
Pada bulan November 2009, Yayasan Salam Malaysia (Pahang) dengan kerjasama syarikat Riiyah Enterprise, Temerloh akan mengadakan 1 program amal. Program ini di beri nama "Jualan Dodol Amal SALAM Pahang". Dodol akan di masak sebanyak 2 buah kawah sahaja. Program ini hanya akan di hadiri oleh ahli Yayasan Salam Pahang yang di ketuai oleh En. Shahriman Bin Abd Rahman (Penyelaras Yayasan Salam Pahang) dan di bantu oleh 2 orang pakar memasak dodol iaitu Pn. Norasrah Mat Zin (47 tahun) dan Pn. Aslamiah Mohd Ali (49 tahun). Jangkaan aktiviti seperti di bawah:
Tarikh : 22 November 2009 (Ahad)
Masa : 8.00 pagi - 3.00 petang
Tempat : Bengkel Dodol, Paya Pulai, Temerloh.
Anjuran: Yayasan Salam Malaysia (Pahang)
Untuk makluman semua, dodol yang telah siap dimasak akan di sukat dan di timbang sebanyak 1kg sebungkus. Kemudian akan di lelong terus kepada orang ramai dengan harga RM 22 sahaja. Kami menyediakan perkhidmatan penempahan segera dan tempahan telah di buka sekarang. Kepada pembeli dan peminat dodol jangan lepaskan peluang ini.
Tujuan program seperti ini di amalkan adalah untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama ahli dan dapat juga kita berlajar cara-cara memasak dodol yang betul. Separuh hasil jualan ini kami akan simpan ke dalam tabung persatuan dan separuh lagi kami akan membeli barang peralatan sekolah dan mendermakan kepada keluarga yang lebih memerlukan.Sebelum ini kami telah berjaya memasak dodol sebanyak 10 buah kawah. Program di jalankan di Perkarangan Sri Pentas TV3, Banda Damansara, Petaling Jaya, Selangor. Program di beri nama "Kacau Dodol Amal" anjuran bersama Media Prima, Yayasan Salam Malaysia, & Warisan Global. Ke semua bungkusan berjaya di jual habis. Ianya telah di jalankan seminggu sebelum kita menyambut bulan Syawal. Kali ini kami akan masak seminggu sebelum umat Islam menyambut Aidiladha. Pada tahun hadapan kita akan adakan sekali lagi program seperti ini di Dataran Merdeka dengan jumlah kawah sebanyak 50 buah. Jadi marilah kita beramal, membeli sambil menderma. Supaya kita dapat sama-sama membantu golongan yang lebih memerlukan.
Dodol...dodol... Mari beli dodol...
Beli jangan tak beli... jualan murah hanya setahun sekali.