SISTEM SMS INFO PROCC: Anda tidak ketinggalan!

Setelah meneliti jalan yang paling baik untuk mengumpul seberapa ramai ahli ProCC untuk apa jua aktiviti rasmi ProCC. Pihak pengurusan telah bekerjasama dengan salah sebuah syarikat TELCO untuk memudahkan info terkini tentang aktiviti rasmi disampaikan dengan mudah dan cepat.

Jika anda sibuk dengan kerja harian dan tidak berkesempatan melayari laman web ProCC setiap masa? Kini anda boleh mendapat info terkini tentang aktiviti terkini ProCC terus ke telefon bimbit anda.


Setiap SMS info dari ProCC akan dikenakan bayaran RM0.50 untuk perkhidmatan TELCO.
Maksimum 4 SMS sebulan.

2 Meter Net PERAMAH Temerloh

Dijemput semua rakan-rakan HAM untuk 'check in' didalam acara ini yang diakankan pada setiap hari Rabu malam Khamis setiap minggu di V48 (146.400Mhz) .

DOKUMENTARI RADIO AMATUR

Wednesday, November 12, 2008

Tukar HID sebelum 1 Disember

KUALA LUMPUR: Pengguna kenderaan dinasihatkan mematuhi syarat pemasangan lampu halogen gas yang dibenarkan dan tidak menggunakan lampu yang berintensiti tinggi (HID) sehingga menyilaukan pemandu kenderaan lain terutama pada waktu malam.

Demikian tegas Pengarah Penguat Kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Salim Parlan berhubung penggunaan lampu HID berikutan kesan buruk yang bakal menunggu bukan sahaja pemilik kenderaan terbabit, malah pengguna jalan raya lain.

“Kami (JPJ) memberi tempoh sehingga 1 Disember ini kepada pengguna bagi menukarkan lampu yang diubah suai daripada gas halogen biasa kepada lampu HID.

“Buat masa ini, kami hanya akan mengeluarkan notis kepada mana-mana pemandu yang degil dan sekiranya masih tidak bertindak mengikut arahan yang dikeluarkan, tindakan tegas akan diambil,” katanya.

Ditemui sewaktu mengetuai operasi khas penggunaan lampu HID di Plaza Tol Awan Besar, dekat sini, malam tadi, Salim menegaskan pemandu yang masih berdegil boleh didenda sehingga RM2,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan mengikut Seksyen 119 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Harian Metro difahamkan sehingga September tahun ini, sejumlah 458 kes pemasangan lampu HID tanpa kelulusan JPJ dikesan.

“Penguatkuasaan terhadap kenderaan menggunakan lampu HID dipasang secara aksesori (retrofit) boleh diambil tindakan mengikut Kaedah 94, Kaedah-Kaedah Kenderaan Bermotor (Pembinaan dan Kegunaan) 1959,” katanya.

Antara kenderaan dibenarkan memasang lampu xenon
1.BMW
2.Merc
3.Hyundai
4.VW
5.Porsche
6.Volvo
7.Peugeot
8.Audi
9.Lamborghini
10.Alfa Romeo