SISTEM SMS INFO PROCC: Anda tidak ketinggalan!

Setelah meneliti jalan yang paling baik untuk mengumpul seberapa ramai ahli ProCC untuk apa jua aktiviti rasmi ProCC. Pihak pengurusan telah bekerjasama dengan salah sebuah syarikat TELCO untuk memudahkan info terkini tentang aktiviti rasmi disampaikan dengan mudah dan cepat.

Jika anda sibuk dengan kerja harian dan tidak berkesempatan melayari laman web ProCC setiap masa? Kini anda boleh mendapat info terkini tentang aktiviti terkini ProCC terus ke telefon bimbit anda.


Setiap SMS info dari ProCC akan dikenakan bayaran RM0.50 untuk perkhidmatan TELCO.
Maksimum 4 SMS sebulan.

2 Meter Net PERAMAH Temerloh

Dijemput semua rakan-rakan HAM untuk 'check in' didalam acara ini yang diakankan pada setiap hari Rabu malam Khamis setiap minggu di V48 (146.400Mhz) .

DOKUMENTARI RADIO AMATUR

Wednesday, June 03, 2009

Lawatan Konvoi Muhibbah Astra Pantai Timur Ke Selatan 2009

Lawatan Konvoi Muhibbah Astra Pantai Timur Ke Selatan 2009

Dengan segala hormatnya dimaklumkan pihak Astra Pantai Timur akan mengadakan lawatan ke Temerloh sempena dalam rangka Konvoi Muhibbah Astra Pantai Timur Ke Selatan 2009 yang akan berlangsung pada 5 hingga 8 Jun 2009.

Didalam program konvoi tersebut satu sesi kunjungan mesra ke Temerloh akan diadakan pada 6 Jun 2009 (tempat & masa akan dimaklumkan kemudian).

Sehubungan dengan itu kami dari pihak Ham Temerloh amat mengalu-alukan kehadian semua peserta-peserta konvoi muhibbah tersebut ke Bandar Temerloh yang lebih dikenali dengan Bandar Ikan Patin.

Ekoran dari itu juga dijemput semua rakan-rakan Ham Temerloh yang ingin turut serta dalam konvoi tersebut bolehlah memberi nama pada 9W2BDM Abg Mie No. HP 012-2643038 sebelum 1 Jun 2009.

Info lanjut boleh lah ke
Blog Astra Pantai Timur

TANTATIF PERGERAKAN KONVOI MUHIBBAH KE SELATAN 2009

5/6/2009 (Jumaat)
- 08.30 hrs - Konvoi berkumpul di Tok Bali, Pasir Puteh, Kelantan
- 09.30 hrs - Konvoi memulakan perjalanan menuju Kuala Terengganu ( Laluan Pantai )
-11.30 hrs - Konvoi dijangka tiba di Kuala Terengganu – Eyeball bersama rakan PEMANCAR K.Terengganu
- 13.00 hrs - Konvoi meneruskan perjalanan menuju ke Dungun –
- 14.30 hrs - Eyeball bersama rakan PEMANCAR Dungun & Kemaman
- 15.30 hrs - Konvoi meneruskan perjalanan ke Kuantan
- 17.30 hrs - Konvoi dijangka tiba di Beserah ( tempat penginapan )
- 20.30 hrs - Program Eyeball bersama rakan-rakan PERAMAH

6/6/2009 (Sabtu)
-07.00 hrs - Sarapan

-08.30 hrs - Konvoi meneruskan perjalanan menuju Temerloh
-11.00 hrs - Konvoi dijangka tiba di Temerloh dan ber Eyeball
-12.00 hrs - Konvoi meneruskan perjalanan menuju ke Bukit Puchong, Selangor untuk BERGABUNG bersama rakan ASTRA dari Utara
-14.00 hrs - Konvoi dijangka tiba dan disambut oleh KRAMAT dan rakan konvoi Utara
-16.00 hrs - Konvoi meneruskan perjalanan ke Negeri Sembilan / Melaka
-20.00 hrs - Majlis Eyaball bersama rakan Melaka/N.Sembilan
-23.00 hrs - Konvoi Pantai Timur bergerak ke Port Dickson untuk bermalam.

7/6/2009 (Ahad)
-07.30 hrs - Sarapan, konvoi mula bergerak ke Melaka untuk bergabung dengan konvoi Utara bagi meneruskan perjalanan ke Segamat
-11.00 hrs - Konvoi dijangka tiba dan disambut rakan-rakan Segamat
-15.00 hrs - Konvoi bertolak ke Batu Pahat dan Air Hitam, Johor ( Medan Penjaja Air Hitam )
-18.00 hrs - Konvoi bergerak balik ke Melaka untuk Eyeball di Bukit Katil)
-23.00 hrs - Konvoi bergerak ke Port Dickson ( tempat penginapan )


8/6/2009 (Isnin)
-08.30 hrs - Konvoi berkumpul untuk bertolak pulang ke Pantai Timur

-10.30 hrs - Bergerak ke Nilai 3 (program XYL)
-13.00 hrs - Konvoi bergerak pulang melalui Highway Plus ke Kuala Lumpur dan berpisah dengan Konvoi Utara di Hentian R&R Serdang
-14.30 hrs - Konvoi Pantai Timur meneruskan perjalanan pulang melalui jalan Gua Musang
-20.00 hrs - Konvoi dijangka tiba di Kota Bharu.



* JADUAL PERJALANAN TERTAKLUK KEPADA PINDAAN SEMASA KONVOI*