SISTEM SMS INFO PROCC: Anda tidak ketinggalan!

Setelah meneliti jalan yang paling baik untuk mengumpul seberapa ramai ahli ProCC untuk apa jua aktiviti rasmi ProCC. Pihak pengurusan telah bekerjasama dengan salah sebuah syarikat TELCO untuk memudahkan info terkini tentang aktiviti rasmi disampaikan dengan mudah dan cepat.

Jika anda sibuk dengan kerja harian dan tidak berkesempatan melayari laman web ProCC setiap masa? Kini anda boleh mendapat info terkini tentang aktiviti terkini ProCC terus ke telefon bimbit anda.


Setiap SMS info dari ProCC akan dikenakan bayaran RM0.50 untuk perkhidmatan TELCO.
Maksimum 4 SMS sebulan.

2 Meter Net PERAMAH Temerloh

Dijemput semua rakan-rakan HAM untuk 'check in' didalam acara ini yang diakankan pada setiap hari Rabu malam Khamis setiap minggu di V48 (146.400Mhz) .

DOKUMENTARI RADIO AMATUR

Wednesday, July 02, 2008

TEMERLOH BANDAR IKAN PATIN

Temerloh Bandar Ikan Patin
Kalau sebut Temerloh, ada 3 perkara yang akan bermain dalam fikiran kita iatu Allahyarham Sudirman Haji Arshad, penyanyi Asia nombor satu, penyanyi diva Malaysia Dato’ Siti Nurhaliza dan Ikan Patin Sangkar. Okeylah kita cerita tentang Temerloh sedikit sebagai pembuka tirai kita ini.Temerloh adalah lebih dikenali sebagai Bandar Ikan Patin. Nama Temerloh juga adalah sama nama dengan nama daerahnya. Temerloh terletak kira-kira 163 kaki dari paras laut dan mempunyai latitud 327 disebelah utara dan 102 26 di sebelah selatan. Ia terletak lebih kurang 130km dari Kuala Lumpur. Ianya terletak diantara petemuan Sungai Pahang dan juga Sungai Semantan. Ianya juga adalah terletak ditengah-tengah laluan Kuantan – Kuala Lumpur. Temerloh juga adalah Bandar kedua terbesar di Negeri Pahang Darul Makmur ini. Ikan patin atau lebih dikenali Patin Sangkar atau nama saintifiknya Pangasius Sutchi. Terdapat berbagai jenis patin seperti Patin Muncung, Patin Buah, Patin Lawang, Patin Mas (kacukan patin buah & muncung), Patin Juara dan sebagainya. Kalau nak kenal lebih dekat lagi dengan patin sangkar ini jom kita selidik sedikit apa dia patin sangkar itu. Menyedari potensi ternakan Ikan Patin ini boleh dilakukan secara komersil, Jabatan Perikanan Daerah telah memainkan peranan penting dalam hal pemuliharaan. Penternakaan Ikan Patin dalam sangkar telah lama diperkenalkan oleh Jabatan Perikanan.Patin sangkar ini diternak didalam sangkar dan diletakkan didalam sungai Pahang. Menurut Jabatan Perikanan Daerah Temerloh, terdapat 81 penternak ikan Patin Sangkar ini dengan bilangan sangkar sebanyak 1,138 buah dengan keluasan 1,251 meter persegi.Sangkar ini akan ditenggalamkan sedalam 3.9 meter di sungai. Setiap sangkar boleh memuatkan kira-kira 800 hingga 1,000 ekor ikan. Selain dari ikan Patin Sangkar, penternak ini juga menternak ikan Tilapia.Ianya dibiak secara aruhan atau disuntik hormone pembiakan. Biasanya ikan patin ini dibesarkan melalui 3 peringkat makanan iatu Starter (anak patin), Grower (pertengahan) dan Finisher (akhir). Patin Sangkar sudah mula boleh dijual apabila ianya berusia 6 hingga 8 bulan.Ikan Patin Sangkar ini diberi makan yang cukup berkhasiat seperti Pallet, TP, Cargill, Bintang dan bermacam lagi seperti disyorkan oleh Jabatan Perikanan Daerah Temerloh. Makanan ini mempunyai protein yang amat tinggi dan baik untuk kesihatan kita. Pihak Jabatan Perikanan Daerah sering memantau penternak Ikan Patin ini agar tidak memberi makanan selain dari apa yang disyorkan oleh Jabatan Perikanan ini.Penternak Ikan Patin Sangkar boleh meraih keuntungan sehingga RM40K sebulan jika kesemua hasilnya dapat dijual. Tidak hairanlah jika seseorang penternak Ikan Patin Sangkar ini boleh meraih keuntungan sebanyak itu kerana mereka ini mempunyai lebih kurang antara 40 hingga 80 sangkar pada setiap masa.Okey, mari kita cerita sedikit tentang harga ikan Patin Sangkar ini. Ianya dijual sekitar RM10 – RM12 sekilogram. Ikan Patin Sangkar ini ada dijual di Pasar Besar Temerloh, Pasar Minggu atau “Pekan Sehari” (setiap hari Ahad), Pasar Tani Temerloh, Pasar Malam dan juga di tempat ternakan ikan dan juga ditepi jalan – jalan. Kalau ada kelapangan marilah datang pada hari Ahad untuk ke Pekan Sehari Temerloh. Pekan Sehari ini letaknya di Jalan Sultan Ahmad Shah hinggalah ke Jalan Semantan di Lurah Semantan. 1km jaraknya dan yang unik sekali ianya terletak di sepanjang Sungai Pahang, sungai yang terpanjang sekali di Semenanjung Malaysia. Urusniaga Pekan Sehari ini adalah seawal jam 6 pagi dan berakhir 2 petang. Pekan Sehari ini juga telah berusia hampir 40 tahun umur.Oklah, balik kita pada cerita Ikan Patin Sangkar kita ini. Kalau nak kenal macamana rupanya Ikan Patin Sangkar mempunyai jalur hitam dikedua-dua belah badannya disamping badannya yang putih ataupun cerah. Ekor Ikan Patin Sangkar ini biasanya agak rosak sedikit kerana pergeseran didalam sangkar. Jangan takut atau bimbang jika anda ternampak ekornya rosak, itu perkara biasa. Hmmm…apa kata kita cerita sedikit tentang masakan ikan Patin ini. Yang paling istimewa sekali tentang masakan Ikan Patin ini ialah Masak Gulai Tempoyak Ikan Patin. Itulah masakan yang paling disukai ramai di Temerloh ini. Bukan sahaja orang Temerloh, orang luar pun beritahu yang lauk ini cukup istimewa. Jangan tak percaya ini ialah juga masakan yang paling digemari Dato’ Siti Nurhaliza. Antara selebriti lain yang pernah mencuba masakan ini ialah Dato’ K, Fara Fauzana (DJ Hot FM), Yusry KRU, Ning Baizura dan banyak lagi.Bagi masyarakat Tionghua, mereka lebih berselera jika Ikan Patin Sangkar ini dimasak kukus. Kalau tak percaya jom kita cuba sekali.Seketul Ikan Patin Sangkar Masak Gulai Tempoyak adalah dijual dalam harga RM5 hingga RM9 seketul. Bagi seketul Ikan Patin Muncung, Patin Juara atau sebagainya jika dimasak gulai tempoyak, harganya boleh mencecah sehingga RM100 seketul. Ini kerana Ikan Patin Muncung, Patin Buah, Patin Juara sukar ditangkap kerana ianya banyak terdapat di Sungai Pahang. Harga pasaran bagi ikan tersebut adalah diantara RM50 hingga RM220 sekilogram. Oleh itu, jika anda ingin makan ikan Patin tanyalah terlebih dahulu sama ada ianya Ikan Patin Sangkar atau sebaliknya.Rata-rata di Temerloh antara kedai makan, restoran, hotel ada menjual menjual masakan gulai tempoyak ikan patin dan sebagainya. Antara kedai yang sebegitu ramai dikunjungi oleh orang ramai ialah :-Gerai Pak Usop, Gerai MPT Lurah SemantanAnjang JR, R&R Bukit AnginNan Planed, Taman Esplanade MPTRestoran Selera Puncak, berhadapan Mini Stadium TemerlohBorak-Borak Café, Hotel Seri SemantanHotel Seri Malaysia TemerlohSZ Restoran, sebelah Stesen Minyak BHP Seberang TemerlohOkey, kita bolehlah andaikan bahawa Ikan Patin Sangkar ini sebagai antara ikan yang paling baik didunia ini. Rasanya yang amat manis dan sedap jika dibandingkan dengan Ikan Salmon atau ikan – ikan yang lain. Oleh itu, bagi mereka yang belum mencuba ikan patin sangkar, apa kata dating ke Temerloh Bandar Ikan Patin dan rasa sendiri masakan tempatan yang cukup menyelerakan dan enak ini.