SISTEM SMS INFO PROCC: Anda tidak ketinggalan!

Setelah meneliti jalan yang paling baik untuk mengumpul seberapa ramai ahli ProCC untuk apa jua aktiviti rasmi ProCC. Pihak pengurusan telah bekerjasama dengan salah sebuah syarikat TELCO untuk memudahkan info terkini tentang aktiviti rasmi disampaikan dengan mudah dan cepat.

Jika anda sibuk dengan kerja harian dan tidak berkesempatan melayari laman web ProCC setiap masa? Kini anda boleh mendapat info terkini tentang aktiviti terkini ProCC terus ke telefon bimbit anda.


Setiap SMS info dari ProCC akan dikenakan bayaran RM0.50 untuk perkhidmatan TELCO.
Maksimum 4 SMS sebulan.

2 Meter Net PERAMAH Temerloh

Dijemput semua rakan-rakan HAM untuk 'check in' didalam acara ini yang diakankan pada setiap hari Rabu malam Khamis setiap minggu di V48 (146.400Mhz) .

DOKUMENTARI RADIO AMATUR

Thursday, December 17, 2009

Susah sangat ka nak main di HF (Khusus kpd 9w2)

Persepsi nagetif ini mula timbul pada awal saya aktif semula dalam Amateur Radio. Anggapan demi anggapan dikeluarkan sehingga ada yang sanggup monitor 9w2 nih hantar berapa watts. Kenapa sampai macam tu?

Majoriti yang saya ketemu mengatakan HF ini susah. (Jangan ambik hati kalau petikan ini pernah anda suarakan kepada saya)

1. Tak pandai bercakap bahasa inggeris
2. Radio mahal
3. Nak buat antenna susah

1. Tak pandai berbahasa Inggeris

Apa yang selalu di Hf borakkan. Memang tak sama seperti di VHF. Jadi anda kena selalu monitor di HF terutama semasa Net atau contest. Mudah saja :
a. Signal report
b. Your name
c. Your location
d. Your setup station
e. Your QSL info (selalunya refer QRZ.COM)

Mudahkan...jadi kalau rasa susah, jadilah swl dahulu. Ini asas utama.

2. Radio mahal

Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Lagi best gempaq kawan2. Radio mahai oooo...Kalau anda bezakan perbelanjaan anda dengan VHF..berapa? Set dan antenna. Set lak (mobile, handy ..fuhh)...

Jadi, kalau dah mencecah 2k...anda sudah hampir dengan set HF. Lebih lebih lagi Quad band yang semua ada dalam tu.
Alasan ini bagi saya tak la kukuh mana sangat. Seperti yang saya kata..tak cuba maka tak cinta.

3. Susah buat antenna

Saya pada mulanya berusaha bersama rakan lain mencari tok guru untuk antenna 10 meter nih. Akhirnya bertemu 2 HAM sekembar. 9m2mz dan 9m2zm. 9m2mz memberi idea pembikinan antenna. Manakala 9m2zm telah menjadi developer untuk tujuan tersebut.

Masih tidak menjadi alasan untuk anda terus terusan mengatakan bertapa susahnya untuk melangkah ke HF.

Kita (9w2) memang macam macam orang kata. Terutama macam kami yang dah agak lama beringus nih yang tak reti reti nak upgrade ke 9m2.

Seperti yang saya katakan, "SIAPA LAGI YANG AKAN BERSAMA ANDA UNTUK MENCERITAKAN KEHEBATAN 10M". Sebelum ini pun mana ada 9m2 cerita kat kita sini.

Bergerak sendiri ja. Perosoh sendiri jaa..lepas tu ada laa yang komen..tu tak kena ..ni tak kena...dah la tak mau tunjuk ajar...bagi komen lakkk.

Dalam posting saya nih nampak ..aih din nih marah sapa. Saya marah kepada diri saya sendiri. Saya tinggalkan Amateur Radio hampir 6 tahun dan saya tak bersama sama anda untuk terus menceritakan peluang kita (9w2) walaupun SECIPUT ja band yang diberi. Kalau dah ciput tu tak pa laa..tapi kalau seciput ini kita boleh naikkan audio keluar negara....haa ..apa lagi....

73