SISTEM SMS INFO PROCC: Anda tidak ketinggalan!

Setelah meneliti jalan yang paling baik untuk mengumpul seberapa ramai ahli ProCC untuk apa jua aktiviti rasmi ProCC. Pihak pengurusan telah bekerjasama dengan salah sebuah syarikat TELCO untuk memudahkan info terkini tentang aktiviti rasmi disampaikan dengan mudah dan cepat.

Jika anda sibuk dengan kerja harian dan tidak berkesempatan melayari laman web ProCC setiap masa? Kini anda boleh mendapat info terkini tentang aktiviti terkini ProCC terus ke telefon bimbit anda.


Setiap SMS info dari ProCC akan dikenakan bayaran RM0.50 untuk perkhidmatan TELCO.
Maksimum 4 SMS sebulan.

2 Meter Net PERAMAH Temerloh

Dijemput semua rakan-rakan HAM untuk 'check in' didalam acara ini yang diakankan pada setiap hari Rabu malam Khamis setiap minggu di V48 (146.400Mhz) .

DOKUMENTARI RADIO AMATUR

Wednesday, March 18, 2009

Notis Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ke 8, MARES

- KEPADA SEMUA AHLI MARES YANG BERDAFTAR –

Tuan / Puan ,

NOTIS MESYUARAT AGONG MARES KALI KE 8 BAGI TAHUN 2009

Merujuk kepada perkara diatas.

2. Adalah dimaklumkan bahawa MARES akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan kali ke 8 bagi tahun 2009 seperti berikut :-
Tarikh : 29 Mac 2009 (Ahad)
Masa : 9:30 pagi
Tempat : 4A, Jalan Tinggi (6/12) Seksyen 6,
46000 Petaling Jaya Selangor
Aturcara:
09.30 pagi - Pendaftaran Ahli
10.30 pagi - Mesyuarat Agung dimulakan.
Agenda:
i. Perlantikan Pengerusi Majlis
ii. Pengesahan Minit Mesyuarat ke 7, 2008
iii. Pembentangan Laporan Tahunan 2008
iv. Pembentangan Laporan Kewangan 2008
v. Pembentangan Usul
vi. Ucapan Penangguhan
12.30 tengah hari – Jamuan

Sebarang usul untuk mesyuarat bolehlah di hantar selewat-lewatnya sebelum atau pada 25 Mac 2009. Borang usul, Minit Mesyuarat Agung ke 7, Laporan Tahunan dan Laporan Kewangan bagi Tahun 2008, boleh didapati dari laman web MARES (www.mares.org.my) bermula dari Sabtu, 20 Mac 2009.

Sehubungan dengan ini, tuan / puan dijemput hadir bersama bagi menjayakan mesyuarat ini dalam menjayakan mesyuarat ini. Kerjasama dari pihak tuan / puan amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih

Yang menjalankan tugas,


………………………………………
Fahroradzi Bin Ibrahim, 9W2BBS
Setiausaha