SISTEM SMS INFO PROCC: Anda tidak ketinggalan!

Setelah meneliti jalan yang paling baik untuk mengumpul seberapa ramai ahli ProCC untuk apa jua aktiviti rasmi ProCC. Pihak pengurusan telah bekerjasama dengan salah sebuah syarikat TELCO untuk memudahkan info terkini tentang aktiviti rasmi disampaikan dengan mudah dan cepat.

Jika anda sibuk dengan kerja harian dan tidak berkesempatan melayari laman web ProCC setiap masa? Kini anda boleh mendapat info terkini tentang aktiviti terkini ProCC terus ke telefon bimbit anda.


Setiap SMS info dari ProCC akan dikenakan bayaran RM0.50 untuk perkhidmatan TELCO.
Maksimum 4 SMS sebulan.

2 Meter Net PERAMAH Temerloh

Dijemput semua rakan-rakan HAM untuk 'check in' didalam acara ini yang diakankan pada setiap hari Rabu malam Khamis setiap minggu di V48 (146.400Mhz) .

DOKUMENTARI RADIO AMATUR

Thursday, May 21, 2009

-AUTOSALOON PROCC 2009-




Seperti mana yang sedia maklum, Seperti tahun2 sebelum ini menjelang ulangtahun ProtonClub.Com acara autosaloon akan diadakan seperti biasa.
Tahun ini acara autosaloon akan diadakan di Taman Tasik Titiwangsa Kuala Lumpur Pada 28 Jun 2009
dari jam 10.00 pagi hingga 4.00 petang
Saya secara rasminya membuka pendaftaran untuk rakan2 mendaftarkan jentera masing2 untuk mengambil bahagian pada autosaloon tahun 2009.

Nama :
Nickname :
No. Pendaftaran :
Model kenderaan :
Kategori :
Bayaran :

Syarat Penyertaan :

1- Satu kategori akan dikenakan bayaran sebanyak RM25.00 (untuk Ahli ProCC shj) 2- Setiap Jentera yang mendaftar boleh menyertai lebih dari 1 kategori.
3- Setiap Jentera yang bertanding WAJIB mempunyai STICKER CERMIN PROCC dan AHLI BERBAYAR.

Kategori Yang DiPertandingkan :

1- Standard Modified
2- Interior Terbaik
3- Audio System
4- Enjin Terbersih
BEST OF THE BEST AS'09 PROCC

Pertandingan akan diadili oleh wakil dari KELAB AUTOSHOW.

**PENYERTAAN AKAN DITUTUP PADA 7 JUN 2009 JAM 9.00 MALAM**

ANNUAL DINNER PROCC KE-7 2009




Assalammualaikum warga ProCC semua, Seperti mana tahun-tahun yang sudah, Kami pihak pengurusan ProCC dan pengendali AD2009 sekali lagi menjemput seluruh warga ProCC untuk bersama-sama memeriahkan lagi Majlis ulang tahun ProCC yang ke-7. Disamping itu terdapat berbagai acara pada malam tersebut, antaranya:


Penyampaian Anugerah-anugerah
Lucky draw
Tayangan montage
Tayangan montage setiap negeri
Games
Karaoke
Persembahan lawak jenaka
Pakaian tercantek
Magic Show
Tayangan Perdana "ProCC The Movie 5"


Majlis yang paling meriah ini akan diadakan pada;

Tarikh: 27 Jun 2009

Hari: Sabtu

Masa: 7.00mlm - 12.00pagi

Tempat: Grand Ballroom, Kelab Golf Tasik Titiwangsa

Bayaran: RM60 seorang, kanak-kanak bawah 12tahun percuma!

Doorgif: Ada disediakan


Tarikh akhir daftar: 8 Jun 2009

Pendaftaran walk-in adalah dilarang sama sekali.. ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Thursday, May 14, 2009

TEMERLOH JOTA STATION

9M1CSC - Temerloh JOTA Station

Ibu Pejabat PPM dengan kerjasama Kelana Komunikasi akan menganjurkan JOTA MALAYSIA KE-2 pada 15 - 17 Mei akan datang.

Sehubungan itu PPM Temerloh akan turut serta menjayakan JOTA kali ini.

Tarikh : 15-17 MEI 2009
Tempat : SMK Kuala Krau, Temerloh.
Penyertaan : Ahli/Kelana/Pemimpin Pengakap PPP daerah Temerloh serta semua anggota Ham Radio.

Maklumat lanjut sila hubungi : Mohd Rizal 019-9317306

Monday, May 04, 2009

JOTA Kebangsaan Kali Ke-2

JOTA Kebangsaan Kali Ke-2


Salam sejahtera, Sukacita dimaklumkan Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Temerloh mepelawa Peramah Temerloh untuk menjayakan program tahunan Jambori Di Udara (JOTA) peringkat Kebangsaan Kali Ke2. Seperti rakan-rakan sedia maklum aktiviti sedemikian memerlukan anggota radio amatur bagi membantu menyediakan serta mengendalikan station radio disamping aktiviti-aktiviti lain seperti 'Fox Hunting', DXing dan lain-lain yang berkaitan dengan komunikasi. Tarikh program tersebut adalah seperti berikut :
Tarikh : 15 hingga 17 Mei 2009
Tempat : Masih dalam perbincangan.
Bagi rakan-rakan yang berminat bolehlah memberi nama terus kepada 9W2RZL melalui SMS 019-9317306 atau pun email di 9w2rzl[at]gmail.com.
Sekian terima kasih.

Pic Pekan AutoShow 2009