SISTEM SMS INFO PROCC: Anda tidak ketinggalan!

Setelah meneliti jalan yang paling baik untuk mengumpul seberapa ramai ahli ProCC untuk apa jua aktiviti rasmi ProCC. Pihak pengurusan telah bekerjasama dengan salah sebuah syarikat TELCO untuk memudahkan info terkini tentang aktiviti rasmi disampaikan dengan mudah dan cepat.

Jika anda sibuk dengan kerja harian dan tidak berkesempatan melayari laman web ProCC setiap masa? Kini anda boleh mendapat info terkini tentang aktiviti terkini ProCC terus ke telefon bimbit anda.


Setiap SMS info dari ProCC akan dikenakan bayaran RM0.50 untuk perkhidmatan TELCO.
Maksimum 4 SMS sebulan.

2 Meter Net PERAMAH Temerloh

Dijemput semua rakan-rakan HAM untuk 'check in' didalam acara ini yang diakankan pada setiap hari Rabu malam Khamis setiap minggu di V48 (146.400Mhz) .

DOKUMENTARI RADIO AMATUR

Wednesday, April 27, 2011

Hamfest 2011




Hamfest atau Ham Festival adalah acara yang dianjurkan oleh peminat radio amatur untuk berkumpul dan beramah mesra di antara satu sama lain sambil berkongsi pengalaman dan pengetahuan melalui sesi kelas dan seminar yang dijalankan. Selain itu, pameran radio dan jualan flea market juga boleh didapati di Hamfest, Di Malaysia, Hamfest pertama kali diadakan pada 30 Julai 2010 di Menara Kuala Lumpur dimana acara itu telah menarik perhatian lebih 3,000 orang pengunjung.

Antara agensi-agensi kerajaan yang telah mengambil bahagian di dalam pameran Hamfest Malaysia 2010 adalah:

* Polis Diraja Malaysia
* Rakan COP
* Jabatan Pertahanan Awam Malaysia
* Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
* Angkatan Tentera Diraja Malaysia
* Bulan Sabit Merah Malaysia

Pada tahun ini, Hamfest Malaysia 2011 akan berlangsung seperti berikut:

Tarikh: 14 & 15 Mei 2011
Masa: 10 pagi - 6 petang
Lokasi: Menara Kuala Lumpur



Untuk Info Semasa, Sila Klik :


HAMFEST 2011


HAMFEST on Facebook

73
de 9W2FYZ

JEMPUTAN HARI SEJUTA BELIA NEGARA 2011





Assalammualaikum dan Salam 1Malaysia 1ProCC,

Semperna Hari Belia Negara dan Perhimpunan Sejuta Belia Negara, Proton Club Malaysia tidak ketinggalan untuk mengambil bahagian untuk sama-sama berkumpul dan konvoi ke Majlis tersebut. Untuk tidak membuang masa lagi, dikesempatan ini saya ingin membuka pendaftaran kepada ahli-ahli yang berminat untuk sama-sama memeriahkan acara ini nanti.


Buka pendaftaran:

Nama/Nick:
No. Tel:
Kereta:
Bilangan tetamu:
Hari yang boleh pergi: jumaat/sabtu/ahad/semua
Acara yang ingin disertai:
Ucapan anda:

http://www.protonclub.com/portal/index.php?option=com_kunena&func=view&catid=5&id=46734&Itemid=125

Monday, April 18, 2011

Selamat Menyambut Hari Radio Amatur Sedunia ke-86

Isnin, 18 April, adalah Hari Radio Amatur Sedunia dan tema untuk tahun ini adalah
'Radio Amatur: Rangkaian sosial pertama berasaskan teknologi'.

Dahulu sebelum zaman Internet dan telefon pintar, Pengendali Radio Amatur telah bercakap, menghantar pesanan dan berkongsi ilmu secara komunikasi selama beberapa dekad. Tapi tidak seperti perkhidmatan-perkhidmatan komersial, Radio Amatur terus menarik minat manusia di seluruh dunia dengan menyediakan perkhidmatan komunikasi antarabangsa secara percuma. Dan kerana tidak memerlukan infrastruktur pendukung utama, radio amatur boleh menjangkau kepada teman-teman di setiap pelusuk dunia, serta ke ruang angkasa.

Pengendali Radio Amatur telah menjadi pemimpin dalam membangunkan banyak keajaiban moden kini secara elektronik dan komunikasi. Hari ini, warga Bumi memikirkan telefon bimbit atau mudah alih "wireless" sebagai kemudahan di mana-mana. Namun teknologi ini hanyalah kemungkinan kerana perintis dalam teknologi radio yang pertama telah dieksplorasi oleh para pengendali radio amatur.

Banyak jurutera elektrik terkemuka berkongsi ilmu dari pengalaman praktikal mereka sebagai Pengendali Radio Amatur ketika mereka terus mengembangkan aplikasi pencampuran komputer dan radio. Ham radio operator mungkin "amatur" kerana mereka adalah sukarelawan yang tidak dibayar, tetapi kemahiran dan sumbangan terhadap dunia amat membanggakan.

Radio Amatur Sedunia merayakan Hari pengasas pada April 18, 1925 dari International Amateur Radio Union (IARU) dan ham di seluruh dunia akan berada di udara.

73

de 9W2FYZ

____________________________________________________________

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Mukadimah

Untuk makluman semua hari ni adalah hari besar bagi kita sebagai operator/pemegang lesen radio amatur. Ya betul! hari ni adalah HARI RADIO AMATUR SEDUNIA. Bermula dari tahun 1925 dan disambut pada 18 APRIL setiap tahun. Tema pada edisi yang ke 86 ni 'Amateur Radio: The first technology-based social network'. ataupon dalam bahasa ibunda kita.. 'Radio Amatur: Rangkaian sosial pertama berasaskan teknologi'.


Tema tahun ni agak menarik dan BESAR. Bayangkan segala ilmu pengetahuan teknikal adalah berasaskan radio amatur. Sebagai seorang radio amatur bukan hanya SOP yang menjadi keutamaan tetapi aspek aspek teknikal yang turut memberikan kelain dalam hobi yang satu ni.

FIKIR sejenak. Fikir... Fikir...& Fikir...

Dulu kita tak tahu Fonetik, tetapi sekarang lancar je menggunakan fonetik sampakan Kuala Lumpur jadi Kilo Lima, KLCC jadi Kilo Lima Charlie Charlie etc... (walaupon kita tahu fonetik x perlu guna pada kata nama khas ataupon nama tempat)

Dulu ternganga mendengar Q code tetapi sekarang; pakai Q code pun berterabur.

Dulu kalo beli bateri, main beli je tetapi sekarang; kalo membeli bateri, Ampere yang menjadi pilihan.

Dulu betulkan antenna TV pun panggil orang buatkan tetapi sekarang ni; antenna radio pun buat sendiri...

Dulu siapa peduli ketinggian gunung (kecuali kaki panjat gunung) tetapi sekarang ni; itu yang nak diketahui dalam mencari lokasi repeater.

Dan bermacam macam lagi... pendek kata kalo difikirkan operator radio amatur kena tahu elekronik, elektrikal, matematik, geografi, fizik, kimia, astronomi AND THE LIST GOES ON AND ON AND ON.....

JADI sememangnya tema hari radio amatur sedunia tahun ni amat BESAR makna dan implikasinya.

Halatuju

Hobi radio amatur adalah satu package. Berbanding dengan hobi yang lain dalam radio amatur terlalu banyak Holy Grail yang nak kena capai.

Bermula dengan SWL kita meduduki RAE untuk mendapatkan kelas B... Setahun pegang lesen kelas B kita mendengar dan belajar mengetuk untuk Kelas A.

Dari FM Mode kita cuba AM mode. Berjinak jinak pulak dengan Echolink/eQSO/QSOnet/HamSphere/Citizen Band dan segala bagai lagi... Dah puas kita mengejar pulak setup HF untuk SSB mode dan berbagai bagai mode lagi.

Dari berbual/bersembang berbagai bagai topik di jaluran beralih mendengar dit dan dah yang merdu bagaikan melodi lagu ciptaan Vivaldi sampailah kita melihat gambar atau menonton video semuanya melalui frekuensi radio amatur.

Dari lena beradu dibuai mimpi indah bangun pukui 3 pagi dan CQ tru satelit hanya untuk 5-8 minutes time frame yang kadang-kadang tak dengo apa apa pun. (Dialog ustaz teman "Ooooo bangun malam main radio boleh... bangun malam untuk tahajud payah" - yang ni teman no komen)

Dari beli yang dah siap kita beli parts dan brew sendiri (dialog XYL teman : kalo la TV tu boleh beli parts by parts mau TV pun brew sendiri. Jawapan teman : kalau mudah dapat parts harus teman brew kut)

Dan inilah dia package radio amatur. Inilah yang teman kata terlalu banyak Holy Grail. Jadi kekawan semua... keluarkan kompas (old skool) atau GPS (new skool) tentukan hala tuju kita.

Perjalanan yang jauh bermula dengan langkah yang pertama tetapi langkah yang terakhir adalah langkah pemulaan bagi perjalanan yang baru.

Penutup

Jadi ini cerita teman pada HARI RADIO AMATUR SEDUNIA. Sekadar cerita yang tak seberapa untuk kita kongsi bersama. Siapalah teman ini yang ilmunya cetek dan pengalaman yang kerdil dalam radio amatur.

SELAMAT MENYAMBUT HARI RADIO AMATUR SEDUNIA

SATU HOBI, SATU HATI, SATU SUARA...

73

de 9W2FYZ