
KONVOI MERDEKA PROCC MOTORSPORT 2009
JELAJAH NEGERI PERAK
BUTIRAN AKTIVITI
JUMAAT
07HB OGOS 2009
3.00pm – 5.00pm
- Semua peserta berkumpul di TELUK BATIK
- Pendaftaran peserta konvoi
- Penyerahan ‘sticker’ & ‘t-shirt’
- Pemasangan bendera pada kereta
- Ucapan / Taklimat ringkas tentang perjalanan konvoi
CATATAN
Pastikan semua peserta dapat tiba di TELUK BATIK sebelum pukul 5.00ptg
Kelewatan mungkin akan mengganggu perjalanan program KONVOI MERDEKA ini
Sekitar pukul 4.45ptg peserta boleh bersiap sedia untuk bertolak ke LUMUT
5.00pm – 6.00pm
- Konvoi bertolak ke LUMUT
- ‘Parking’ kereta di Medan Letak Kereta Bertingkat MPM
- Bergerak ke JETI LUMUT untuk naik feri ke PULAU PANGKOR( jalan kaki & jarak 400m )
CATATAN
Kemungkinan bayaran sebanyak *RM15 dikutip untuk tujuan ‘parking’ selama 3 hari
* tertakluk kepada perubahan semasa
6.00pm – 7.00pm
- Bertolak ke PULAU PANGKOR menaiki feri ( anggaran perjalanan 30-45 minit )
CATATAN
Peserta boleh bergambar kenang-kenangan semasa dalam perjalanan ke PULAU PANGKOR
Pastikan tiada peserta yang tertinggal atau tercicir semasa menaiki feri
7.00pm – 8.30pm
- Tiba di JETI PULAU PANGKOR
- Bergerak ke tempat penginapan di PANGKOR RIMBA KEM, TELUK NIPAH
- Semua peserta ‘Check In’
CATATAN
Peserta akan di bawa menggunakan bas mini dan ‘shuttle van’
8.30pm – 9.30pm
- Makan malam ( Dinner )
- ‘Ice breaking’
CATATAN
Makan malam disediakan secara ‘Bufet’ di kantin
9.30pm – 11.30pm
- Aktiviti bebas
- Pulang ke ‘chalet’ dan ‘dorm’ masing-masing
- Rehat & Tidur
CATATAN
Peserta boleh bersiar-siar dan meninjau di sekitar kawasan ‘resort’
SABTU
08HB OGOS 2009
7.30am – 9.30am
- Sarapan ( Breakfast )
- Riadah pagi
- Aktiviti bebas
CATATAN
Peserta boleh bersiap untuk aktiviti seterus
9.30am – 12.00pm
- Program Amal Kebajikan dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Manjung ( JKM )
- Penyerahan bantuan serta sumbangan dari pelbagai penaja seperti ‘hamper’, wang tunai, pakaian terpakai dan lain-lain
* Pakaian baju rasmi ProCC atau ‘t-shirt’ konvoi
CATATAN
Penerima bantuan terdiri daripada golongan orang kurang upaya (OKU), ibu tunggal dan juga warga tua yang merupakan penduduk asal Pulau Pangkor
Peserta dialu-alukan memberi sedikit sumbangan atau bantuan lain seperti pakaian terpakai, wang tunai, atau apa saja yang sesuai
12.30pm – 3.00pm
- Makan tengahari ( ‘lunch’ )
- Aktiviti bebas
- Rehat
CATATAN
Memandangkan pengangkutan agak terhad, peserta yang ingin keluar meninjau@melawat sekitar Pulau Pangkort digalakkan berkongsi dengan peserta lain dan ‘charge’ untuk ‘shuttle van’ dikira ikut kepala ( lingkungan RM10 – 25 1 kepala dan bergantung pada destinasi yang dihantar )
3.00pm – 6.00pm
- Mandi laut
- Sukaneka / sukan rakyat antara peserta di sekitar kawasan ‘resort’ dan persisiran pantai
- Lepak santai
CATATAN
Pihak ‘resort’ ada menyediakan ‘watersport’ yang lain seperti ‘snorkeling’, ‘banana boat’, ‘jetski’, ‘river cruising’, ‘kayaking’ serta pelbagai lagi. Semua ini tidak termasuk di dalam pakej yang pihak penganjur tawarkan. Segala bayaran adalah tanggungan peserta sendiri
6.00pm – 8.00pm
- Aktiviti bebas
CATATAN
Keselamatan diri serta yang lain diutamakan bagi mengelakkan sebarang kemalangan yang tidak di ingini
8.30pm – 12.00am
- Makan malam & ‘BBQ’ ( ‘Dinner’ )
- Pertandingan karaoke
- Aktiviti bebas
- Rehat & Tidur
CATATAN
Peserta yang ingin mencuba makanan laut yang disediakan segar berkonsepkan ‘moonlight dinner’, terdapat pelbagai ‘cafe’ dan gerai di sekitar kawasan ‘resort'
AHAD
09HB 0G0S 2009
7.30am – 9.00am
- Sarapan ( ‘Breakfast’ )
- *Sesi bersama Penghulu Mukim Pangkor
- Majlis penutup
CATATAN
Peserta boleh berkemas dan bersiap untuk ‘check-out’
9.00am – 12.00pm
- Semua peserta ‘check-out’
- Bertolak pulang ke JETI PULAU PANGKOR
- Naik feri menuju ke JETI LUMUT
CATATAN
Pastikan tiada tertinggal apa-apa barang
Kunci ‘chalet’ dan ‘dorm’ boleh diserahkan kepada urusetia atau
Sesi bergambar beramai-ramai untuk kenang-kenangan sebelum menaiki feri menuju ke JETI LUMUT
12.00pm – 3.00pm
- Tiba di JETI LUMUT
- Bergerak ke MEDAN LETAK KERETA BERTINGKAT MPM LUMUT
- Bersurai
- Pulang ke destinasi masing-masing
CATATAN
Pelbagai cenderahati & ‘souevenir’ boleh di dapati dari pelbagai ‘kiosk’ dan kedai di sekitar JETI PULAU PANGKOR atau JETI LUMUT
Sesi bergambar bersama kereta peserta
Semua peserta bersalaman perpisahan sebelum bergerak
Pandu Cermat, Jiwa Selamat
Jaga keselamatan anda di jalan raya, ingatlah orang yang tersayang
Semoga selamat dalam perjalanan pulang
Peringatan :-
- Peserta di ingatkan untuk bawa segala keperluan peribadi sebelum bergerak ke Pulau Pangkor
- Lokasi ‘resort’ Pangkor Rimba Kem terletak agak jauh dari pelbagai kedai-kedai
- Kesukaran mendapatkan pelbagai barang keperluan peserta amatlah di kesali
- Jika ada sebarang pertanyaan dan makluman, peserta boleh rujuk terus pada AJK-AJK penganjur
- Kerjasama dari setiap peserta amatlah dihargai
- Bercerai kita roboh, bersatu kita teguh
Terima kasih daun keladi, panjang umur kita jumpa lagi
Semoga semua peserta dapat mengabdikan Konvoi Merdeka ProCC Motorsport 2009 : Jelajah Negeri Perak kali ini sebagai satu kenangan manis
‘ KERANA KITA PROCC ’