SISTEM SMS INFO PROCC: Anda tidak ketinggalan!

Setelah meneliti jalan yang paling baik untuk mengumpul seberapa ramai ahli ProCC untuk apa jua aktiviti rasmi ProCC. Pihak pengurusan telah bekerjasama dengan salah sebuah syarikat TELCO untuk memudahkan info terkini tentang aktiviti rasmi disampaikan dengan mudah dan cepat.

Jika anda sibuk dengan kerja harian dan tidak berkesempatan melayari laman web ProCC setiap masa? Kini anda boleh mendapat info terkini tentang aktiviti terkini ProCC terus ke telefon bimbit anda.


Setiap SMS info dari ProCC akan dikenakan bayaran RM0.50 untuk perkhidmatan TELCO.
Maksimum 4 SMS sebulan.

2 Meter Net PERAMAH Temerloh

Dijemput semua rakan-rakan HAM untuk 'check in' didalam acara ini yang diakankan pada setiap hari Rabu malam Khamis setiap minggu di V48 (146.400Mhz) .

DOKUMENTARI RADIO AMATUR

Sunday, January 04, 2009

EVENT SULONG TAHUN 2009

EVENT SULONG TAHUN 2009



Pada 3 Januari 2009 Peramah cawangan Temerloh&Bera telah membuka satu khemah pameran bertempat di Kg SOKMEK Lanchang Pahang bagi memberitahu dan memberi penerangan tentang kelebihan Radio Amatur. Program ini telah di pelawa oleh MKN(Majlis Keselamatan Negara) dan anjuran bersama JKKK kg SOKMEK Lanchang. Kg ini terletak kira-kira 35km dari bandar Temerloh.

Program ini telah di rasmikan oleh Adun Lanchang YB.DATO' HAJI MOHD.SHARKAR BIN HAJI SHAMSUDIN juga merangkap Exco Sains, Teknologi dan Inovasi Pahang. Beliau sempat melawat ke gerai Radio Amatur. Beliau juga adalah penaung bagi Persatuan Radio Amatur Negeri Pahang.

Rakan2 Radio Amatur dari daerah Temerloh, Bera dan Karak telah bergabung bagi menjayakan program ini. Antara yang hadir :

Temerloh :9W2RZL,9W2GUU,9W2MHR,9W2TLA,9W2DJA,9W2KBM,9W2STN,9W2RPY,9W2MEC, 9W2KCW, 9W2BKH, 9W2ELK, 9W2VMS
Bera : 9W2TWH & SWL BDG

Karak : 9W2OCB & 9W2RA Terima Kasih & Tahniah kepada rakan2 kerana sudi melapangkan masa bagi menjayakan program ini...