SISTEM SMS INFO PROCC: Anda tidak ketinggalan!

Setelah meneliti jalan yang paling baik untuk mengumpul seberapa ramai ahli ProCC untuk apa jua aktiviti rasmi ProCC. Pihak pengurusan telah bekerjasama dengan salah sebuah syarikat TELCO untuk memudahkan info terkini tentang aktiviti rasmi disampaikan dengan mudah dan cepat.

Jika anda sibuk dengan kerja harian dan tidak berkesempatan melayari laman web ProCC setiap masa? Kini anda boleh mendapat info terkini tentang aktiviti terkini ProCC terus ke telefon bimbit anda.


Setiap SMS info dari ProCC akan dikenakan bayaran RM0.50 untuk perkhidmatan TELCO.
Maksimum 4 SMS sebulan.

2 Meter Net PERAMAH Temerloh

Dijemput semua rakan-rakan HAM untuk 'check in' didalam acara ini yang diakankan pada setiap hari Rabu malam Khamis setiap minggu di V48 (146.400Mhz) .

DOKUMENTARI RADIO AMATUR

Wednesday, April 27, 2011

Hamfest 2011




Hamfest atau Ham Festival adalah acara yang dianjurkan oleh peminat radio amatur untuk berkumpul dan beramah mesra di antara satu sama lain sambil berkongsi pengalaman dan pengetahuan melalui sesi kelas dan seminar yang dijalankan. Selain itu, pameran radio dan jualan flea market juga boleh didapati di Hamfest, Di Malaysia, Hamfest pertama kali diadakan pada 30 Julai 2010 di Menara Kuala Lumpur dimana acara itu telah menarik perhatian lebih 3,000 orang pengunjung.

Antara agensi-agensi kerajaan yang telah mengambil bahagian di dalam pameran Hamfest Malaysia 2010 adalah:

* Polis Diraja Malaysia
* Rakan COP
* Jabatan Pertahanan Awam Malaysia
* Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
* Angkatan Tentera Diraja Malaysia
* Bulan Sabit Merah Malaysia

Pada tahun ini, Hamfest Malaysia 2011 akan berlangsung seperti berikut:

Tarikh: 14 & 15 Mei 2011
Masa: 10 pagi - 6 petang
Lokasi: Menara Kuala Lumpur



Untuk Info Semasa, Sila Klik :


HAMFEST 2011


HAMFEST on Facebook

73
de 9W2FYZ