SISTEM SMS INFO PROCC: Anda tidak ketinggalan!

Setelah meneliti jalan yang paling baik untuk mengumpul seberapa ramai ahli ProCC untuk apa jua aktiviti rasmi ProCC. Pihak pengurusan telah bekerjasama dengan salah sebuah syarikat TELCO untuk memudahkan info terkini tentang aktiviti rasmi disampaikan dengan mudah dan cepat.

Jika anda sibuk dengan kerja harian dan tidak berkesempatan melayari laman web ProCC setiap masa? Kini anda boleh mendapat info terkini tentang aktiviti terkini ProCC terus ke telefon bimbit anda.


Setiap SMS info dari ProCC akan dikenakan bayaran RM0.50 untuk perkhidmatan TELCO.
Maksimum 4 SMS sebulan.

2 Meter Net PERAMAH Temerloh

Dijemput semua rakan-rakan HAM untuk 'check in' didalam acara ini yang diakankan pada setiap hari Rabu malam Khamis setiap minggu di V48 (146.400Mhz) .

DOKUMENTARI RADIO AMATUR

Thursday, November 04, 2010

TAHNIAH PORTAL PROCC KE PUSINGAN AKHIR ' NEF AWANI ICT AWARDS '


Portal Proton Club Malaysia Dicalonkan Ke Pusingan Akhir 'NEF Awani ICT Awards - Rakyat's Choice Awards'

Tahniah buat portal rasmi Proton Club Malaysia (www.protonclub.com) kerana terpilih ke pusingan akhir 'NEF Awani ICT Awards - Rakyat's Choice Awards' bagi kategori e-kommuniti/e-servis.

Pertandingan yang dianjurkan oleh NEF dan Astro Awani ini adalah bertujuan memberi penganugerahan kepada usahawan muda dan portal pilihan rakyat Malaysia.

Jika anda inginkan Proton Club Malaysia menang dalam kategori yang disebut, marilah sama-sama mengundi dengan klik 'like' pada ruangan logo Proton Club Malaysia. (anda berpeluang memenangi ipad melalui cabutan bertuah setelah membuat undian)

Penganugerahan anugerah akan diadakan pada 25 November 2010 secara langsung di Astro Awani.
Untuk keterangan lanjut sila ke http://www.facebook.com/NEFAwaniICTAwards