SISTEM SMS INFO PROCC: Anda tidak ketinggalan!

Setelah meneliti jalan yang paling baik untuk mengumpul seberapa ramai ahli ProCC untuk apa jua aktiviti rasmi ProCC. Pihak pengurusan telah bekerjasama dengan salah sebuah syarikat TELCO untuk memudahkan info terkini tentang aktiviti rasmi disampaikan dengan mudah dan cepat.

Jika anda sibuk dengan kerja harian dan tidak berkesempatan melayari laman web ProCC setiap masa? Kini anda boleh mendapat info terkini tentang aktiviti terkini ProCC terus ke telefon bimbit anda.


Setiap SMS info dari ProCC akan dikenakan bayaran RM0.50 untuk perkhidmatan TELCO.
Maksimum 4 SMS sebulan.

2 Meter Net PERAMAH Temerloh

Dijemput semua rakan-rakan HAM untuk 'check in' didalam acara ini yang diakankan pada setiap hari Rabu malam Khamis setiap minggu di V48 (146.400Mhz) .

DOKUMENTARI RADIO AMATUR

Monday, March 15, 2010

Mesyuarat Agung Tahunan MARES ke-9 2010

- KEPADA SEMUA AHLI MARES YANG BERDAFTAR –
Tuan / Puan ,

NOTIS MESYUARAT AGUNG MARES KALI KE - 9 BAGI TAHUN 2010,

Perkara diatas adalah dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan bahawa MARES akan mengadakan Mesyuarat Agung kali ke-9 bagi tahun 2010 pada tarikh seperti berikut :-

Tarikh : Ahad, 28 Mac 2010
Masa : 9:30 pagi
Tempat : 4A, Jalan Tinggi (6/12) Seksyen 6,
46000 Petaling Jaya Selangor

Aturcara:
09.30 pagi - Pendaftaran Ahli
10.30 pagi - Mesyuarat Agung dimulakan.

Agenda:
i. Perlantikan Pengerusi Majlis
ii. Pengesahan Minit Mesyuarat ke 8, 2009
iii. Pembentangan Laporan Tahunan dan Kewangan 2009
iv. Pembentangan Usul
v. Pembubaran Ahli Jawatankuasa MARES 2008/2010
vi. Pemilihan Ahli Jawatankuasa MARES 2010/2012
vii. Perlantikan Ahli Jawatankuasa MARES 2010/2012
viii. Ucapan Penangguhan

1.00 tengah hari – Jamuan

Borang Usul, Minit Mesyuarat Agung ke-8, Laporan Tahunan dan Laporan Kewangan bagi Tahun 2009, boleh didapati dengan menghantar e-mel kepada agm@mares.org.my , bermula dari Isnin, 22 Mac 2010. Adalah dimaklumkan bahawa, mesyuarat pada kali ini akan mengadakan sesi pemilihan Ahli Jawatankuasa MARES bagi sesi 2010/2012. Borang pencalonan wakil boleh didapati secara e-mel pada tarikh yang sama seperti diatas. Sebarang usul untuk mesyuarat dan borang pencalonan wakil hendaklah di hantar selewat-lewatnya sebelum atau pada 26 Mac 2010.

Sehubungan dengan ini, tuan / puan dijemput hadir bersama dalam menjayakan mesyuarat ini. Kerjasama dari pihak tuan / puan amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih

Saya dengan hormatnya,

Fahroradzi Bin Ibrahim, 9W2BBS
Setiausaha

s.k:
1. En. Abdul Aziz Mohd. Noor, 9M2AU, Yang Di Pertua, MARES
2. Pendaftar Pertubuhan, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negeri Selangor