SISTEM SMS INFO PROCC: Anda tidak ketinggalan!

Setelah meneliti jalan yang paling baik untuk mengumpul seberapa ramai ahli ProCC untuk apa jua aktiviti rasmi ProCC. Pihak pengurusan telah bekerjasama dengan salah sebuah syarikat TELCO untuk memudahkan info terkini tentang aktiviti rasmi disampaikan dengan mudah dan cepat.

Jika anda sibuk dengan kerja harian dan tidak berkesempatan melayari laman web ProCC setiap masa? Kini anda boleh mendapat info terkini tentang aktiviti terkini ProCC terus ke telefon bimbit anda.


Setiap SMS info dari ProCC akan dikenakan bayaran RM0.50 untuk perkhidmatan TELCO.
Maksimum 4 SMS sebulan.

2 Meter Net PERAMAH Temerloh

Dijemput semua rakan-rakan HAM untuk 'check in' didalam acara ini yang diakankan pada setiap hari Rabu malam Khamis setiap minggu di V48 (146.400Mhz) .

DOKUMENTARI RADIO AMATUR

Sunday, November 02, 2008

Pelik tapi boleh tambah kenalan

Pelik tapi boleh tambah kenalan

KOTA BHARU - Mungkin ramai yang akan memandang pelik kepada kenderaan yang mempunyai antena tinggi dan lelaki membawa radio kecil berjalan di tempat awam.

Ramai juga yang mungkin tertanya-tanya apakah kegunaan kesemua peralatan tersebut, malah ada di antaranya beranggapan peralatan tersebut mahal dan hanya digunakan oleh golongan tertentu sahaja.

Seorang ahli Kelab Radio Amatur Kota Bharu (ARKB), Yoong Guan Chiang, 55, berkata, kesemua perkara tersebut merupakan persepsi pertama orang ramai yang melihat peralatan radio.

Beliau berkata, ramai yang tidak memahami tentang radio amatur dan mereka seolah-olah takut untuk menggunakannya.

"Ketika mula-mula dulu saya pun mempunyai persepsi yang sama tetapi selepas beberapa kali dijelaskan oleh rakan-rakan, saya mula memahami kegunaan radio amatur malah ia merupakan satu alat komunikasi unik.

"Sejak terlibat dalam hobi ini pada tahun lepas saya mempunyai ramai rakan di seluruh negara, ia disebabkan saya boleh berkomunikasi dengan sesiapa sahaja tanpa sebarang kos," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini.

Guan Chiang yang bekerja sebagai guru berkata, pelaburan awalnya untuk membeli peralatan radio amat berbaloi dengan faedah yang diperoleh.

Beliau yang dikenali dengan 'call sign' 9W2YGC berkata, kos permulaan untuk membeli sebuah radio adalah di sekitar RM400.

"Sebelum ini beberapa rakan mengajak saya untuk menyertai kelab ini tetapi saya menolak kerana bimbang kos yang tinggi, setelah diajak berkali-kali saya mencuba dan mendapati ia amat menyeronokkan.

"Sebagai contoh, pada bulan lepas saya pergi ke Segamat, Johor, di pertengahan jalan saya tersesat dan malangnya di kawasan berkenaan tidak mempunyai talian telefon bimbit. Oleh itu saya cuba menggunakan radio untuk mendapatkan bantuan rakan bagi mencari jalan.

"Syukur dengan sekali sahaja panggilan saya mendapat maklum balas oleh pengguna radio di kawasan itu dan mereka memberikan tunjuk arah sehingga saya sampai ke destinasi yang dituju," katanya.

Pendapat yang sama turut dikongsi oleh Mohd. Iskandar Hassan, 39, menyifatkan radio amatur merupakan satu hobi yang banyak membantu terutama ketika berlaku bencana.

Katanya, melalui radio amatur komunikasi boleh dilakukan tanpa batasan dan sebarang kos termasuk berhubung dengan angkasawan ketika mengelilingi bumi.

"Semua orang boleh terlibat dalam hobi ini malah ada juga menteri yang turut menggunakan radio amatur.

"Selain menambah kenalan, kita juga boleh mengembangkan idea dengan membuat penyelidikan dalam pembuatan radio, pancaran, penerimaan dan antena sendiri," katanya.

Tambahnya, kesedaran tentang radio amatur di negara ini amat rendah berbanding negara-negara lain kerana ramai yang tidak mendapat pendedahan yang sewajarnya.