SISTEM SMS INFO PROCC: Anda tidak ketinggalan!

Setelah meneliti jalan yang paling baik untuk mengumpul seberapa ramai ahli ProCC untuk apa jua aktiviti rasmi ProCC. Pihak pengurusan telah bekerjasama dengan salah sebuah syarikat TELCO untuk memudahkan info terkini tentang aktiviti rasmi disampaikan dengan mudah dan cepat.

Jika anda sibuk dengan kerja harian dan tidak berkesempatan melayari laman web ProCC setiap masa? Kini anda boleh mendapat info terkini tentang aktiviti terkini ProCC terus ke telefon bimbit anda.


Setiap SMS info dari ProCC akan dikenakan bayaran RM0.50 untuk perkhidmatan TELCO.
Maksimum 4 SMS sebulan.

2 Meter Net PERAMAH Temerloh

Dijemput semua rakan-rakan HAM untuk 'check in' didalam acara ini yang diakankan pada setiap hari Rabu malam Khamis setiap minggu di V48 (146.400Mhz) .

DOKUMENTARI RADIO AMATUR

Tuesday, January 27, 2009

MALAM PUISI 'DI BAWAH LANGIT GAZA' - EKSPRESI SIMPATI RAKYAT TERHADAP KESENGSARAAN WANITA DAN KANAK-KANAK PALESTIN

Anda adalah dijemput beramai-ramai sebagai penonton dan memberi sokongan program di atas...
"Berikut adalah siaran media untuk Malam Puisi 'Di Bawah Langit Gaza' anjuran bersama TV9, PENA dan SALAM.

MALAM PUISI 'DI BAWAH LANGIT GAZA'
- EKSPRESI SIMPATI RAKYAT TERHADAP KESENGSARAAN WANITA DAN KANAK-KANAK PALESTIN

KUALA LUMPUR: Dentuman mortar dan tebaran bom fosforus putih sudah berhenti,
namun kesengsaraan rakyat Palestin di Gaza City berterusan. Dalam kebimbangan
menghadapi gencatan senjata yang goyah itu, mereka kembali ke rumah
masing-masing, hanya untuk menyaksikan kemusnahan yang mungkin tidak dapat
dibina semula.

Imej wanita yang menangisi kematian suami dan anaknya, wajah kanak-kanak
bermandi darah dalam kekalutan kehilangan ayah ibu, yang kita saksikan hampir
setiap hari sejak 27 Disember lalu, meruntun tangkai hati kemanusiaan.

TV9 menerusi program bual bicara pagi, Nasi Lemak Kopi O dan program bual bicara
malam minggu, Halaqah, menerajui keprihatinan stesen televisyen ini terhadap
penderitaan mangsa kekejaman tentera Zionis. Selain itu, sebagai sebahagian
kumpulan Media Prima Bhd, TV9 juga menyokong kutipan dana menerusi Tabung NSTP
Untuk Gaza.

Bagi memberi ruang kepada rakyat Malaysia menyampaikan suara hati mereka yang
bersimpati terhadap kesengsaraan wanita dan kanak-kanak Palestin, TV9
bersama-sama Yayasan Salam dan Persatuan Penulis Nasional (Pena) akan
mengadakan Malam Puisi 'Di Bawah Langit Gaza'.
Butir-butir acara adalah seperti berikut:

Tajuk : Malam Puisi 'Di Bawah Langit Gaza'
Tarikh: 1 Februari 2009
Jam : 8.30 malam
Tempat : Rumah Pena, No. 734, Jalan Lapangan Terbang Lama, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan 50470

Selain penyair terkenal seperti Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said yang
dijadualkan mendeklamasi puisi pada malam itu, warga seni seperti 'Papa Rock',
Ramli Sarip dan pendakwah terkenal, Ustazah Datuk Norbahyah Mahmud turut tidak
mahu ketinggalan menyampaikan rasa hati mereka terhadap tragedi kemanusiaan
ini.

Turut serta penyair terkenal seperti Khalid Salleh, Dinsman, Sutung Umar RS,
Puzi Hadi, S M Zakir, Nasriah Salam serta Kumpulan Sofaz. Selebriti TV9 seperti
Aziz Desa, FarahAdeeba, Mek dan Fimie akan turut menjayakan program ini."
Harap Maklum!