SISTEM SMS INFO PROCC: Anda tidak ketinggalan!

Setelah meneliti jalan yang paling baik untuk mengumpul seberapa ramai ahli ProCC untuk apa jua aktiviti rasmi ProCC. Pihak pengurusan telah bekerjasama dengan salah sebuah syarikat TELCO untuk memudahkan info terkini tentang aktiviti rasmi disampaikan dengan mudah dan cepat.

Jika anda sibuk dengan kerja harian dan tidak berkesempatan melayari laman web ProCC setiap masa? Kini anda boleh mendapat info terkini tentang aktiviti terkini ProCC terus ke telefon bimbit anda.


Setiap SMS info dari ProCC akan dikenakan bayaran RM0.50 untuk perkhidmatan TELCO.
Maksimum 4 SMS sebulan.

2 Meter Net PERAMAH Temerloh

Dijemput semua rakan-rakan HAM untuk 'check in' didalam acara ini yang diakankan pada setiap hari Rabu malam Khamis setiap minggu di V48 (146.400Mhz) .

DOKUMENTARI RADIO AMATUR

Thursday, June 25, 2009

JEMPUTAN KELAB PROTON KE SIARAN LANGSUNG PILIH KASIH TV2 - 6hbJun 2009 – 16hb Ogos 2009 (Setiap Sabtu)

9hb Jun 2009

Procc Motorsport,
37, Jalan Puncak Saujana 3/1F,
Seksyen 3, Puncak Saujana,
43000 Kajang, Selangor.

Untuk Perhatian : En. Hifni

Tuan,

JEMPUTAN KEPADA KELAB PROTON KE SIARAN LANGSUNG PROGRAM REALITI TV BERJUDUL PILIH KASIH.

Dengan segala hormat takzimnya perkara di atas adalah dirujuk.
Suhan Movies & Trading Sdn Bhd adalah sebuah syarikat Bumiputera yang ditubuhkan dengan fokus utamanya menerbitkan drama TV untuk stesen tempatan. Selain itu kami juga turut mempunyai pengalaman dalam pembikinan video korporat, infovideo, dokudrama dan iklan untuk pelbagai syarikat swasta dan Jabatan Kerajaan.

Kini, syarikat berhasrat untuk menerbitkan sebuah rancangan realiti yang ingin mencungkil bakat lakonan yang terdapat dalam kalangan peminat seni bagi membantu industri lakonan tanah air yang semakin kegersangan pelakon-pelakon berbakat. Untuk makluman tuan, rancangan ini adalah usahasama di antara SUHAN MOVIES dengan RTM untuk disiarkan di TV2 dengan kerjasama TELEKOM sebagai penaja utama.

Sehubungan itu, kami amat berbesar hati untuk menjemput Kelab Proton untuk turut hadir bagi memeriahkan program ini.


Keterangan lanjut adalah seperti berikut:

Tarikh: 6hbJun 2009 – 16hb Ogos 2009 (Setiap Sabtu)
Masa: 8.30pm – 10.30pm
Tempat: Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad ,RTM Senawang, N. Sembilan

Kehadiran ahli Kelab Proton sangat kami hargai. Untuk keterangan lanjut dan pengesahan pihak puan boleh menghubungi Muhd Azeril di talian 016-2095884 atau Mohd Zuraidi 012- 4673032. Kerjasama dari pihak puan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

Yang Benar,
bagi pihak SUHAN MOVIES & TRADING SDN BHD
MOHD ZURAIDI AHMAD DAUD
Pengurus Produksi