SISTEM SMS INFO PROCC: Anda tidak ketinggalan!

Setelah meneliti jalan yang paling baik untuk mengumpul seberapa ramai ahli ProCC untuk apa jua aktiviti rasmi ProCC. Pihak pengurusan telah bekerjasama dengan salah sebuah syarikat TELCO untuk memudahkan info terkini tentang aktiviti rasmi disampaikan dengan mudah dan cepat.

Jika anda sibuk dengan kerja harian dan tidak berkesempatan melayari laman web ProCC setiap masa? Kini anda boleh mendapat info terkini tentang aktiviti terkini ProCC terus ke telefon bimbit anda.


Setiap SMS info dari ProCC akan dikenakan bayaran RM0.50 untuk perkhidmatan TELCO.
Maksimum 4 SMS sebulan.

2 Meter Net PERAMAH Temerloh

Dijemput semua rakan-rakan HAM untuk 'check in' didalam acara ini yang diakankan pada setiap hari Rabu malam Khamis setiap minggu di V48 (146.400Mhz) .

DOKUMENTARI RADIO AMATUR

Monday, January 12, 2009

Bengkel Pengendalian Radio Amatur dimasa Kecemasan


Dengan segala hormatnya menjemput rakan-rakan sekalian untuk menyertai satu bengkel Pengendalian Radio Amatur dimasa Kecemasan yang akan diadakan pada ketetapan seperti berikut :

Tarikh : 1 Februari 2009 (Ahad)
Masa : 9.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat : Dewan Orang Ramai,
Kg Tanjung Besar, Paya Pulai, Temerloh.
Sasaran Peserta : 25 orang (HAM & SWL)
Yuran Penyertaan : RM50.00
(Sewa dewan, makan/minum, nota & Sijil Penyertaan)

Objektif : Memberi pendedahan dan pengetahuan dalam mengendalikan station Komunikasi Radio Amatur ketika berlaku kecemasan atau pun bencana. Disamping itu juga satu penerangan ringkas tentang peranan Radio Amatur didalam mengendalikan aktiviti bencana mengikut Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Bagi peserta yang berminat bolehlah mendaftar dengan menghubungi wakil di tempat anda seperti yang tersenarai dibawah sebelum 25 Jan 2009.

Temerloh - Mazman 9W2MHR Tel : 019-9191676
Bentong / Karak - Rosli 9W2OCB Tel : 013-9355127
Bera (Kerayong) - Firdaus 9W2FRD Tel : 017-9324287
Kuantan - Azam 9W2WWW Tel : 013-9209432
Terus ke senarai nama peserta --> SINI

Sekian terima kasih.