SISTEM SMS INFO PROCC: Anda tidak ketinggalan!

Setelah meneliti jalan yang paling baik untuk mengumpul seberapa ramai ahli ProCC untuk apa jua aktiviti rasmi ProCC. Pihak pengurusan telah bekerjasama dengan salah sebuah syarikat TELCO untuk memudahkan info terkini tentang aktiviti rasmi disampaikan dengan mudah dan cepat.

Jika anda sibuk dengan kerja harian dan tidak berkesempatan melayari laman web ProCC setiap masa? Kini anda boleh mendapat info terkini tentang aktiviti terkini ProCC terus ke telefon bimbit anda.


Setiap SMS info dari ProCC akan dikenakan bayaran RM0.50 untuk perkhidmatan TELCO.
Maksimum 4 SMS sebulan.

2 Meter Net PERAMAH Temerloh

Dijemput semua rakan-rakan HAM untuk 'check in' didalam acara ini yang diakankan pada setiap hari Rabu malam Khamis setiap minggu di V48 (146.400Mhz) .

DOKUMENTARI RADIO AMATUR

Tuesday, March 31, 2009

SEKITAR AGM MARES-8 2009





















Monday, March 30, 2009

1st TT PROCC JENGKA 2009 - bandar pusat Jengka 29.03.09










Monday, March 23, 2009

SEKITAR AGM KE-4 PERAMAH 2009


AGM PERAMAH DI BERA SUKSES!

BAPAK BAPAK PERAMAH BERGAMBAR KENANGAN.
9W2FRD MEWAKILI RAKAN PERAMAH BERA MEMBERI GIFT KEPADA PRESIDEN PERAMAH 9W2MON PAK SALOMON
BAPAK PRESIDEN 9W2MON SALOMON MEMBERI GIFT JUGA KEPADA YB.NOROL AZALI KITA SEBAGAI TANDA TERIMAKASIH
YB. NOROL AZALI YANG MERASMI KAN PENUTUP AGM PERAMAH KALI KE 4 TERIMAKASIH YB.
BRADER BRADER DARI K-RAMAT 9W2YDP SEDANG MENYIAPKAN TABLE PENDAFTARAN.
9W2IBJ

9W2VMS

9W2RYP

9W2RZL

9W2RA

9W2OCB


9W2KCW

9W2DRB

9W2ALU

9W2ADH

AGM PERAMAH KE 4, TAHUN 2009

21 Mac 2009, AGM PERAMAH yang ke 4 telah diadakan. AGM berkenaan diadakan di Kompleks Belia dan Sukan Bera, Pahang. Majlis berkenaan telah dihadiri oleh rakan ham dari seluruh pelusuk Pahang iaitu Kuantan,Pekan,Temerloh,Bera, Kuala Lipis, Karak dan lain-lain.
Majlis berkenaan telah dirasmi penutupannya oleh YB ADUN Guai iaitu YB Encik Norol Azali bin Sulaiman. Tahniah kepada PERAMAH atas kejayaan AGM ke 4 berkenaan.

9W2RBY dan 9W2MEZ

Salam takziah kepada 9W2USS kerana terlibat dalam kemalangan sewakti bermobil ke AGM

Kehadiran rakan-rakan radio ham yang mengalahkan tonto-tonto..buat seram tonto ajer..

Kunjungan rakan radio ke rumah SWL Atuk..

Sebahagian ahli-ahli PERAMAH

Wednesday, March 18, 2009

Notis Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ke 8, MARES

- KEPADA SEMUA AHLI MARES YANG BERDAFTAR –

Tuan / Puan ,

NOTIS MESYUARAT AGONG MARES KALI KE 8 BAGI TAHUN 2009

Merujuk kepada perkara diatas.

2. Adalah dimaklumkan bahawa MARES akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan kali ke 8 bagi tahun 2009 seperti berikut :-
Tarikh : 29 Mac 2009 (Ahad)
Masa : 9:30 pagi
Tempat : 4A, Jalan Tinggi (6/12) Seksyen 6,
46000 Petaling Jaya Selangor
Aturcara:
09.30 pagi - Pendaftaran Ahli
10.30 pagi - Mesyuarat Agung dimulakan.
Agenda:
i. Perlantikan Pengerusi Majlis
ii. Pengesahan Minit Mesyuarat ke 7, 2008
iii. Pembentangan Laporan Tahunan 2008
iv. Pembentangan Laporan Kewangan 2008
v. Pembentangan Usul
vi. Ucapan Penangguhan
12.30 tengah hari – Jamuan

Sebarang usul untuk mesyuarat bolehlah di hantar selewat-lewatnya sebelum atau pada 25 Mac 2009. Borang usul, Minit Mesyuarat Agung ke 7, Laporan Tahunan dan Laporan Kewangan bagi Tahun 2008, boleh didapati dari laman web MARES (www.mares.org.my) bermula dari Sabtu, 20 Mac 2009.

Sehubungan dengan ini, tuan / puan dijemput hadir bersama bagi menjayakan mesyuarat ini dalam menjayakan mesyuarat ini. Kerjasama dari pihak tuan / puan amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih

Yang menjalankan tugas,


………………………………………
Fahroradzi Bin Ibrahim, 9W2BBS
Setiausaha

Wednesday, March 04, 2009

Notis Mesyuarat Agung Kali Ke Empat

Mesyuarat Agung Peramah 2009 P/AGM/0209
28hb Februari 2009

Kepada:
Dato,Datin,Tuan dan Puan,
Ahli-ahli Persatuan Radio Amatur Negeri Pahang,



Perkara: Notis Mesyuarat Agung Kali Ke Empat

Adalah saya dengan hormatnya memaklumkan kepada tuan / puan bahawa Mesyuarat Agung Persatuan Radio Amatur Negeri Pahang kali Ke Empat akan diadakan pada 21 hb. Mac, hari Sabtu, jam 2 Petang bertempat di Dewan Kompleks Belia dan Sukan Daerah Bera, Bera, Pahang

2. Tuan dijemput hadir ke mesyuarat tersebut diatas. Agenda mesyuarat
seperti berikut:

2.1 Pengesahan Minit Mesyuarat Agung 2008.
2.2 Pembentangan Lapuran Aktiviti Persatuan untuk tahun 2008.
2.3 Pembentangan Lapuran Kewangan Bagi Tahun 2008.
2.4 Membahaskan Usul-usul dari ahli-ahli persatuan.

3. Adalah dengan ini tuan / puan di minta hadir bagi menunaikan tanggungjawab
mengikut peraturan Fasal 8 dan 9 Perlembagaan Persatuan.

4. Bagi ahli yang belum menjelaskan yuran keahlian dan yuran tahunan, sila
menjelaskannya sebelum Mesyuarat bermula.

5. Semua usul dari ahli yang berdaftar harus diajukan kepada Setiausaha melalui
email atau faks sebelum 18hb Mac 2009.


Sekian, Terima Kasih.


Mohamad Norzam Bin Abas
Setiausaha
Persatuan Radio Amatur Negeri Pahang

Monday, March 02, 2009

KARNIVAL PARLIMEN BERA

KARNIVAL PARLIMEN BERA MERIAH!!!!

Bergambar bersama artis artis Malaysia kita yang SPORTING ABEH!
Tengok tu Yassin Senario pun ada sebelah 9w2twh tu!
Bergambar kenangan bersama Menteri Belia dan Sukan Dato Seri Ismail Sabri
Terima Kasih Dato Seri yang sudi berKomunikasi bersama Rakan Rakan Radio Amatur

Tu dia 9W2FRD tengah menerang kan konsep komunikasi kepada Pelawat pelawat




Assallammualaikum WBT pada semua rakan rakan..

Kami memohon maaf atas kelewatan mengupadate blog ini...

Syukur kehadrat illahi.. karnival Parlimen berjalan dengan begitu meriah sekali.. dengan kehadiran Artis artis tempatan yang Femes tu!

kami cukup seronok juga di khemah pameran PERAMAH WILAYAH BERA KERAYONG yang dikunjungi oleh ramai orang.. dan ramai juga yang mendaftar kan diri sebagai ahli PERAMAH! Dan join RADIO AMATUR!!!

JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA DATO SERI ISMAIL SABRI. MENTERI BELIA DAN SUKAN KITA!

YANG MENCUBA QSO DI SIMPLEX CH. DAN MENDAFTAR SEBAGAI AHLI PERAMAH!

TERIMA KASIH DATO SERI!

Jadi TERIMA KASIH juga kepada pihak penganjur dan terlibat!! TERIMA KASIH SEMUAA!!!