SISTEM SMS INFO PROCC: Anda tidak ketinggalan!

Setelah meneliti jalan yang paling baik untuk mengumpul seberapa ramai ahli ProCC untuk apa jua aktiviti rasmi ProCC. Pihak pengurusan telah bekerjasama dengan salah sebuah syarikat TELCO untuk memudahkan info terkini tentang aktiviti rasmi disampaikan dengan mudah dan cepat.

Jika anda sibuk dengan kerja harian dan tidak berkesempatan melayari laman web ProCC setiap masa? Kini anda boleh mendapat info terkini tentang aktiviti terkini ProCC terus ke telefon bimbit anda.


Setiap SMS info dari ProCC akan dikenakan bayaran RM0.50 untuk perkhidmatan TELCO.
Maksimum 4 SMS sebulan.

2 Meter Net PERAMAH Temerloh

Dijemput semua rakan-rakan HAM untuk 'check in' didalam acara ini yang diakankan pada setiap hari Rabu malam Khamis setiap minggu di V48 (146.400Mhz) .

DOKUMENTARI RADIO AMATUR

Monday, August 30, 2010

gambar sekitar majlis berbuka puasa procc pahang v2 30.08.2010

askum...
saya selaku wakil pengurusan memohon beribu ampun sekiranya ada tersilap kata terkasar bahasa terkurang sana dan cni
saya mengucapkan ribuan dan jutaan terima kasih pada semua yang sudi hadir pada majlis ini rakan2 dari temerloh,maran,jengka dah kuantan..kehadiran seramai 35 orang ahli
semoga kita berjumpa di lain masa dan ketika di next event akan datang......












Sunday, August 22, 2010

MAJLIS BERBUKA PUASA PROCC PAHANG V2 30HB 8 2010

SALAM MAJLIS BERBUKA PUASA PROCC PAHANG V2 AKAN DIADAKAN SEPERTI BERIKUT

TARIKH : 30HB 08 2010 ( ISNIN )
MASA : 7.00PM - 8.00PM
TEMPAT : HOTEL SRI MALAYSIA TEMERLOH
BAYARAN : DEWASA RM30 KANAK2 RM18( MAKAN SAMPAI KENYANG )
TARIKH TUTUP : 28HB OGOS 2010 ( SABTU )

SESIAPA YANG BERMINAT BOLEH REGISTER DENGAN SAYA MOHD FAIZAL BIN MUDA DI TALIAN 012-9554256 / 013-9956972 SEBELUM ATAU SEPERTI TARIKH DIATAS UNTUK MEMUDAHKAN URUSAN,SILA SMS SAYA BERAPA TETAMU DEWASA DAN KANAK2..KLU BOLEH BUAT PEMBAYARAN TERUS LAGI BAIK
DIJEMPUT SEMUA RAKAN2 MEMERIAHKAN MAJLIS TQ.....

_______________________________________________________________

MENU :

PEMBUKA SELERA :

  • TAUHU LEMBUT TUMIS MANIS
  • TELOR MASIN,TEMPE GORENG
  • IKAN MASIN CILI & BAWANG
  • SAMBAL BUDU,BELACAN
  • SAMBAL TEMPOYAK,CENCALUK
  • ANEKA ULAMAN KAMPUNG
  • KURMA
  • KERABU MANGGA
  • KERABU KACANG PANJANG
  • KERABU BETIK
  • KERABU KACANG BOTOR
LIVE COOKING :
  • STIMBOAT
  • CHAR KUEY TEOW
  • MEE GORENG MAMAK
  • NASI GORENG KAMPUNG
  • MAGGI GORENG
  • MINI MURTABAK DAGING
  • CUCUR PISANG,CUCUR IKAN BILIS
  • CUCUR NESTUM,CUCUR JAGUNG
  • LEMPENG KELAPA
  • KERANG REBUS
  • TAUHU BAKAR
  • ROTI JOHN SERI MALAYSIA
  • ROTI JALA KUAH KARI
SUP:
  • SUP AYAM KENTANG
ISTIMEWA B.B.Q :
  • KAMBING PANGGANG BUKHARA
PENCUCI MULUT :
  • BUBUR LAMBUK
  • PENGAT NANGKA
  • PUDING ROTI
SEGAR DARI DAPUR :
  • NASI PUTIH RAMADHAN
  • AYAM GORENG LIMAU PURUT
  • DAGING TUMIS BAWANG GORENG
  • PATIN ASAM TEMPOYAK KELADI
  • SAMBAL GORENG
  • TAUGEH GORENG KUCAI
  • KOBIS LEMAK KUNING
MINUMAN :
  • MILO AIS
  • NESCAFE AIS
  • ICE LEMON TEA
  • ORANGE
  • MANGGO
  • AIR TEBU
  • BLACKCURRENT
  • TEH BUNGA
  • HONEY GREEN TEA
  • KATIRA
  • KIWI
BUAH-BUAHAN :
  • TEMBIKAI
  • PISANG
  • HONEYDEW
  • BETIK
  • NANGKA
KUIH-KUIH MELAYU :
  • TALAM KELEDEK,
  • TALAM JAGUNG
  • KARIPAP
  • KERIA
  • PULUT PANGGANG
  • KASUI
  • BADAK BERENDAM
MINUMAN PANAS :
  • TEH TARIK SAUDAGAR
GERAI MINUMAN :
  • AIR BATU CAMPUR
  • CEBDOL

Monday, August 09, 2010

SELAMAT BERPUASA BUAT SEMUA RAKAN2

ASSALAMUALAIKUM
DIKESEMPATAN INI SAYA WAKIL INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT BERPUASA BUAT SEMUA RAKAN2 YANG MENGENALI DIRI INI TAK KIRA DIMANA BERADA SEMOGA BULAN RAMADHAN TAHUN INI MEMBAWA SERIBU KEBERKATAN BUAT ANDA SEMUA...
SALAM











Wednesday, August 04, 2010

selamat meyambut ulang tahu kemerdekaan yang ke 53-1 MALAYSIA MENJANA TRANSFORMASI


SAYA MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT BULAN KEMERDEKAAN YANG KE 53 TAHUN .......SEMOGA BULAN KEMERDEKAAN INI MEMBERI SERIBU ERTI BAGI MEREKA YANG BERJUANG MEMERDEKAN NEGARA MALAYSIA INI...........
1 MALAYSIA....MENJANA TRANSFORMASI









Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Salam sejahtera buat semua pengunjung setia laman ini semoga anda sekeluarga sihat wafiat hendaknya. Alhamdulillah segala puji-pujian hanya layak bagi Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-NYA kita dapat mengecapi satu kehidupan yang harmoni, aman makmur dan sejahtera hari ini walaupun negara kita mempunyai masyarakat berbilang kaum seperti melayu, cina, india dan lain-lain serta mempunyai pelbagai budaya dan agama.

Keamanan dan kemakmuran yang kita kecapi dan nikmati pada hari ini adalah hasil usaha gigih pejuang-pejuang kemerdekaan terdahulu. Oleh itu, kita sebagai generasi baru hendaklah sedaya upaya mempertahankan kemerdekaan negara ini.

Tanpa kita sedari, kini kita sudah pun hampir ke bulan ogos iaitu bulan kemerdekaan tanahair yang tercinta. Seperti biasa apabila tibanya bulan ogos, satu tema dicipta setiap tahun bagi Sambutan Hari Kemerdekaan sesuai dengan matlamat dan halatuju negara.

Sehubungan dengan itu, tema hari Kemerdekaan ke-53 pada tahun ini ialah “1Malaysia Menjana Transformasi”. Menurut Pak Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata intipati yang terkandung dalam Gagasan 1Malaysia akan diterjemahkan dalam pelbagai bentuk program dan aktiviti sepanjang tempoh sambutan mulai 1 Ogos hingga 16 Sept ini.

Sambutan bulan kemerdekaan akan dimulakan dengan pelancarannya di Stadium Utama, Kanggar Perlis dan berakhir dengan Sambutan Hari Kemerdekaan bermula pada 1 ogos dan berakhir dengan acara Sambutan Hari Malaysia di Padang Merdeka di kota Kinabalu pada 16 september setiap tahun.

Pelbagai program dan isian sepanjang tempoh sambutan tersebut akan menumpukan kepada kesejahteraan rakyat di bawah Gagasan 1Malaysia dan tidak melibatkan terlalu banyak ucapan oleh pemimpin.

Justeru itu, kempen mengibar jalur gemilang telah di adakan sepanjang bulan kemerdekaan ini yang melibatkan pemilik kedai, pemilik bangunan dan juga sekolah.

Di harap dengan pelaksaan program dan kempen sepanjang bulan kemerdekaan nanti dapat meningkatkan kesedaran dan semangat patriotik terutama bagi golongan remaja dan belia di dalam memahami erti kemerdekaan yang sebenarnya kerana mereka adalah pewaris negara ini.

Wallahu a’lam.


Tuesday, August 03, 2010

KONVOI MERDEKA PROCC MOTORSPORT 2010 - JELAJAH NEGERI TERENGGANU ( GAMBAR )

GAMBAR2 LAIN DALAM SIMPANAN TQ