














Pakat Pahang...Peramah....Yayasan Salam Malaysia(Pahang)...Mares...Astra...ProCC ( Proton Club malaysia )...Kenari Club Dot Net(KCDN)...Hospital Sultan Haji Ahmad Shah
Setiap SMS info dari ProCC akan dikenakan bayaran RM0.50 untuk perkhidmatan TELCO.
Maksimum 4 SMS sebulan.
Dijemput semua rakan-rakan HAM untuk 'check in' didalam acara ini yang diakankan pada setiap hari Rabu malam Khamis setiap minggu di V48 (146.400Mhz) .
Untuk membantu Program Korban Kemboja
yang akan dilaksanakan dari 07 hingga 11 Disember 2008, kami memohon jasa baik para peserta dan sukarelawan mengedarkan risalah berkaitan program ini
bagi menambahkan lagi jumlah korban yang akan dilaksanakan.
Anda boleh memuat turun risalah disini, cetak dan edarkan dikalangan rakan-rakan atau surau serta masjid berdekatan. Terima Kasih
Untuk peserta program, dapatkan maklumat terperinci dengan memuat turun fail microsoft word dibawah ;
Senarai peserta : Download
Maklumat program kumpulan 1 dan 2 : Download
Maklumat program kumpulan 3 : Download
![]() |
Pelajar SK Bukit Damansara, Julia Elise Ahmad Faizal sedang berkomunikasi dengan Richard Garriot yang berada di ISS menggunakan radio amatur sambil diperhatikan Dr. Faiz Khaleed (dua dari kanan) di Planetarium Negara, Kuala Lumpur, baru-baru ini. |
RICHARD Garriot yang merupakan anak kepada angkasawan terkenal Amerika Syarikat, Owen Garriot telah melakar sejarah apabila menjadi orang biasa yang keenam menjelajah angkasa lepas menerusi Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).
Beliau yang merupakan seorang jutawan dan pereka permainan video terkemuka dunia telah mengambil keputusan untuk mendalami dunia sains selain memupuk minat terhadap golongan muda terutama pelajar melalui pengembaraannya itu.
Justeru, misi utama beliau adalah untuk mempelajari serta menimba pengalaman baru terhadap dunia penerokaan angkasa lepas sekali gus berkomunikasi melalui radio amatur bagi tujuan berkongsi pengalamannya dengan para pelajara di seluruh dunia.
Maka dengan bantuan krew dan angkasawan di ISS beliau berupaya untuk berkomunikasi dengan pelajar terpilih pada satu program di Planetarium Negara kelmarin atas inisiatif Agensi Angkasa Negara (Angkasa).
Program tersebut amat signifikan sempena sambutan setahun Program Angkasawan Negara yang berlangsung dari 10 Oktober hingga 21 Oktober lalu.
Seramai 16 orang pelajar Tahun Empat dari pelbagai sekolah seluruh negara telah dipilih untuk berkomunikasi dengan Richard Garriot menerusi radio amatur selama sembilan minit.
Walaupun berada beribu batu jauh dari bumi Garriot masih berupaya untuk berkomunikasi dengan jelas bersama -sama pelajar berkenaan
Pelbagai soalan diajukan kepada beliau berhubung pengembaraan beliau ke ISS.
Salah satu soalan yang diajukan oleh murid dari Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chi Wen, Labuan, Shaun Ho Ee Farn, adakah beliau berpeluang untuk menikmati kejadian siang dan malam ketika berada di ISS.
Richard menjelaskan, kejadian siang dan malam bertukar sebanyak 16 kali kerana ISS berpusing mengelilingi orbit.
Seorang lagi murid dari SJKC Chung Hwa Kota Kinabalu , Sabah, Nicholas Yeoh, pula ingin mengetahui tempoh perjalanan beliau dari bumi ke angkasa lepas.
Garriott menjawab, perjalanan tersebut sangat singkat yang hanya memakan masa selama lapan minit sahaja.
“Saya hanya mengelap badan sahaja bagi tujuan membersihkan badan selama berada di ISS,” katanya ketika ditanya murid dari Sekolah St Edmund Limbang, Cosmartin Allistair, semasa siaran secara langsung menerusi radio amatur dijalankan di Planetarium Negara.
Selain itu, Garriot turut menyatakan, saiz matahari yang dilihat dari ISS adalah sama seperti melihatnya dari permukaan bumi tetapi ia kelihatan lebih terang jika dilihat dari ISS.
Mengenai soalan pelajar dari Sekolah Kebangsaan Kulim Bandar, Kedah, Muhammad Syahir yang ingin mengetahui bagaimana sekiranya beliau jatuh sakit, Garriot menceritakan, di ISS terdapat segala keperluan perubatan dan anggota krew semuanya terlatih dengan dunia perubatan.
Maka, ia tidak akan menjadi masalah, melainkan salah seorang mengalami sakit kronik dan kumpulan tersebut perlu pulang ke bumi.
Terdahulu beliau telah diterbangkan ke ISS menerusi roket Soyuz pada 12 Oktober lalu dan pulang ke bumi pada 22 Oktober.
Program khas tersebut turut disaksikan oleh Mejar Dr. Faiz Khaleed.
Ia mengulangi detik bersejarah sekumpulan pelajar dari Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil (SRJKT) Vivekananda, Jalan Templer, Petaling Jaya berpeluang berkomunikasi dengan angkasawan negara Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha menerusi radio amatur pada tahun lalu.
Pengalaman
Sementara itu, sempena sambutan ulang tahun itu juga, Dr. Faiz berkongsi pengalamannya mengenai kepentingan Program Angkasawan Negara.
Pada satu program syarahan yang dihadiri lebih 300 orang pelajar sekolah menengah di Pusat Sains Negara, beliau sempat berkongsi cerita dan pengalamannya sepanjang menjalani latihan sebagai seorang angkasawan ketika di Malaysia dan juga Rusia.
Menurut beliau, penyertaan negara dalam bidang sains baru itu perlu disokong kerana ia menyumbang banyak faedah dalam pelbagai sektor.
“Program ini sebenarnya mempunyai kaitan rapat dengan pembangunan sektor sains dan teknologi, ekonomi serta pendidikan negara.
“Tidak ada negara membangun di dunia ini yang tidak menitik beratkan kemajuan dalam bidang sains dan teknologi,’’ katanya.
Menurutnya, negara-negara seperti Rusia, Amerika Syarikat, Jepun dan China telah menyertai industri tersebut kerana mereka percaya program sedemikian mampu memberi keuntungan kepada banyak pihak.
Fokus utama penghantaran angkasawan ke ISS sebenarnya bertujuan untuk menjalankan pelbagai eksperimen yang berkaitan dengan kehidupan manusia di dunia.
Antara bentuk eksperimen yang dijalankan ketika di ISS adalah seperti penyelidikan semikonduktor, realiti maya, pembiakan sel kanser dan penghabluran protein.
Untuk eksperimen sel kanser, ia melibatkan penyelidikan pola pembiakan sel ketika berada di dalam tubuh manusia.
“Jika kajian ini dilakukan di bumi, sel tersebut akan membiak secara mendatar.
“Namun, melalui kajian di angkasa, sel-sel aktif akan membiak dengan jelas secara tiga dimensi peringkat demi peringkat,’’ jelasnya.
Dengan kelebihan itu, eksperimen tersebut akan dapat menentukan peringkat pembiakan sel kanser yang paling sesuai untuk melaksanakan proses suntikan vaksin.
Bagi eksperimen penghabluran protein pula, ia dijalankan untuk mengkaji serta memperkembangkan struktur enzim tersebut agar dapat digunakan dalam pelbagai industri.
Melalui kesan mikrograviti yang terdapat di angkasa, proses penghabluran menjadi mudah di mana struktur enzim tersebut akan dapat dilihat dengan lebih jelas.
“Ia akan memudahkan proses penambahan atau pembuangan bahagian struktur yang terlibat agar dapat menghasilkan protein yang lebih baik, katanya.
PERSATUAN Perkhidmatan Kecemasan Radio Amatur Malaysia (Mares) akan mengadakan kelas persediaan Peperiksaan Radio Amatur (RAE) pada 15 dan 16 November ini.
Kelas persediaan RAE itu akan diadakan di Dewan Serbaguna, Jabatan Perpaduan Daerah Petaling, Sayap A, Bangunan Persekutuan, Jalan Sultan, Petaling Jaya, bermula pukul 8 pagi hingga 5.30 petang.
Ketua Biro Pendidikan Mares, Abdul Mutalib Omar berkata, bagi ahli Mares, yuran program sebanyak RM80 akan dikenakan termasuk bahan ulang kaji dan juga minuman semasa rehat.
"Bagi yang bukan ahli pula, mereka akan dikenakan bayaran RM100 manakala bagi yang sudah ada bahan ulang kaji hanya dikenakan RM70 sahaja," katanya.
Untuk maklumat lanjut, mereka yang berminat boleh menghubungi Abdul Mutalib di 017-6391632 atau melayari laman web mares di www.mares.org.my.
MARES will be organizing a RAE preparation class
Date:-Saturday 15 - Sunday 16 November 2008 (2 days)
Time:Registration: 8:00 AM (Saturday only)
Class: 8:30 AM till 5:30 PM (both days)
KOTA BHARU - Mungkin ramai yang akan memandang pelik kepada kenderaan yang mempunyai antena tinggi dan lelaki membawa radio kecil berjalan di tempat awam.
Ramai juga yang mungkin tertanya-tanya apakah kegunaan kesemua peralatan tersebut, malah ada di antaranya beranggapan peralatan tersebut mahal dan hanya digunakan oleh golongan tertentu sahaja.
Seorang ahli Kelab Radio Amatur Kota Bharu (ARKB), Yoong Guan Chiang, 55, berkata, kesemua perkara tersebut merupakan persepsi pertama orang ramai yang melihat peralatan radio.
Beliau berkata, ramai yang tidak memahami tentang radio amatur dan mereka seolah-olah takut untuk menggunakannya.
"Ketika mula-mula dulu saya pun mempunyai persepsi yang sama tetapi selepas beberapa kali dijelaskan oleh rakan-rakan, saya mula memahami kegunaan radio amatur malah ia merupakan satu alat komunikasi unik.
"Sejak terlibat dalam hobi ini pada tahun lepas saya mempunyai ramai rakan di seluruh negara, ia disebabkan saya boleh berkomunikasi dengan sesiapa sahaja tanpa sebarang kos," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini.
Guan Chiang yang bekerja sebagai guru berkata, pelaburan awalnya untuk membeli peralatan radio amat berbaloi dengan faedah yang diperoleh.
Beliau yang dikenali dengan 'call sign' 9W2YGC berkata, kos permulaan untuk membeli sebuah radio adalah di sekitar RM400.
"Sebelum ini beberapa rakan mengajak saya untuk menyertai kelab ini tetapi saya menolak kerana bimbang kos yang tinggi, setelah diajak berkali-kali saya mencuba dan mendapati ia amat menyeronokkan.
"Sebagai contoh, pada bulan lepas saya pergi ke Segamat, Johor, di pertengahan jalan saya tersesat dan malangnya di kawasan berkenaan tidak mempunyai talian telefon bimbit. Oleh itu saya cuba menggunakan radio untuk mendapatkan bantuan rakan bagi mencari jalan.
"Syukur dengan sekali sahaja panggilan saya mendapat maklum balas oleh pengguna radio di kawasan itu dan mereka memberikan tunjuk arah sehingga saya sampai ke destinasi yang dituju," katanya.
Pendapat yang sama turut dikongsi oleh Mohd. Iskandar Hassan, 39, menyifatkan radio amatur merupakan satu hobi yang banyak membantu terutama ketika berlaku bencana.
Katanya, melalui radio amatur komunikasi boleh dilakukan tanpa batasan dan sebarang kos termasuk berhubung dengan angkasawan ketika mengelilingi bumi.
"Semua orang boleh terlibat dalam hobi ini malah ada juga menteri yang turut menggunakan radio amatur.
"Selain menambah kenalan, kita juga boleh mengembangkan idea dengan membuat penyelidikan dalam pembuatan radio, pancaran, penerimaan dan antena sendiri," katanya.
Tambahnya, kesedaran tentang radio amatur di negara ini amat rendah berbanding negara-negara lain kerana ramai yang tidak mendapat pendedahan yang sewajarnya.
![]() |
Ahli Kelab Radio Kota Bharu berkomunikasi dengan rakan-rakan menggunakan set radio amatur. |
KOTA BHARU - Biar pun jumlah pengguna radio amatur tidak ramai iaitu kira-kira 300 pengguna berlesen di negeri ini tetapi ia berkembang agak pantas dan menjadi hobi yang popular pada masa kini.
Malah sejak tahun lepas, beberapa persatuan radio amatur ditubuhkan hampir di setiap daerah di negeri ini seperti Kelab Radio Amatur Kota Bharu (ARKB).
Presiden ARKB, Sydina Abidin Abdullah berkata, kelab tersebut ditubuhkan pada penghujung tahun lepas dan kini sedang giat untuk mengumpulkan ahli-ahli yang berselerak di negeri ini.
Katanya, ramai yang tidak memahami kegunaan sebenar radio amatur dan kebanyakannya hanya beranggapan untuk berkomunikasi semata-mata.
"Secara umumnya, radio amatur merupakan perkhidmatan radio komunikasi bagi tujuan latihan diri, interkomunikasi dan penyiasatan teknikal yang dikendalikan oleh pemegang lesen radio amatur.
"Malah dengan pembelajaran yang berterusan radio amatur boleh juga digunakan bersama Internet untuk meluaskan lagi penggunaannya.
"Kini, radio amatur merupakan hobi yang semakin popular dengan dianggarkan pengendalinya melebihi enam juta orang di seluruh dunia," katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.
Sydina Abidin berkata, hobi radio amatur tidak memerlukan kos yang tinggi dan ianya amat berpatutan dengan faedah yang diperoleh penggunanya.
Katanya, kos untuk sebuah radio bersaiz telapak tangan yang baru mungkin sama harganya dengan sebuah televisyen bersaiz 14 inci iaitu di sekitar RM400.
"Bagi sebuah radio yang besar pula kosnya adalah sama dengan sebuah komputer, jadi ia tidak terlalu mahal, melalui hobi ini kita boleh menambah kenalan dari seluruh dunia.
"Tetapi hanya mereka yang telah diperakukan boleh mengendalikan sesuatu alat radio amatur, bagi mendapatkan sijil perakuan ini tidak terlalu susah syaratnya ialah warganegara Malaysia dan berusia lebih 14 tahun serta lulus ujian," katanya.
Menurutnya, untuk peringkat asas sesorang itu perlu lulus ujian kefahaman radio bagi mendapatkan sijil perakuan kelas B manakala peringkat pertengahan mereka harus ujian kod morse dan ujian-ujian teori serta radio bagi mendapatkan sijil perakuan kelas A.
Kata beliau, kedua-dua sijil tersebut dikeluarkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia selepas lulus ujian yang diadakan.
"Lebih menarik pengguna radio amatur mempunyai cara tersendiri untuk memperkenalkan diri di udara, kesemua mereka diberikan satu nama panggilan atau callsign yang terdiri daripada abjad dan nombor yang mewakili kawasan pemanggil.
"Sebagai contoh, 'callsign' untuk saya ialah 9W2SYD atau sebutannya nine whiskey two sierra yankee delta," katanya.
Beliau berharap lebih ramai penduduk di negeri akan menjadikan radio amatur sebagai hobi untuk mengisi masa lapang.
Katanya, pengunaan komunikasi radio amat penting ketika berlaku bencana seperti banjir besar atau gempa bumi.
"Ketika banjir besar pada penghujung tahun lepas, ARKB telah dijemput oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan untuk bersama-sama membantu menyelaraskan bantuan.
"Kami ditempatkan di bilik gerakan kecemasan kerajaan negeri ketika itu kerana sistem komunikasi terutama telefon bimbit di kawasan Rantau Panjang terputus sama sekali akibat banjir besar," katanya.
Tambahnya, ia jelas menunjukkan hobi tersebut akan menjadi penting pada masa kecemasan kerana ia boleh digunakan di mana sahaja tanpa mengira faktor muka bumi atau masa.
Character | Code |
A | . _ |
B | _ . . . |
C | _ . _ . |
D | _ . . |
E | . |
F | . . _ . |
G | _ _ . |
H | . . . . |
I | . . |
J | . _ _ _ |
K | _ . _ |
L | . _ . . |
M | _ _ |
N | _ . |
O | _ _ _ |
P | . _ _ . |
Q | _ _ . _ |
R | . _ . |
S | . . . |
T | _ |
U | . . _ |
V | . . . _ |
W | . _ _ |
X | _ . . _ |
Y | _ . _ _ |
Z | _ _ . . |
0 | _ _ _ _ _ |
1 | . _ _ _ _ |
2 | . . _ _ _ |
3 | . . . _ _ |
4 | . . . . _ |
5 | . . . . . |
6 | _ . . . . |
7 | _ _ . . . |
8 | _ _ _ . . |
9 | _ _ _ _ . |