hrs - Konvoi meneruskan perjalanan menuju ke Bukit Puchong, Selangor untuk BERGABUNG bersama rakan ASTRA dari Utara
-14.00 hrs - Konvoi dijangka tiba dan disambut oleh KRAMAT dan rakan konvoi Utara
-16.00 hrs - Konvoi meneruskan perjalanan ke Negeri Sembilan / Melaka
-20.00 hrs - Majlis Eyaball bersama rakan Melaka/N.Sembilan
-23.00 hrs - Konvoi Pantai Timur bergerak ke Port Dickson untuk bermalam.

7/6/2009 (Ahad)
-07.30 hrs - Sarapan, konvoi mula bergerak ke Melaka untuk bergabung dengan konvoi Utara bagi meneruskan perjalanan ke Segamat
-11.00 hrs - Konvoi dijangka tiba dan disambut rakan-rakan Segamat
-15.00 hrs - Konvoi bertolak ke Batu Pahat dan Air Hitam, Johor ( Medan Penjaja Air Hitam )
-18.00 hrs - Konvoi bergerak balik ke Melaka untuk Eyeball di Bukit Katil)
-23.00 hrs - Konvoi bergerak ke Port Dickson ( tempat penginapan )


8/6/2009 (Isnin)
-08.30 hrs - Konvoi berkumpul untuk bertolak pulang ke Pantai Timur

-10.30 hrs - Bergerak ke Nilai 3 (program XYL)
-13.00 hrs - Konvoi bergerak pulang melalui Highway Plus ke Kuala Lumpur dan berpisah dengan Konvoi Utara di Hentian R&R Serdang
-14.30 hrs - Konvoi Pantai Timur meneruskan perjalanan pulang melalui jalan Gua Musang
-20.00 hrs - Konvoi dijangka tiba di Kota Bharu.



* JADUAL PERJALANAN TERTAKLUK KEPADA PINDAAN SEMASA KONVOI*

Thursday, May 21, 2009

-AUTOSALOON PROCC 2009-




Seperti mana yang sedia maklum, Seperti tahun2 sebelum ini menjelang ulangtahun ProtonClub.Com acara autosaloon akan diadakan seperti biasa.
Tahun ini acara autosaloon akan diadakan di Taman Tasik Titiwangsa Kuala Lumpur Pada 28 Jun 2009
dari jam 10.00 pagi hingga 4.00 petang
Saya secara rasminya membuka pendaftaran untuk rakan2 mendaftarkan jentera masing2 untuk mengambil bahagian pada autosaloon tahun 2009.

Nama :
Nickname :
No. Pendaftaran :
Model kenderaan :
Kategori :
Bayaran :

Syarat Penyertaan :

1- Satu kategori akan dikenakan bayaran sebanyak RM25.00 (untuk Ahli ProCC shj) 2- Setiap Jentera yang mendaftar boleh menyertai lebih dari 1 kategori.
3- Setiap Jentera yang bertanding WAJIB mempunyai STICKER CERMIN PROCC dan AHLI BERBAYAR.

Kategori Yang DiPertandingkan :

1- Standard Modified
2- Interior Terbaik
3- Audio System
4- Enjin Terbersih
BEST OF THE BEST AS'09 PROCC

Pertandingan akan diadili oleh wakil dari KELAB AUTOSHOW.

**PENYERTAAN AKAN DITUTUP PADA 7 JUN 2009 JAM 9.00 MALAM**

ANNUAL DINNER PROCC KE-7 2009




Assalammualaikum warga ProCC semua, Seperti mana tahun-tahun yang sudah, Kami pihak pengurusan ProCC dan pengendali AD2009 sekali lagi menjemput seluruh warga ProCC untuk bersama-sama memeriahkan lagi Majlis ulang tahun ProCC yang ke-7. Disamping itu terdapat berbagai acara pada malam tersebut, antaranya:


Penyampaian Anugerah-anugerah
Lucky draw
Tayangan montage
Tayangan montage setiap negeri
Games
Karaoke
Persembahan lawak jenaka
Pakaian tercantek
Magic Show
Tayangan Perdana "ProCC The Movie 5"


Majlis yang paling meriah ini akan diadakan pada;

Tarikh: 27 Jun 2009

Hari: Sabtu

Masa: 7.00mlm - 12.00pagi

Tempat: Grand Ballroom, Kelab Golf Tasik Titiwangsa

Bayaran: RM60 seorang, kanak-kanak bawah 12tahun percuma!

Doorgif: Ada disediakan


Tarikh akhir daftar: 8 Jun 2009

Pendaftaran walk-in adalah dilarang sama sekali.. ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Thursday, May 14, 2009

TEMERLOH JOTA STATION

9M1CSC - Temerloh JOTA Station

Ibu Pejabat PPM dengan kerjasama Kelana Komunikasi akan menganjurkan JOTA MALAYSIA KE-2 pada 15 - 17 Mei akan datang.

Sehubungan itu PPM Temerloh akan turut serta menjayakan JOTA kali ini.

Tarikh : 15-17 MEI 2009
Tempat : SMK Kuala Krau, Temerloh.
Penyertaan : Ahli/Kelana/Pemimpin Pengakap PPP daerah Temerloh serta semua anggota Ham Radio.

Maklumat lanjut sila hubungi : Mohd Rizal 019-9317306

Monday, May 04, 2009

JOTA Kebangsaan Kali Ke-2

JOTA Kebangsaan Kali Ke-2


Salam sejahtera, Sukacita dimaklumkan Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Temerloh mepelawa Peramah Temerloh untuk menjayakan program tahunan Jambori Di Udara (JOTA) peringkat Kebangsaan Kali Ke2. Seperti rakan-rakan sedia maklum aktiviti sedemikian memerlukan anggota radio amatur bagi membantu menyediakan serta mengendalikan station radio disamping aktiviti-aktiviti lain seperti 'Fox Hunting', DXing dan lain-lain yang berkaitan dengan komunikasi. Tarikh program tersebut adalah seperti berikut :
Tarikh : 15 hingga 17 Mei 2009
Tempat : Masih dalam perbincangan.
Bagi rakan-rakan yang berminat bolehlah memberi nama terus kepada 9W2RZL melalui SMS 019-9317306 atau pun email di 9w2rzl[at]gmail.com.
Sekian terima kasih.

Pic Pekan AutoShow 2009















Wednesday, April 08, 2009

PERHIMPUNAN GENERASI BENCI DADAH 2009

PERHIMPUNAN GENERASI BENCI DADAH 2009

TARIKH : 26 APRIL 2009
MASA : 8.00 PAGI HINGGA 6.00 PETANG
LOKASI : TAMAN TASIK,TAMAN SULTAN ABU BAKAR,PEKAN,PAHANG

PENAUNG PROGRAM : EN. MUHAMMAD JEFREE BIN WAHAB (KETUA PEMUDA UMNO PEKAN)

ANJURAN BERSAMA :
- PROCC MOTORSPORT NEGERI PAHANG
- BATTLES OWNER CAR MOTORSPORT (BOCMs)
- PEKAN PAHANG MOTOSPORT CLUB (PPMC)
- TEMERLOH EKSPLORASI KELAB (KELAB GABUNGAN DI TEMERLOH)
- KELISA OWNERS CLUB
- KAIZEN MOTORSPORT (KELAB DRIFT)
- NISMOCLUB (GABUNGAN TEC DI TEMERLOH)

AGENSI YANG TERLIBAT :
- MAJLIS DAERAH PEKAN
- JABATAN KERJA RAYA
- JABATAN PENJARA MALAYSIA
- AGENSI ANTI DADAH KEBANGSAAN
- POLIS DIRAJA MALAYSIA
- KEMENTERIAN KESIHATAN
- BOMBA & PENYELAMAT MALAYSIA
- JABATAN PERTAHAN AWAM
- KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN
- JABATAN HAL EHWAL KHAS


AKTIVITI :

PERTANDINGAN AUTOSHOW
- STANDARD MODIFIED
- EXTREME MODIFIED

PERTANDINGAN MOTOSHOW
- MOTOSIKAL KLASIK
- VESPA
- SKUTER
- MOTOSIKAL OPEN

PERTANDINGAN AUDIO (SPL BLAST)
- 2 WOOFER
- 4 WOOFER
- 6 WOOFER

PERTUNJUKAN DRIFT DARI AHLI KELAB TERLIBAT

PERHIMPUNAN KELAB2 KERETA NEGERI PAHANG

PAMERAN AGENSI TERLIBAT

PEMERIKSAAN KESIHATAN PERCUMA

YURAN PENYERTAAN :

KATEGORI A (KERETA)

- Standard Modified (RM50)

- Extreme Modified (RM50)

- Audio SPL 2 woofer (RM50)

- Audio SPL 4 woofer (RM70)

- Audio SPL 6 woofer (RM90)

KATEGORI B (MOTOSIKAL)

- Open (RM20)

- Classic (RM0)

- Skuter (RM20)

- Vespa (RM20)

HADIAH :

KATEGORI A - Juara : Piala,wang tunai 25% dari jumlah penyertaan,hamper,sijil penyertaan dan t-shirt

- Naib Juara : Piala,wang tunai 15% dari jumpah penyertaan,hamper,sijil penyertaan dan t-shirt

- Ketiga : Piala,wang tunai 10% dari jumlah penyertaan,hamper,sijil penyertaan dan t-shirt -

Keempat dan kelima : hamper,sijil penyertaan dan t-shirt

KATEGORI B

- Juara : Piala,wang tunai 25% dari jumlah penyertaan,hamper,sijil penyertaan dan t-shirt

- Naib Juara : Piala,wang tunai 15% dari jumpah penyertaan,hamper,sijil penyertaan dan t-shirt

- Ketiga : Piala,wang tunai 10% dari jumlah penyertaan,hamper,sijil penyertaan dan t-shirt

- Keempat dan kelima : hamper,sijil penyertaan dan t-shirt


selebihnya akan diupdate kemudian....

Monday, April 06, 2009

CHAMANG DAY PROCC PAHANG 2009 ( 29 April '09 )

CHAMANG DAY PROCC PAHANG 2009
04 April 2009 ( Sabtu )
Air Terjun Chamang,Bentong Pahang

Alhamdullilah semua selamat...........XTVT Konvoi Berkereta ProCC Motorsport yang paling ramai penyertaan ahli........

Jumlah kereta : ProCC Motorsport Pahang ( Kuantan , Maran , Jengka , Temerloh , Jerantut ) = 55 buah

ProCC Motorsport HQ ( HQ , Tanjung Malim , Cameroon Highland , Genting Highland , Melaka ) = 50 buah

TOTAL KERETA PROCC MOTORSPORT: = 105 buah

Boleh dicatatkan di dalam ProCC Motorsport Book Of Record iaitu Konvoi Paling Banyak Kereta Yang Menyertai dan telah berjaya mengumpulkan lebih kurang 250 orang peserta ..............

tahniah semua Kepada ProCC Motorsport Pahang - well done ....we are the best and remain the best

Kepada ProCC Motorsport HQ - thank's for the support ur the best....

Kepada ProCC Tanjung Malim Crew - U all memang sporting giler.....salute to u all....we will make a few more event together next time.....

Kepada ProCC Cameroon Highland Crew - tabik spring sama awak orang semua..........sanggup turun bukit kener nak support event.......

TQ Kepada ProCC Motorsport Genting Highland - TQ for the support....nanti kita naik genting wat event kat sana

Kepada ProCC Motorsport Melaka - peh....jauh tu join event kami....TQ very much....
ader rezeki akan ada event kami disana...

Kerana kita ProCC.....kita berjaya menyatukan semua ahli dalam event yang begini besar..so terbuktilah kita ProCC Motorsport adalah salah satu kelab kereta yang terbaik dan aktif dalam persada permotoran tanahair....