SISTEM SMS INFO PROCC: Anda tidak ketinggalan!

Setelah meneliti jalan yang paling baik untuk mengumpul seberapa ramai ahli ProCC untuk apa jua aktiviti rasmi ProCC. Pihak pengurusan telah bekerjasama dengan salah sebuah syarikat TELCO untuk memudahkan info terkini tentang aktiviti rasmi disampaikan dengan mudah dan cepat.

Jika anda sibuk dengan kerja harian dan tidak berkesempatan melayari laman web ProCC setiap masa? Kini anda boleh mendapat info terkini tentang aktiviti terkini ProCC terus ke telefon bimbit anda.


Setiap SMS info dari ProCC akan dikenakan bayaran RM0.50 untuk perkhidmatan TELCO.
Maksimum 4 SMS sebulan.

2 Meter Net PERAMAH Temerloh

Dijemput semua rakan-rakan HAM untuk 'check in' didalam acara ini yang diakankan pada setiap hari Rabu malam Khamis setiap minggu di V48 (146.400Mhz) .

DOKUMENTARI RADIO AMATUR

Tuesday, November 24, 2009

PERODUA ALZA DILANCARKAN PADA 24/11/2009



MUHYIDDIN mendengar penerangan daripada Syed Abdull Hafiz mengenai MPV Perodua Alza sempena pelancaran kenderaan terbaru itu di Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR - Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) semalam melancarkan kenderaan pelbagai guna (MPV) pertamanya yang dinamakan Perodua Alza di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini semalam.

Pengarah Urusannya, Datuk Syed Abdull Hafiz Abu Bakar berkata, MPV terbaru yang ditawarkan pada harga di antara RM56,000 sehingga RM70,000, itu telah dibuka untuk tempahan sejak 13 November lalu dan sehingga pukul 2 petang semalam pihaknya telah menerima tempahan sebanyak 3,500 unit.

Menurut beliau, tempahan yang diterima itu menepati segmen sasaran pihaknya yang ditumpukan kepada golongan keluarga bersaiz kecil dalam lingkungan umur 30-an sehingga 40-an serta golongan bujang di kawasan bandar.

"Daripada jumlah tempahan 3,500 unit itu, 80 peratus merangkumi mereka dalam lingkungan usia 30-an hingga 40-an manakala bakinya adalah daripada golongan bujang,'' katanya.

sumber : Kosmo



















SEMPAT GAK AKU TENGOK HE3....