SISTEM SMS INFO PROCC: Anda tidak ketinggalan!

Setelah meneliti jalan yang paling baik untuk mengumpul seberapa ramai ahli ProCC untuk apa jua aktiviti rasmi ProCC. Pihak pengurusan telah bekerjasama dengan salah sebuah syarikat TELCO untuk memudahkan info terkini tentang aktiviti rasmi disampaikan dengan mudah dan cepat.

Jika anda sibuk dengan kerja harian dan tidak berkesempatan melayari laman web ProCC setiap masa? Kini anda boleh mendapat info terkini tentang aktiviti terkini ProCC terus ke telefon bimbit anda.


Setiap SMS info dari ProCC akan dikenakan bayaran RM0.50 untuk perkhidmatan TELCO.
Maksimum 4 SMS sebulan.

2 Meter Net PERAMAH Temerloh

Dijemput semua rakan-rakan HAM untuk 'check in' didalam acara ini yang diakankan pada setiap hari Rabu malam Khamis setiap minggu di V48 (146.400Mhz) .

DOKUMENTARI RADIO AMATUR

Wednesday, March 04, 2009

Notis Mesyuarat Agung Kali Ke Empat

Mesyuarat Agung Peramah 2009 P/AGM/0209
28hb Februari 2009

Kepada:
Dato,Datin,Tuan dan Puan,
Ahli-ahli Persatuan Radio Amatur Negeri Pahang,



Perkara: Notis Mesyuarat Agung Kali Ke Empat

Adalah saya dengan hormatnya memaklumkan kepada tuan / puan bahawa Mesyuarat Agung Persatuan Radio Amatur Negeri Pahang kali Ke Empat akan diadakan pada 21 hb. Mac, hari Sabtu, jam 2 Petang bertempat di Dewan Kompleks Belia dan Sukan Daerah Bera, Bera, Pahang

2. Tuan dijemput hadir ke mesyuarat tersebut diatas. Agenda mesyuarat
seperti berikut:

2.1 Pengesahan Minit Mesyuarat Agung 2008.
2.2 Pembentangan Lapuran Aktiviti Persatuan untuk tahun 2008.
2.3 Pembentangan Lapuran Kewangan Bagi Tahun 2008.
2.4 Membahaskan Usul-usul dari ahli-ahli persatuan.

3. Adalah dengan ini tuan / puan di minta hadir bagi menunaikan tanggungjawab
mengikut peraturan Fasal 8 dan 9 Perlembagaan Persatuan.

4. Bagi ahli yang belum menjelaskan yuran keahlian dan yuran tahunan, sila
menjelaskannya sebelum Mesyuarat bermula.

5. Semua usul dari ahli yang berdaftar harus diajukan kepada Setiausaha melalui
email atau faks sebelum 18hb Mac 2009.


Sekian, Terima Kasih.


Mohamad Norzam Bin Abas
Setiausaha
Persatuan Radio Amatur Negeri Pahang