SISTEM SMS INFO PROCC: Anda tidak ketinggalan!

Setelah meneliti jalan yang paling baik untuk mengumpul seberapa ramai ahli ProCC untuk apa jua aktiviti rasmi ProCC. Pihak pengurusan telah bekerjasama dengan salah sebuah syarikat TELCO untuk memudahkan info terkini tentang aktiviti rasmi disampaikan dengan mudah dan cepat.

Jika anda sibuk dengan kerja harian dan tidak berkesempatan melayari laman web ProCC setiap masa? Kini anda boleh mendapat info terkini tentang aktiviti terkini ProCC terus ke telefon bimbit anda.


Setiap SMS info dari ProCC akan dikenakan bayaran RM0.50 untuk perkhidmatan TELCO.
Maksimum 4 SMS sebulan.

2 Meter Net PERAMAH Temerloh

Dijemput semua rakan-rakan HAM untuk 'check in' didalam acara ini yang diakankan pada setiap hari Rabu malam Khamis setiap minggu di V48 (146.400Mhz) .

DOKUMENTARI RADIO AMATUR

Tuesday, July 01, 2008

komunikasi amatur

Apakah itu Radio Amatur?

Radio Amatur ataupun juga dikenali sebagai Ham Radio" ialah hobi berkenaan membina, menguji-kaji dan berkomunikasi melalui radio. Pengguna-pengguna Radio Amatur ini saling berhubungan dengan rakan-rakan mereka seluruh dunia melalui beberapa set-set frekuensi radio yang telah ditetapkan.

Apakah yang boleh saya lakukan dengan Radio Amatur?

Tidak seperti teknologi perhubungan lain, Radio Amatur membolehkan anda berhubung dari mana-mana tempat, kemana-mana tempat, pada setiap masa. Pada waktu-waktu bencana, Radio Amatur amat berguna, terutamanya kepada agensi-agensi penyelamat. Pada ketika lain, anda juga kadang kala boleh bercakap dengan para angkasawan atau membalikkan isyarat dari bulan. Anda juga boleh menghantar fail ataupun gambar secara digital.

Adakah hobi lain yang menyediakan ciri sebegitu seperti hobi ini?

Saya sentiasa sibuk. Adakah saya masih boleh menikmati hobi ini? Sudah tentu. Hobi ini tidak terikat kepada sesuatu masa, tempat dan pendapatan seseorang. Memandangkan ianya mudah dikendalikan, ramai yang sentiasa sibuk mendapati ianya seronok digunakan dan mengurangkan tekanan selepas seharian bekerja. Anda dan juga keluarga anda juga boleh berkumpul dan mempelajari hobi ini.

Abjad Sebutan
A - Alfa
B - Bravo
C - Charlie
D - Delta
E - Echo
F - Foxtrot
G - Golf
H - Hotel
I - India
J - Juliett
K - Kilo
L - Lima
M - Mike
N - November
O - Oscar
P - Papa
Q - Quebec
R - Romeo
S - Sierra
T - Tango
U - Uniform
V - Victor
W - Whiskey
X - X-ray
Y - Yankee
Z - Zulu
The Q Code used by Amateurs
QRL - Frequency in use/buzy
QRM - Interference from other station
QRN - Interference from static/electrical equipment
QRO - High power
QRP - Low power
QRS - Send more slowly
QRT - Closing down
QRU - That’s all from me
QRX - Standby
QRZ - Who is calling me
QSL - Confirmation of info/QSL card
QSO - Contact between stations
QSY - Change frequency
QTH - Location

73 bermaksud Salam Mesra– Apabila Operator Radio Amatur selesai berintraksi melalui radio, Operator lelaki akan menyebut 73 kepada Operator lelaki melalui peranti dengan suara atau menggunakan kod morse.88 bermaksud Ciuman Mesra– Ditujukan hanya untuk Operator Wanita sahaja. Hi hi….

Sumber : Suruhanjaya Telekomunikasi dan Multimedia Malaysia -->
www.mcmc.gov.my

Temerloh Simplex Frekuensi V48 (146.400Mhz)
We call this Temerloh_ku frequency as it meant a lot for us and others. We strive so hard to make sure the newbies know what amatuer radio is and the proper QSO in their daily conversation. Thanks those that sacrifices their time, knowledge and money to make this thing happend.